Archive for the "Politik" Category

perhimpunan bersih

Perkhabaran perhimpunan Bersih makin hari makin menyemakkan benak hati aku yang cetek dengan ilmu politik ni. Aku tak sukakan politik tapi aku juga berhak memberikan sepatah dua kata terhadap apa yang tengah berlaku sekarang ni.

Ramai orang Islam cakap politik ini adalah sebahagian daripada Islam, tapi aku tak pasti kedua-dua belah pihak yang ada sekarang ni betul-betul berlandaskan politik Islam ataupun tidak. Masing-masing cuba manipulasikan apa yang ada selagi boleh memenangi hati rakyat.

Cuma sekarang ni aku nak ketengahkan isu yang aku sangat-sangat tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih yang bakal berlaku 9 Julai nanti. Apa yang diorang tuntut adalah untuk mendapatkan sistem pilihan raya yang bersih. Sambung baca lagi baiiii »


hutan negara pahang

Artikel daripada blog Rohaizad memang banyak membuka mata aku tentang isu-isu luar daripada dunia internet. Kali ni mengenai kesedaran seorang lelaki yang bukan warganegara Malaysia, rakyat Australia mungkin terhadap keharmonian negara Malaysia.

Setelah aku amati betul-betul apa yang dia bebelkan, memang masuk akal jua. Aku menyokong pendapat dia mengenai isu projek Lynas dekat Pahang tu. Apa yang Malaysia dapat? Selain daripada projek, duit dan peluang pekerjaan?

Sambung baca lagi baiiii »


Owhh! Gambar dekat atas ni bukan Santa Claus ya adik-adik. Berbekalkan pengalaman politik abang Richie yang lalu lalang depan pusat mengundi dan melihat gambar-gambar yang tergantung sana-sini masa pilihan raya, abang Richie dapat tahu yang dalam gambar di atas ialah Karpal Singh. Teeheee!

Ok, dulu memang selalu aku tengok muka Karpal Singh dalam surat khabar dan berita yang keluar dekat TV. Kalau ada muka Karpal Singh ni mesti banyak je kekecohan yang berlaku. Yalah, nak tegakkan prinsip politik masing-masing kan. Sambung baca lagi baiiii »