Archive for the "Tips N Thing" Category

name card

Hahaha.. Punya la lama blogging tapi baru ni nak buat name card. Macam mana laa aku buat networking dengan kawan-kawan secara realiti kan. Kalau dalam alam maya setakat kasi-kasi URL tu apa ada hal.. Hehehe..

Jadi di atas adalah name card aku untuk RidzuanRichie.com dan juga diri aku sendiri bagi memudahkan diri aku daripada mengalami keadaan terkial-kial bila orang tanya name card aku. Semua orang ada, aku je yang takde. Bengong! Kata Cikgu Sam (STJ).

Sambung baca lagi baiiii »


gadget

Kehidupan kita semua sekarang ni dipenuhi dengan pelbagai jenis gajet dan semakin lama gajet yang ada semakin pelik. Kadangkala benda yang kita tak sangka pun boleh diselesaikan dengan bantuan gajet. Gajet ini berguna untuk membantu kita memudahkan masalah dan menjimatkan masa daripada menggunakan tenaga manusia secara manual.

MotherGadget.com merupakan antara portal jualan gajet pelik-pelik yang boleh membantu korang semua. Pertama kali aku memasuki website ni, terkejut juga sebab banyak gajet yang boleh membantu kita dalam kehidupan seharian. Ini bukan sebarang gajet seperti telefon bimbit biasa, ianya lebih daripada itu.

fish bait

Pernah tak korang tengok gajet yang boleh membantu korang memancing dan pulang dengan perasaan gembira kerana gajet ini boleh mebantu menarik perhatian ikan-ikan ke joran atau pancing korang. Mudah bukan? Korang tak perlu nak mencari-cari ikan dan cuba menghampiri diorang dengan dekat. Ikan yang akan menghampiri korang! Sambung baca lagi baiiii »


thor

Hoippp! Semalam aku berpusing-pusingan di dalam MPH Jusco Seremban 2 dan bila dah agak lama membelek buku-buku mengenai programming, aku beralih ke bahagian majalah-majalah. Macam biasa bukak salah satu majalah kegemaran aku dan terjumpa dengan gambar rajah di atas.

Watak superhero dalam filem Thor lakonan Chris Hemsworth memang membuka mata abang-abang sekalian dengan kegagahan yang dimiliki Thor. Setahu aku sebelum ni badan Chris Hemsworth dalam Star Trek takdelah segadang ni. Memang mengujakan untuk tahu macam mana dia dapat badan yang macam tu. Sambung baca lagi baiiii »


diesel

Korang dapat rasa tak yang sekarang ni makin lama makin panas. Aku ingatkan dekat Seremban atau beberapa tempat lain je yang panas, tapi boleh kata semua tempat lah. Ni lepas aku tengok ramai orang Malaysia yang merintih dekat Twitter sebab panas.

Kadang-kadang bila waktu malam pun terasa panas dia jugak. Bukannya ada cahaya matahari sangat pun, malam mana nak datang matahari kan. Tapi bahang panas tu terasa jugaklah, basahlah ketiak ni jugak. Hohoho.. Sambung baca lagi baiiii »


galah panjang

Korang pernah main galah panjang tak? Mesti ramai yang dah pernah kan. Walaupun ada yang cakap diorang tak pernah main galah panjang tetapi aku rasa diorang pernah juga. Diorang main galah panjang secara tidak rasmi! Hohohoh.. Mesti korang pun pernah berada dalam situasi macam ni. Aku yakin!

Ok katakanlah korang tengah syok jalan-jalan dekat mana-manalah. Contohnya korang jalan dalam shopping complex. Kemudian  tiba-tiba korang bertembung dengan individu yang lain yang menuju ke arah bertentangan dengan korang. Sambung baca lagi baiiii »


rahsia nombor

Aku tak tahu kenapa aku asyik terpandang dengan sengaja ataupun tidak sengaja dengan nombor-nombor berganda. Contohnya, 1111, 2222, 5555, 7777 dan yang paling kerap adalah 1111 dan 5555.

Adakah ini membawa maksud tertentu dalam hidup aku? Boleh kata dalam sehari tu adah 3 kali ternampak. Dalam seminggu tu takdelah tiap-tiap hari nampak, tapi dalam 4 hari tu mesti nampak punya. Sambung baca lagi baiiii »