Yezzzaaa!! Tahniah aku ucapkan dekat Datuk Lee Chong Wei sebab berjaya menjadi juara Badminton Super Series Terbuka Jepun 2010 lepas kalahkan Lin Dan sampai rubber set.

Selama ni aku asyik tak puas hati je dengan prestasi Datuk Lee Chong Wei yang turun naik pastu selalu kalah dengan player China. Tapi hari ni aku sangat berpuas hati dapat tengok Datuk LC Wei kalahkan Lin Dan.

Terbaik baiiii game aku tengok petang semalam sampai aku sanggup tweet je dekat @blogrichie. Hohohoh! Datuk LC Wei bermain dengan cemerlang pada set pertama. Goyang jap pada set kedua membuatkan nenek aku jua mengutuk beliau. Haha!

Nasib baik pada set ketiga iaitu set penentuan Datuk LC Wei dapat rentak dan sekali gus mengalahkan Lin dan untuk menjadi juara. Juara dapat hadiah USD15,000 tu! Dah boleh tukar cita-cita jadi pemain badminton Malaysia dah ni. Wakaka!

Beregu Malaysia, Koo Kien Keat dengan Tan Boong Heong sayangnya tak dapat jari juara lepas kalah dalam rubber set jugak dengan beregu China. Adoiyaaii! Beregu ni memang selalu macam ni. Menang first set je pastu momentum hilang ontah poie mano ontah.

Nampaknya Malaysia perlu ramaikan lagi pelapis dalam sukan badminton ni. Majulah badminton untuk negara!

Kredit Gambar: wazari
Related Posts with Thumbnails