Bagi sesiapa yang pernah membeli mana-mana produk digital secara online, sudah tentu korang dah biasa dengan produk seperti video tutorial yang menunjukkan step by step untuk melakukan sesuatu. Tidak lupa juga dengan ebook tutorial setp by step yang menerangkan cara melakukan sesuatu dengan gambar rajah ataupun screenshot sahaja. Ada banyak kelebihan dan kekurangan jika korang nak cipta satu produk digital sama ada video tutorial mahupun ebook tutorial.


Secara terus terang, aku lebih suka untuk hasilkan produk digital berkonsepkan video tutorial kerana ianya lebih senang untuk dihasilkan. Hanya perlu record saja menggunakan Camtasia dan jadikan video tersebut dalam bentuk avi agar lebih senang untuk pembeli produk tersebut untuk akses video tersebut. Tapi bila dah guna video tutorial, susah pulak untuk pembeli nak memahami video tersebut. Lainlah kalau pembeli ni begitu advanced, tengok sekali lalu saja dah faham. So lecehlah bagi diorang untuk rewind ke “scene” yang kurang faham tu. Asyik nak kena rewind jelah, pastu bila nak pause memang eceh gila untuk kita pause pada “scene” yang betul-betul tepat untuk kita tengok gambar-gambar penting dalam video tersebut.

Apabila korang nak buat ebook tutorial pula, ia memang memakan masa yang lama untuk menghasilkannya. Jika korang betul-betul fokus dan hasilkan ebook yang ratenya just fine, mungkin mengambil masa dalam seminggu. Kalau nak buat ebook yang betul-betul power meletup, anggaran masa yang diambil adalah sebulan. Lama kan? Selama mak bapak nak tunggu gaji sebulan. Hohohoh.. Tetapi dalam masa yang lama tu, pembeli sudah tentu berpuas hati dengan apa yang korang hasilkan tu. Semua gambar screenshot begitu jelas sekali. Diorang juga mudah untuk pergi ke muka surat yang sepatutnya. Oh ya! Saiznya juga lebih kecil berbanding untuk menghasilkan produk video tutorial. Selain itu, lebih mudah untuk buat ayat yang cantik-cantik daripada korang record suara korang yang kaku. Lainlah kalau korang pandai tarik perhatian dengan suara korang tu. Hohoho..

P/S : Aku lepas ni kalau boleh nak buat dua-dua sekali senang.

Related Posts with Thumbnails