Sabtu harituh aku dengan member2 makan malam dekat 1Station Seremban dekat Terminal 2. Sebelum ni aku dah pernah try sekali makan dekat sini sebab 1Station ni pun baru je bukak lagi masa tu. Lepas tu dahla agak jauh sikit daripada rumah aku, so agak jarang berpeluang ulang alik dekat Terminal 2 ni. Kalau datang pun nak lepak tengo wayang je. Hoho! Masa mula2 datang nak test makan dekat 1Station ni, aku bajet2 takdelah mahal sangat and aku bajet harga dia macam makan dekat Old Town jelah kan. Tengok2 rupanya lagi mahal daripada harga Old Town. Lari bajetlah masa tu tapi masih lagi mampu bayar. Muahaha!

Dinner malam tu adalah sempena keputeraan raja pailang Pataya. Hohoho.. Nasib kitorang malam tu memang baik gila kot. Ada orang yang belanja makan. Mak aihhhh.. Order sakan la kan.. Masa ni lah nak pancung kepala si “pembelanja”. Huhuhu.. Makanan dekat situ semua boleh tahan best. Budak2 ni ramai yang pakat makan chicken chop dengan lamb chop. Tapi ade sorang member aku yang terlalu bijak, dia makan lum mee je. Caitss.. Tu makan dekat Old Town pun boleh. Camne la nak pancung kepala si pembelanja habis-habisan.

Dummy Amik Gambar!Wakakakka!

Suasana dekat dalam 1Station tu memang agak memekakkan telinga. Kitorang nak cakap pun kena menjerit. Ramai gila orang masa tu, semuanya orang Cina kecuali dekat table kitorang. Wakakak! Semua orang dalam tu dah terpandang2 kitorang je. Ahah! Dahla ramai orang Cina, band yang perform malam tu pun orang cCina. Perghhh! Memang baik lah kan, satu hapah aku tak paham diorang nyanyi apa. Tapi perfomer tu memang dah buat kitorang gelak gila babeng sebab dia nyanyi memang pelik gila2. Siap buat bunyi gitar Cina guna mulut je. Handa boto kau ni jang!

Malam tu aku makan dengan bersemangat sekali sebab lepas je habis makan, kena tengok EPL. Malam tu Man Utd lawan Portsmouth dan sudah semestinya Man Utd menang dengan bergaya 4-1. Hohoho! Dahla makan besar malam tu, perut pun kenyang, Man Utd pun menang besar! Fuuhhh!! Memang complete set betul malam tu. Hahaha! Gambar2 yang lain ni korang tengok2 lah. Mana tau nak test 1Station dekat area korang ke.

P/S : Boleh usyar laman web 1Station.com.my

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!