Category Archives: Umum

Konsep Blogging Perlu Berubah

blogging

Pada tahun 2012 ni memang menunjukkan semakin ramai yang sudah menceburi minat terhadap blogging. Macam-macam jenis blog yang sudah wujud sekarang dan ada yang mempunyai lebih daripada satu blog. Mungkin kebanyakan mereka sudah buka mata dan nampak peluang yang ada terhadap hobi blogging ni.

Namun pada zaman awal-awalan kemunculan kelompok blogger dahulu kebanyakan mereka bermula daripada atas dasar minat dari dalam diri. Aku sendiri pun pada mulanya berminat untuk mendalami seni blogging ni sebab pada awalnya aku ingin belajar membina laman web di mana pada ketika itu aku tahu ini antara skills yang aku perlukan untuk menjadi orang berduit pada masa depan.

Dalam masa yang sama aku menjadi lebih seronok dan mempelajari banyak lagi perkara yang menarik mengenai internet. Jadi daripada minat itu aku pelajari mengenai internet marketing @ pemasaran internet dan aku kongsikan kepada yang sudi membaca blog aku. Apa yang aku pelajari, aku eksperimenkan pada blog aku sendiri. Continue reading

Kehidupan Yang Lebih Bermakna Bersama Monavie

monavie, active, pulse

Baiklah di sini aku ingin berterus terang kepada korang semua bahawa aku merupakan salah seorang daripada ratusan pengedar Monavie yang berdaftar secara sah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hebat tak elaborasi aku setelah sekian lama menyepi daripada blogging? Hehehe..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya jejaka yang menaip laju ni, takut korang risau jadi aku perjelaskan secara tidak panjangnya. Pada awal Januari 2011 aku telah mendaftar sebagai ahli Monavie dengan seseorang yang agak rapat dengan aku dalam internet sebab dia banyak outsource kerja dekat aku. Continue reading

4 Sebab Utama Laluan Smart Tag Lembab

smart tag

Aku masih lagi baru menjadi pengguna Smart TAG dalam 2 bulan kalau tak silap selepas kekasih hati menghadiahkan device Smart TAG tu dekat aku. Thank you sayang. Sebelum ni aku hanya gunakan kad Touch N Go dengan alasan aku sanggup mengeluarkan tangan di tingkap untuk melepasi tol-tol satu Malaysia. Hehehe..

Sepanjang tempoh aku menggunakan Smart TAG ni banyak juga insiden yang telah melembabkan perjalanan aku ketika melalui laluan Smart TAG ni. Kadang-kadang sampai lagi lembab daripada lorong-lorong biasa. Sedih kan? Bengang pun ada.. Tapi kadang-kadang aku juga pernah menjadi punca lembab ni.. Wakaka! Continue reading

Jangan Terlalu Gembira Memilih Pakej Percutian

pakej percutian

Sesiapa yang ada dalam mood percutian memang akan ada rasa perasaan best yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi orang yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan di bawah seorang majikan. Hahahaha! Bila dapat bercuti dalam waktu yang agak panjang, pasti ada perancangan diperlukan.

Ya lah, bukan selalu dapat cuti jadi masa cuti tak boleh dibazirkan begitu saja. Jadi sesiapa yang bercuti tu mesti akan ghairah mencari pakej dan destinasi percutian yang menarik. Tak kisahlah dalam negara ataupun luar negara, janji dapat release tension. Continue reading

Artis Jadi Duta Kedai Gunting Rambut Babu

artis malaysia

Hehehe.. Boleh tahan ramai artis yang jadi duta kedai gunting rambut dekat Taman Paroi Jaya ni. Kalau betul-betullah jadi duta, memang kaya gila tauke kedai gunting rambut ni. Berapalah dia bayar artis-artis ni ehh.. Atau artis ni boleh gunting rambut free je dekat kedai ni?

Boleh tak korang bayangkan Ayu Raudhah datang kedai gunting rambut babu ni. Siap pegang-pegang kepala Ayu Raudhah, potong sideburn, kasi urut tengkuk sikit lepas tu buat letup-letup tu. Muahaha! Pocah porut baiii! Continue reading

Mari Tiru Senaman Abang Thor

thor

Hoippp! Semalam aku berpusing-pusingan di dalam MPH Jusco Seremban 2 dan bila dah agak lama membelek buku-buku mengenai programming, aku beralih ke bahagian majalah-majalah. Macam biasa bukak salah satu majalah kegemaran aku dan terjumpa dengan gambar rajah di atas.

Watak superhero dalam filem Thor lakonan Chris Hemsworth memang membuka mata abang-abang sekalian dengan kegagahan yang dimiliki Thor. Setahu aku sebelum ni badan Chris Hemsworth dalam Star Trek takdelah segadang ni. Memang mengujakan untuk tahu macam mana dia dapat badan yang macam tu. Continue reading