Archive for the "Tips N Thing" Category

Tengah hari semalam aku dengan rakan seperjuangan keluar daripada sarang kitorang sebab Naim nak jumpa dengan akak Mat Pau. Akhirnya dia berjaya bodek-bodek nak beli t-shirt kosong and dapat scan lukisan dia free. Hohoho!

Pastu kitorang yang asyik makan nasi goreng ni mengidam nak makan Kenny Rogers pulak. Apa salahnya, setahun sekali. Hohoho.. Akhirnya kitorang masuk dalam and melantak quarter meal set. Kureng! Tak macam tempat lain.

Pastu masa nak bayar, boleh timbul isu pasal tak boleh guna kad debit. What the food?!! Aku dah pernah kot bayar guna kad Maybank kesayangan aku nih dekat Kenny Rogers Seremban 2 and Mid. Agak-agak ar kat Seremban Parade ni tak boleh bayar. Sambung baca lagi baiiii »


At last! Kitorang dah jumpa markas baru kitorang. Dalam erti kata lain, kitorang dah jumpa rumah sewa baru kitorang. Hohoh.. Tempat baru ni memang style! Nak-nak lagi rumah baru pulak tu kan.

Memang langkah kanan la brader yang advertise dekat OLX. Dia baru first time berjinak-jinak dengan bidang hartanah. Dia nak belajar buat duit dengan rumah sewa ni. Setakat ni baru satu je rumah dia ada. Baru iklan, aku terus sambar. Haha!

Rumah baru ni lagi compact daripada yang sekarang ni. Sangat sesuai untuk orang bujang yang takde anak lagi. Muahaha! Bilik rumah ada 3 and toilet ada 2. Dah kira ok la tu kan. Sewa pun sangat berpatutan. Nampaknya lepas ni nak uruskan tukar alamat untuk no telefon, Streamyx and Astro.


Aku rasa aku jarang gila makan cupcake dan aku rasa dalam seumur hidup aku ni, baru dua ke tiga kali entah aku makan cupcake. Cupcake dengan muffin berbeza kan? Sebab aku rasa aku selalu makan muffin Kenny Rogers.

Aku tak pandang cupcake macam aku pandang burger. Dan aku juga tak pandang cupcake macam aku pandang punggung amoi. Muahaha! Cupcake ni lain macam la rasa dia. Macam banyak sangat cream je. Dia punya cream tak macam cake biasa punya cream.

Aku rasa dah dua kali aku makan cupcake yang berbeza bentuk dan berbeza waktu, dua-dua tu rasanya lebih kurang sama je. Aku dapat ingat dow rasa makanan-makanan ni sebab aku ni pakar dalam bab pemakanan. Wakakaka! Cupcake sangat-sangat memualkan aku. Sambung baca lagi baiiii »


Haritu aku dengan member-member sekalian berhajat nak layan BBQ ayam madu. Jadi kitorang pun plan dengan sebaik-baiknya. Tapi takdelah segempak majlis kerabat di-Raja. Hohoho! Beli barang-barang pun sempoi-sempoi je. Bajet pun nak kena jaga ye tak.

Mula-mula masa nak beli barang tu, kitorang pergi cari dekat Carrefour baru Seremban. Dah amik semua barang dah, boleh kata penuh jugak la troli kitorang angkut tu. Tapi sampai masa nak pergi beli ayam, sekali diorang taknak potong pulak. Diorang kata boleh potong untuk sekor ayam je.

Aku rasa diorang saja yang malas nak potong ayam tu. Last-last diorang dah siap timbang ayam tu, kira and bungkus. Kitorang buat-buat nak beli la. Last-last kitorang belah macam tu je pergi makan KFC dekat bawah. Satu troli tu memang kitorang biar je dekat area belakang Carrefour tu. Lepas makan, kitorang pergi beli barang-barang semua dekat Tesco Seremban 2. Ayam semua 5 ekor siap potong! Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »



Dah lama jugaklah aku usyar Dell Studio One 19 ni. Smart dowh! Paling aku suka sebab dia punya processor dengan semua drive dia ada dekat dalam dia punya monitor tu. Memang simple.. Hohoho..

Aku agak suka la dengan benda yang simple-simple ni kan. Takdelah semak-semak wayar sana sini. Aku dah lama takde desktop sebab dah bertahun-tahun aku guna laptop je.

Aku guna desktop masa zaman aku sekolah rendah dulu sampailah sekolah menengah. Pastu dekstop tu tak pernah tukar-tukar or upgrade langsung. Hohoh! Memang terbaik kan camtu?

Dahlah masa zaman tu dekat rumah aku tak ada Streamyx. Masa dulu layan TmNet. Tapi tak lama sangat guna TmNet sebab bil melambung tak agak. Bila zaman Streamyx ade plak, desktop rosak. Nak beli baru duit takde :( Sambung baca lagi baiiii »