
Sebelum Bogel
Sekian lama menunggu akhirnya dapat jugak perfume yang aku kirim dengan si Peah peot yang melanjutkan pelajarannya di Warwick. Lama jugaklah proses nak berurusan dengan minah ni.. Kejap online kejap tak. Hohoho! Apa-apa pun thanks to cik Peah sebab tolong beli dan bawa pulang.
Sebelum ni akuku ni tak pernah langsung terfikir nak membeli perfume yang sebegini dengan duit sendiri. Dulu terasa macam tak berbaloi je. Hahaha.. Dulu layan body spray je tak pun beli deodorant yang bau kuat sampai orang ingat aku pakai perfume. Miahaha!

Selepas Dibogelkan
Sebenarnya aku kirim dekat Peah 3 perfume je. Diesel, CK dengan Clinique. Hugo tu cik Hanim sayang yang hadiahkan. Hehehehe.. Berbekalkan USD130 yang aku sumbangkan pada Peah, aku berjaya purchase 3 perfume tu. Kira-kira dalam RM400 jugakla. Murah kan untuk 3 perfume?
Peah tolong belikan dekat CheapSmells.com dan perfume tu akan dihantar terus kepada Peah. Lantas Peah terus membawanya pulang ke Malaysia dan memberikannya kepada ku. Kini aku hanya menggunakan deodorant dengan kadar sedikit sebab dah ada perfume. Wakaka!
p/s: Clinique Happy tu cik Hanim yang punya
15 Responses