Archive for the "Tips N Thing" Category

monavie, active, pulse

Baiklah di sini aku ingin berterus terang kepada korang semua bahawa aku merupakan salah seorang daripada ratusan pengedar Monavie yang berdaftar secara sah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hebat tak elaborasi aku setelah sekian lama menyepi daripada blogging? Hehehe..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya jejaka yang menaip laju ni, takut korang risau jadi aku perjelaskan secara tidak panjangnya. Pada awal Januari 2011 aku telah mendaftar sebagai ahli Monavie dengan seseorang yang agak rapat dengan aku dalam internet sebab dia banyak outsource kerja dekat aku. Sambung baca lagi baiiii »


kerja kosong

Huwarghhhhh!! Mesti best gila kan kalau dapat tidur masa kerja tanpa gangguan boss-boss yang kita pandang kecik besar kecik besar dari jauh. Hihihihi.. Aku tak sangka aku boleh ada keupayaan nak pandang boss macam tu.

Sebelum mula bekerja dekat P1 haritu, aku rasa semuanya mudah saja memandangkan kerja-kerja aku memang bidang kegemaran aku. Namun semuanya silap sekali lepas setiap kali aku balik daripada kerja, aku terasa letih yang amat sangat dan tidur pun awal je kalah budak darjah 5. Sambung baca lagi baiiii »


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


rezeki perniagaan keluarga

Gambar ni aku ambil sebelum solat Jumaat dua atau tiga minggu lepas kalau aku tak silap. Disebabkan aku orang bujang, jadi aku hanya makanan segera yang sudah siap dimasak oleh sang peniaga. Aku rasa orang bujang kerap mengamalkan brunch. Teeeheee..

Sambil kunyah dan menelan, mata aku tak henti-henti perhatikan gelagat satu keluarga yang berniaga ni. Sebelum ni aku jarang beli dan melepak makan sambil duduk dekat akar pokok belakang gerai diorang ni, jadi aku tak tahulah diorang satu keluarga. Sambung baca lagi baiiii »


pakej percutian

Sesiapa yang ada dalam mood percutian memang akan ada rasa perasaan best yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi orang yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan di bawah seorang majikan. Hahahaha! Bila dapat bercuti dalam waktu yang agak panjang, pasti ada perancangan diperlukan.

Ya lah, bukan selalu dapat cuti jadi masa cuti tak boleh dibazirkan begitu saja. Jadi sesiapa yang bercuti tu mesti akan ghairah mencari pakej dan destinasi percutian yang menarik. Tak kisahlah dalam negara ataupun luar negara, janji dapat release tension. Sambung baca lagi baiiii »


Persaingan di dalam dunia perniagaan memang sengit. Pelbagai cara yang digunakan untuk memastikan perniagaan masing-masing bertahan lama dan mendapat keuntungan yang tinggi.

Ada juga yang sanggup membuka syarikat perniagaan semata-mata untuk dapatkan keuntungan yang tinggi tetapi tidak bertahan lama. Tetapi zaman sekarang ni, pelanggan memandang dua aspek ini iaitu harga murah dan kualiti tinggi. Sambung baca lagi baiiii »