
Semalam aku dengan Mario dah kemaruk nak melantak makanan selain daripada nasi goreng bujang, cekodok dan lempeng ibu. Hohoho.. Jadi setelah berfikir dengan panjang, kitorang pun bersetuju nak order Pizza Hut Delivery.
Biasanya aku akan order online je guna Pizza hut Online. Tapi dah banyak kali aku cuba, diorang susah nak detect alamat tempat kitorang tinggal. So aku terus call Hotline Pizza hut sebab aritu aku ada nampak orang blok villa aku order Pizza Hut Delivery.
Syabaas aku ucapkan kepada operator Pizza Hut sebab tak sampai 3 minit pun, urusan dah selesai. Diorang boleh hantar, tak macam McDonald Senawang. Cibey! Diorang cakap dalam masa 30 minit pizza boy akan sampai. Sambung baca lagi dow »

Nampaknya aku kena berpindah ke rumah lain hujung bulan ni. Rumah yang aku sewa dekat villa ni akan dijual. Adeyh.. Owner nak jual dekat datin mana entah. Tapi haritu datin tu dah tang dengan anak lelaki dia nak usyar-usyar rumah. Akhirnya diorang bersetuju nak beli. Siot, kalau aku tau aku sepah-sepahkan rumah tu sebelum dia datang. Miahaha!
Pastu malam tu aku dah dapat sms daripada tuan rumah yang otai. Aku diberi notis sebulan untuk keluar rumah walaupun dah melanggar aggreement sewa untuk setahun. Takpola kan.. Biar yo laa.. Jadi sekarang misi aku dengan Mario untuk mencari rumah sewa baru.
Entah jumpa entah tidak rumah sewa dekat area Seremban nih. Seremban tak besar sangat so aku just usyar-usyar dekat Mudah.my dengan OLX je sebagai sumber. Nak pergi pusing satu Seremban tak penat pulak kan. Ada jumpa dua buah rumah ni. Satu single storey dan satu lg double storey. Harga dua-dua lebih kurang tapi double storey banyak barang dia tinggal so nak cari tennant yang pembersih, kemas dan teliti orangnya. Pendek kata bapok lah kot. Hohoho.. Kasar dow.. Sambung baca lagi dow »

Sekarang makin ramai orang yang ada blog. Tak kiralah muda ataupun yang sudahpun berumur. Diorang semua ada semangat untuk blogging sama ada sebagai hobi ataupun peluang mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni aku rasa bukan pendapatan sampingan lagi dah sebab ramai jugak yang jadikan blog sebagai main income diorang tiap-tipa bulan.
Ada jugak yang blogging untuk suka-suka dan diorang tak buat duit dengan blog. Aku tak tahulah kalau diorang tu memang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog atau diorang memang rasa income diorang dah cukup untuk hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku harap diorang boleh mula buat duit sampingan dengan blog. Sebab aku tahu ramai di antara kita (yang muda) masih hidup dengan duit penat lelah mak bapak.
Jadi sekarang aku nak terangkan sedikit bagaimana sebenarnya korang boleh buat duit dengan blog ni. Sambung baca lagi dow »

Aku tak pernah lagi buat post and cakap pasal traffic blog aku ni. Jadi ini adalah kali pertama. Hohoho.. Untuk bulan January lepas, sebanyak 37,169 unique visitor meningkat sikit daripada December lepas. Tapi bilangan page view 153,166 berkurang sikit je. Bilangan new visits sebanyak 66.64% juga satu berita menggembirakan. Setiap bulan ada je orang baru masuk. Hehehe..
Kenapa new visits peratusannya tinggi? Sebab traffic blog aku lebih daripada 50% datangnya daripada search engine. Diorang type apa yang diorang nakc ari kemudian terjumpa blog aku. Syabas kerana jumpa blog aku! Hohoho.. Aku ni bukanlah pakar sangat pun dalam blogging. Berbangga jugakla dengan pencapaian yang meingkat setiap bulan kan. Hehehe.. Sambung baca lagi dow »

Jika korang semua ada email, bagaimana prestasi akaun email korang? Hahaha.. Akaun email pun ada prestasi ye tak. Bagi aku ada. Walaupun sekarang ni semakin banyak company yang memberi perkhidmatan akaun email percuma ni tapi tak semuanya bagus. Sebab sebenarnya diorang memang buat untung besar walaupun kita register percuma saja.
Walaupun percuma, company tu kena jugak jaga kepentingan pengguna dan diorang kena sediakan banyak features yang berguna dan memudahkan kita sebagai pengguna. Aku ada 3 akaun email. Gmail, Hotmail dan Ymail. Tapi yang paling aku kerap guna hanyalah Gmail dan Hotmail. Sambung baca lagi dow »

Inilah muka aku masa dulu kala. Hohoho.. Nampak sangat keremajaan ya tak? Agak merindui keadaan ni sekarang nih. Hahaha.. Tak perlu korang teka kenapa. Setiap individu ada isu yang perlu diahadapi. Hoho.. Dulu aku pernah bertindik, dan aku agak menyesal jugaklah. Sebagai seorang Muslim, tidak seharusnya aku bertindik.
Biasalah kalau dah darah remaja tu, macam-macam nak buat. Itulah inilah semata-mata nak mendapat perhatian. Pengakuan di situ. Miahaha! Tapi aku tak nafikan masa tu memang banyak perhatian yang aku dapat. Muahaha! Aku bertindik sejak lepas PMR sampailah aku tamat Foundation Business Admin. Agak lama jugaklah kan. Bagi aku bertindik tu memanglah cool tapi sesuatu yang dilarang agama. Sambung baca lagi dow »