Archive for the "Tips N Thing" Category

Yo geng.. Korang selalu bersenam tak? Haha.. Adakah korang mengambil beberapa minit untuk jawab soalan aku yang simple ni? Hehe.. Masa dekat sekolah asrama penuh dulu ye la aku selalu turun padang. Dah name pun dekat sekolah asrama, nak buat ape lagi ye tak. Kalau ade TV tiap-tiap hari boleh tengok lepas tu tambah pulak kalau ade Astro memang lagi layan la tengok TV kan. Haha.. Tapi nak buat macam mana,  SM Sains Tuanku Jaafar tersangatlah kedekutnya.

Dulu masa sekolah kalau tak turun padang, bace komik pastu tido sampai pukul 6. Kadang-kadang main jugak angkat dumbell. Dulu bapak rajin, havoc dengan lawan tangan@gusti lengan je masa dekat sekolah tu. Macam dah jadi kejohanan la, setiap minggu mesti lawan plih opponent yang nampak ego. Muahaha! Walaupun tangan aku kecik aku penah jugakla menang lawan tangan dengan kawan aku yang dua kali ganda berat aku. Dulu aku kurus sikit dow kat sekolah tak macam sekarang. Haha!

Sekarang ni dahla asyik duduk rumah je. Geng bersukan pun kureng, kot bersukan pun pergi jog dekat taman pastu pergi workout dekat gym. Kalau hari-hari camtu mau bosan dow. Nasib baik tak lama lagi Jampau boleh la kot ajak main futsal. Budak-budak ni pun cuti mesti banyak aktiviti eyh. Sambung balik pasal bersenam, setiap kali aku gym aku akan pergi dengan Payid, selaku tukang kata dalam aktiviti kegymnastikan ni. Hohoho.. Kadang-kadang tu Noah Benyamin pun ada sekali. Tapi yang akan tetap datang si Payid ni la.

Atas ni la si tukang kata tu. Dia memang bapak selalu gila pergi gym. Walaupun dia mengantuk dan lambat bangun pergi class, dia akan pergi gym jugak. Wakaka! Lately budak-budak ni agak tergezut la dengan tangan Popye dia tu sebab bapak punya beza daripada dulu. Dulu dah nampak shape dah tapi sekarang ni lain macam padat nye. Dia minum susu ape ntah dia cakap haritu. Owh lupa, kitorang selalu lepak dekat Gym Rakyat Seremban dekat-dekat dengan Restoran Nelayan yang mahal tak agak. Entah apa yang mahal pun tak tahu. Hehehe.. Jangan marah taukey..

Sekarang ni aku dalam proses nak kuruskan badan balik. Haha.. Masa bulan puasa dengan hari raya makan tak ingat dunia. Lepas aku beli dumbell ni dulu selalu2 jugak la aku main dekat dalam rumah kan petang-petang. Tu pun ada time rajin buat la sebab banyak kerja nak dibuat. Bagi yang rasa badan tu dah sihat sangat dan tak sihat tu bawak-bawaklah bersukan or bersenam. Huhuhuhu! Nanti kot berjoging nanti Makcik Esah lagi fit dan laju daripada korang camno? Kang kalau dah kahwin nanti nak berjunub pun 5 minit je susah la kan. Takkan korang nak berjunub 5 minit seround lepas tu rest 5 minit pastu sambung balik minit dan seterusnya. Muahaha!

P/S : Bersenam2, berpeluh2 lah selalu :P


Semalam aku perasan yang Page Rank blog aku dah bertambah. Kalau sebelum ni blog aku PR3 tetapi tidak kini, blog aku dah naik jadi PR4. Ohoho! Aik cakap nak exchange link PR3 kan? Lepak2.. Kalau korang nak exchange link dekat page blog aku yang ade PR3, korang boleh usyar page blog aku yang ni –> Exchange Link

Tinggi jugak woo page ni punya page rank, Exchange Link . Aku masih percaya yang Page Rank ni masih berguna untuk search engine optimize. Walaupun baru-baru ni ada ura2 yang cakap Page Rank dah tak lagi penting. Aku tak percaya sebab aku rasa Page Rank ni masih lagi benda penting untuk semua blog. Lagi tinggi page rank lagi bagus dan lagi banyak duit aku rasa boleh buat kalau Page Rank tinggi. Masih ade je advertiser nak advertiser dekat high Page Rank blog.

