
Tahniah aku ucapkan kepada Datuk Chef Wan diatas gelaran yang diterimanya. Dia memang sewajarnya menerima gelaran tu sejak sekian lama. Tak tahu kenapa lambat sangat, maybe sibuk nak bagi gelaran datuk dekat ahli sukan yang dapat kejayaaan sekali dua berbanding Chef Wan. Chef Wan dah banyak kali terima pelawaan gelaran Datuk, tapi ditolak sebab belum bersedia. Maybe ramai sangat dapat gelaran Datuk masa tu kot.
Dari aku kecik lagi Chef Wan dah terkenal dengan mulut petah dia masa rancangan memasak dekat TV. Dah macam-macam brand produk makanan yang sponsor dia untuk buat show. Bermacam-macam jenis orang dah rasa masakan Datuk Chef Wan. Gelaran selebriti chef paling terkenal dekat dunia merupakan gelaran yang boleh mengharumkan nama Malaysia jugak. (Aku tepuk tangan sendirian)
Aku harap lepas ni Datuk Chef Wan dapat lahirkan lagi ramai chef macam dia dekat Malaysia ni. Siapa yang tak nak makan sedap-sedap dekat mana-mana kita singgah makan. Kalau Malaysia macam tu, makan dekat mana-mana best, tak payah makan dekat hotel lagilah.
Kredit Gambar : Roland
8 Responses