Archive for the "Tips N Thing" Category

Bagi mana-mana syarikat yang ingin buat duit dan untung dengan pantas, aku rasa salah satu cara bagi diorang adalah dengan buat joystick game macam gambar dekat atas ni. Miahaha! Walaupun diorang hanya mengeluarkan joystick, aku rasa diorang boleh profit dengan kencang sekali kalah pengeluar sesebuah game console tu sendiri.

Aku rasa kalaulah ada joystick macam atas tu, aku nak beli sepuluh buah boleh tak? Wakakaka! Baru layan main game macam tu. Selesa je, takdelah sengal-sengal sendi jari aku nak main Winning Eleven nanti. Muahaha! Kalau kawan aku nak pinjam joystick ni, memang aku takkan bagi sebab aku sorang je boleh guna. Tak best lah bila orang lain dah rasa nantikan. Ahaks!

Tapi apa yang merisaukan aku nanti, takut ada yang main joystick je tanpa bermain game. korang faham tak? Main joystick tanpa ada console game tu. Hahaha.. Aku rasa macam ramai je yang akan berbuat begitu , ye tak? Nanti joystick ni dha jadi macam Blackberry je diorang pegang ke sana ke mari. Hohohoho.. Sambung baca lagi baiiii »


Aku tak tahulah fenomena pemakaian kasut Crocs ni masih berleluasa atau tidak. Tapi baru-baru ni pun aku ada beli sepasang Crocband. Tapi menyesalnya, dah sampai kat rumah baru terasa saiz tu tak sesuai dan agak ketat.

Rasa-rasanya dekat downtown Cheras memang berlambak orang jual Crocs tiruan dan sangat-sangat sebijik dengan Crocs yang original. Dekat sanalah aku beli Crocs tu. Muahahaha! Aku rasa takde jauh bezanya pun.

Lebih-lebih bab-bab keselamatan kasut Crocs ni. Aku rasa dua-duanya sama je. Malahan kasut Crocs yang original pun boleh mendatangkan malapetaka yang dasyat kepada si pemakainya! Cuba korang tengok video dekat bawah ni. Sambung baca lagi baiiii »


Bangsat! Keparat! Hampeh! Meniarap! Takboleh berdiri! Woihhhh.. Bengang gila aku dengan cicak malam tadi. Ni la kali pertama aku mengisytiharkan perangĀ  dengan cicak. Sebelum ni aku memburu cicak sekadar untuk dapat pahala hari Jumaat. Tapi sekarang aku akan membunuh cicak kerana dendam plus pahala hari Jumaat.

Malam tadi aku punyalah lapar nak makan hot dog. Aku dah siap-siap dah nak masak, aku cairkan dulu ais dalam plastik hot dog tu. bagi dia lembik dulu kan. Lepas tu aku layan ar tengok TV dalam 5 minit. Lepas tu aku tengok dekat dalam sinki, daripada 3 biji hot dog dalam pinggan tu dah tinggal dua je.

Aku ternampak lagi satu hot dog dekat lantai, hujung dia dah kena lapah dah. Dah macam kena gigit dah. Patutlah aku pergi dapur je nampak ade 2 ekor cicak lari naik dinding. Cilako boto weyh! Paneh hati aku ni ann.. Tak sangka pulak cicak boleh ratah hot dog. Aku dah baik-baik punya tunggu nak masak hot dog, dia wat hal plak. Sambung baca lagi baiiii »


Inilah mastermind class aku yang pertama untuk mastermind yang official dibuat oleh Google. Memandangkan aku telah dijemput untuk menyertai sesi mastermind ni dengan Aman secara amannya, maka aku pun terima je lah kan. Hohoho..

Gerak daripada Kelana Jaya selepas lepak bersama Epol and the gang, aku terus shoot pergi KL Sentral naik Putra LRT. Sampai-sampai terus jumpa Aman and terus pergi naik ke hilton KL Sentral untuk sesi pendaftaran.

Perghhh! Bapak ramai orang. Rata-rata semuanya aku tengok macam orang-orang daripada company besar-besar. Dalam benak aku, diorang ni ada ke akaun Google Analytics. Miahaha! Mungkin ada dan mungkin tidak. Yang tidak ada tu datang sekadar untuk cari network baru je. Sambung baca lagi baiiii »


Walau apa barang jua sekali pun orang cakap and kutuk pasal Streamyx Broadband, aku tetap menyokong Streamyx Broadband. Hohoho! Inilah satu-satunya broadband yang aku panggil broadband sebab internet service provider yang lain, mostly aku panggil as BERUKBAND. Hehehehe! Aku tak cakap yang mana satu ok :P

Sebelum ni aku pernah jugak beralih dan merajuk daripada Streamyx Broadband tapi ternyata aku sangat merindui apa yang Streamyx Broadband buat dekat aku. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan berak pun tak lawas! Muahaha! Serius dowh itulah yang aku lalui sekarang ni.

Sekarang ni aku menggunakan Celcom Bxxxxband untuk sementara waktu sebab aku kan baru pindah rumah sewa yang baru. Pastu rumah baru ni kabel dalam untuk telefon dah ada, cuma kabel TM yang berdekatan belum dikorek lagi.Aiseyh! Tu yang aku malas nak pindah rumah sewa baru. Sambung baca lagi baiiii »


Nampaknya Ijan Burger mengembangkan dan melebarkan sayap puyuhnya dengan jayanya. Aku rasa roti telur kentang ni dah lama terlintas dalam kepala Ijan tapi hanya masa menentukannya. Rabu kelmarin aku dengan aktiviti sembang sekali lagi menjadikan Ijan Burger and Syed Maju sebagai lokasi. Nampaknya awek makin kurang di hari persekolahan dan lepas pukul 12 malam. Hohoho!

Aku dah lama dah nampak menu baru Ijan ni, Roti Telur Fries. Tak macam dekat benteng Ampangan yang lagi senang digelar Roti Telur Kentang. Ok la tu, Ijan punya fries tak macam Ampangan punya kentang. Harga standard RM3.00 aku rasa cukup berbaloi. Lantas aku mengodernya dan santap dengan rakus. Aku rasa tak sampai 10 minit dah habis. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »