Category Archives: Personal Developement

Pentingnya Sebuah Impian Dalam Kehidupan

dreams impian

Di dalam diri aku ternyata sudah ada sebuah impian yang tersemat sejak daripada aku mengenal erti perniagaan ataupun business. Aku yakin ada di antara korang semua pasti ada sebuah impian. Namun aku terasa amat sedih dan simpati sekali apabila ada juga insan yang terpaku apabila aku bertanya apakah impian mereka.

Ada juga yang berasa hairan kenapa aku bertanya soalan itu tapi bukannya sebab mereka ingin rahsiakan impian mereka cuma mereka berasakan impian mereka tidak berapa penting. Jadi keghairahan mereka terhadap impian tersebut seolah-olah tiada dalam diri mereka. Ini membuatkan aku lagi sedih, mungkin hangat-hangat tahi ayam mereka ni.

toyota 86

Setiap orang perlu menanam sebuah impian @ DREAMS dengan penuh perasaan dalam diri. Mereka perlu berasa ghairah dan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tersebut. Tiada impian logikal yang mustahil kerana aku pasti impian mereka itu sudah pasti pernah digapai oleh orang lain dalam dunia ini. Continue reading