Kalau korang exchange2 link di antara blogger, blog korang tu pun boleh jadi popular sikit la dekat search engine macam Google, Yahoo, MSN dan Bing. Blog korang pun akan cepat dapat Page Rank. Kalau orang lain datang lepak dekat blog yang ada link blog korang, untung2 nasib boleh jugak diorang masuk blog korang. Alang-lanag dah tertengok ye tak. Hahaha! Kalau korang nak exchange link dengan blog aku, korang boleh roger aku dekat , Call Me. Pastu nanti korang cakaplah nak exchange link dekat dalam message tu. Tapi papehal pun korang kena link ke blog aku dulu lah kan. Huhu..

Oooppsss.. Lupa plak. Kalau korang tak tahu, korang bleh check Page Rank dekat sini –> Page Rank Checker

P/S : Aku tunggu message korang


Ahah! At last this masterpiece arrived yesterday in a rainy day. Ahh! Aku sungguh malas nak berfikir ayat-ayat english ni. Dah lama gila kot tak menai or menulis in english. Dah berapa lama pulak aku tak masuk study ye tak ? Muahaha.. Takpela asalkan selalu tengok TV cerita omputih pun jadi la kan. Baca magazine and baca The Star :P

Akhirnya sampai jugak surat no PIN akaun Adsense sampingan aku yang ke-XX . Rahsia rahsia.. Nanti terkujat pulak korang nanti. Buat duit dengan Adsense ni memang famous tapi dalam-dalam famous tu ramai gila kot yang tak tahu lagi Adsense ni apa benda nya. Aku pernah jugak dulu masa nak cash out earning Adsense aku, ada ke patut manager bank RHB tu tanya aku Google tu apa. Mak aih, tak pernah membaca agaknya dia ni. Nak kata tua takdelah tua sangat. Belajar tinggi-tinggi tapi Google pun tak tahu. Hohoho!

Nak buat duit dengan Adsense ni takdelah susah sangat. Asalkan tahu teknik dia, tahu flow Google Adsense ni macam mana dan korang fokus dengan teknik buat duit dengan Adsense ni. Ada macam-macam teknik sebenarnya. Nak dapat earning gempak dan pantas boleh tapi risiko sangat tinggi. Sedangkan buat teknik yang biasa pun kadang-kadang kena jugak ban dengan Google. Boleh kata nasib jugak lah. Google memang strict dengan polisi diorang tapi ramai jugak yang terlepas daripada langgar TOS polisi diorang tu. Ni bukan polis indon ok, ni “policy”.

Surat no PIN Google Adsense ni sangat penting sebab ni cara Google nak verify yang nama dan alamat kita ni memang wujud. Jadi diorang akan mintak korang submitkan no PIN ni dekat dalam akaun Google Adsense korang. Korang akan dapat surat ni selepas earning korang mencecah USD10.oo .

P/S : Kalau korang baru nak daftar akaun Google Adsense boleh usyar kat sini – Video Step By Step

Logo yang mengubah pemahaman teknologi IT dunia :)

——


—-

Alooohaaaa hawaiiee!! Haaa tak percaya ke aku antara lelaki hot yang bernama “Ridzuan” ? Hehehe.. Tengok la dekat atas tu. Aku baru try hari tu saje-saje nak test ada tak pakcik Google suggest nama aku kalau ada sesiapa yang menaip nama “Ridzuan” dekat Google search tu. Google akan suggest korang  search certain perkataan tu kalau perkataan tu selalu ditaip orang dekat Google Search. Korang paham ke tak nih ? Haha.. Aku rasa aku dah sampaikan sesimple mungkin.

Nampaknya aku jauh ketinggalan dekat dalam carta lelaki hot ni. Muahaha! Pesaing-pesaing aku adalah “Ridzuan Hashim” dan “Ridzuan Ramli” . Ridzuan Ramli merupakan seorang model and wedding photographer. Ridzuan Hashim pulak  artis Malaysia lah, ala yang berlakon Spa Q tu, botak-botak tu. Ridzuan condo and apartment memang famous la kan sebab tu rumah. Ramai orang cari pasal Ridzuan condo ni sebab nak sewa rumah. Kalau tak silap aku Taylors College ade letak budak-budak diorang dekat Ridzuan condo ni.

