Archive for the "Tips N Thing" Category

Korang pernah tengok tak budak-budak bekerja dekat kedai? Tak kisahlah remaja ke budak-budak sekolah rendah ke. Apa perasaan korang bila tengok diorang tengah kerja dekat kedai makan? Apa yang korang fikirkan?

Kadang-kadang sayu jugak bila tengok budak-budak kerja sampai berpeluh-peluh. Tambahan lagi kalau bekerja dekat kedai mamak, stok kena suruh kaw-kaw je dengan maple tu kan.

Budak-budak biasa berpeluh buat benda fun-fun, ni diorang sebab nak cari rezeki yang halal. Memang aku respect laa dengan diorang sebab aku pun takde kesedaran sampai macam tu. Sambung baca lagi baiiii »


Semalam pergi jalan-jalan beli barang dekat area The Curve, Ikea & One Utama. Masa nak balik tu tiba-tiba ternampak pulak kereta putih ni yang tampak smart sekali.

Ingatkan kereta keluaran negara luar, tapi kitorang silap. Rupanya kereta Malaysia, Perodua Viva. Hohoho! Korang tengok smart tak?

Ingatkan dia tukar bumper, tapi menurut kawan aku yang lebih arif owner kereta ni just lowered kan Perodua Viva ni dan tambah skirting tepi. Sambung baca lagi baiiii »



Petang tadi berhajat nak pergi bersiar-siar di kotaraya Kuala Lumpur tapi memandangkan dah pukul 2 lebih dan hujan lebat, hajat tu tidak berkesampaian. Jadi terpaksa bersia-siar di Seremban Valley je :p .

Sebelum menonton movie Bruce Lee My Brother, aku dengan kawan aku Luqman Anis (Businessman) cuci mata dan cari benda menarik untuk dibeli di Jusco Seremban 2.

Aku punya kunci kereta sebenarnya takde keychain lagi. Akibat dah tak tahan kena perli dengan member tak tukar keychain yang Proton bagi masa ambik kereta haritu, aku pun berniat nak beli keychain. Sambung baca lagi baiiii »



Kalau difikir-fikirkan balik tajuk post aku ni memang agak menyeramkan. Tak dapat aku bayangkan kalau kita semua hidup tanpa aktiviti download-mendownload movie dan mp3. Sangat boring! Sangat menyusahkan! Dan yang paling penting sekali sangat memokaikan diri ini!

Hari ni selepas baca info di blog Daily Chilli, satu akta baru akan diwujudkan yang membolehkan pembekal servis internet (Internet Service Provider) membekukan akaun internet bagi mana-mana penggemar penggunaan P2P. Sambung baca lagi baiiii »