
Ustaz Asri yang juga vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani telah disahkan meninggal dunia pada pagi tadi. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Pada awal pagi tadi Ustaz Asri memberi ucapan di sidang media program “Syahadah” di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 10.30 pagi tadi. Dia kemudiannya rebah dan dibawa ke Hospital Pantai di Bangsar. Kemudiannya dia disahkan meninggal dunia di sana. Jenazah Ustaz Asri kemudiannya akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
P/S: Moga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat. Amiin.
17 Responses