P/S : Korang try la cari nama korang sendiri pulak

—-

—-


Dah agak lama jugak la aku tak melantak KFC ni. Yelah dulu sibuk berpuasa ye tak. Tapi kawan-kawan aku selalu jugak pergi McD masa bulan puasa aritu. Tak tahu la aku diorang pergi masa pagi, petang or malam. Muahaha! Sejak kebelakangan ni aku lebih sayangkan McD daripada KFC. Jadi sebagai melepaskan rindu terhadap KFC, aritu masa aku dengan Hafreze pergi jumpa client daripada Singapore aku order KFC X-Meal saiz besar. Hoho! Aku tak join sekali meeting dengan diorang, aku sekadar pak pacak yang malas nak tahu apa-apa. Jadi aku terus pergi ke KFC di Jusco Seremban 2. Masa tu diorang tengah meeting dekat Starbuck.

Masa kecik-kecik dulu if ada je mainan yg KFC promote dekat TV aku mesti beli punyalah. Tapi dah tua-tua ni aku macam tak berminat la plak kan dengan mainan yang diorang offer tu. Tapi baru-baru ni KFC cakap nak bagi kereta Volkswagen percuma dekat sape-sape je yang beli X-Meal. Semua orang tau yang kereta Beetle Volkswagen memang menjadi pujaan ramai. Tapi nak beli kereta yang betul, mahal gila kot. So aku beli je la permainan Beetle Volkswagen yang KFC promote ni. Haha! Boleh tahan jugakla. Ada gaya-gaya hot weels jugak. Tapi kereta ni takdelah besar mana, besar mouse aku je. Papehal pun layan je la main menatang ni haaaa ~ :P


Bagi aku, gigi ni boleh dikatakan aset penting untuk setiap insan. Sebab ada juga orang yang kurang keyakinan nak berhadapan di khalayak ramai disebabkan gigi mereka. Percayalah! Mereka wujud ! Hehehe.. Ada yang sanggup habiskan beribu ringgit untuk gigi pun ada jugak. Apa-apa pun gigi ni kena jaga awal-awal lagi, daripada kecik kena jaga. Kalau suka sangat makan gula-gula habislah. Ramai je budak kecik sekarang ni aku tengok hitam-hitam, rongak pun ada jugak! Ni semua sebab makan gula-gula tak ingat dunia ni. Hohoho!

Bagi yang kuat hisap rokok pun kena jaga jugak dow. Kot lama-lama nanti berkarat tu payah sikit tu. Nak cium awek susah nanti, kang tak merasa cium awek nanti. Haaaa.. Rugi besar tu bro! Haha! Gurau kasar sikit haa :P Tapi kalau gigi cantik, mesti awek suka punyalah. So jaga-jagalah gigi korang tu. Kalau korang lagi sayangkan band Gigi dari Indon tu daripada gigi korang sendiri, tu dah parah sangat dah tu.

Aku rasa jalan yang terbaik adalah gosok gigi setiap hari masa mandi. Kalau nak extra tu, korang gosok gigi setiap kali lepas makan. Floss gigi pun wajib jugak setiap malam sebelum tidur, baru gigi tu caya sikit bersihnya. Hoho! Baru-baru ni aku ada beli satu benda untuk jaga gigi jugak. Boleh lah buang apa-apa yang patut dekat gigi korang tu. Budak-budak Watson panggil benda ni Tooth Stain Eraser, aku pun tak tahu nak panggil apa benda ni. Panjang sangat nama betul eyh. Takpe, asalkan aku tahu benda ni untuk apa. Haha! Benda ni korang guna lepas korang berus gigi, lepas tu kumur-kumur dan barulah boleh guna benda ni. Tonyoh-tonyoh sikit gigi tu. Benda ni tak boleh pakai selalu sangat, just guna 2-3 kali je dalam seminggu. Selamat mencuba!