
Adakah korang tahu apa maksud Peel Away Ads? Bagi yang sudah lama dalam aktiviti blogging ataupun internet marketing, sudah semestinya Peel Away Ads dah lama tersemat di dalam hati. Maksud Peel Away Ads dalam kamus blogging aku bermaksud, iklan kupasan kulit. Ahah! Korang setuju atau tidak dengan maksud iklan ini terpulanglah ya. Proses iklan ini bermula apabila mata korang terlirik pada satu bahagian minisite itu yang bergoyang-goyang atau menggoda tangan korang untuk cepat-cepat mengarahkan tangan korang menggerakkan mouse ke arah bahagian tersebut.
Kemudian apabila penunjuk mouse korang dah berada dekat atas tu, tiba-tiba layout,theme,template kepada blog atau minisite tersebut akan tertarik dan terpampang sebuah iklan yang menerangkan tentang bla3 dan meminta korang klik. Korang akan dibawa ke page yang lain selepas itu. Cuba korang tengok dekat penjuru kanan sebelah atas blog aku nie, ada benda untuk ditarik kan? Apa lagi, tariklah! Hehehe.. Ini bukan apa, ini juga merupakan salah satu cara untuk marketkan sesuatu kepada pelawat setia blog korang. Sambung baca lagi baiiii »