Archive for the "Perniagaan Internet" Category

Team Speed Adsense memang telah mengejutkan sesetengah kaki internet yang tengah tercari-cari cara yang paling best sekali untuk menjana pendapatan internet. Aku sendiri adalah salah seorang daripada tenaga pengajar di dalam Team Speed Adsense. Kitorang telah bergiat di dalam Adsense sudah agak lama juga dan telah belajar bermacam-macam ragam dengan Adsense ni.

Lihat Video Di Atas – Bukti USD500 Lebih Sehari

Korang dah tengok video Youtube yang ada dekat atas tu? So, adakah korang terkejut atau USD500 sehari itu adalah perkara yang biasa bagi kau. Kalau ya, tabik spring aku ucapkan sebab bukan calang-calang orang yang boleh buat duit USD500 sehari ni. Bayangkan sehari korang boleh dapatkan RM1,770 melalui Adsense sahaja. Mesti ramai yang berasa teruja.

Kitorang akanĀ  buat satu seminar iaitu Seminar Speed Adsense. Cuba korang tengok dekat sini www.SpeedAdsense.com . Kalau nak merasa menjana pendapatan sehari USD500, sila sertai seminar ini. Hehehe…


Geng Makcik Kepoh

Aku tahu ramai yang dahagakan traffik untuk website, blog, dan minisite jualan mereka. Ada juga yang dahagakan traffik untuk menjual produk orang lain. Ada banyak cara untuk dapatkan traffik, tapi setiap satu teknik tu memang ada kelebihan dia. Cuma satu je keburukan, iaitu yang lahir dari sifat marketer tu sendiri. Iaitu kemalasan yang membara. Hahahaha.. Inilah yang aku cuba nak selesaikan masalah ini, iaitu dengan pemasaran viral.

Cuba tengok gambar atas tu, viral marketing ni kita tidak perlu bekerja keras, orang yang akan sebarkan untuk kita dengan rela hati tanpa paksaan. Bayangkanlah jika korang ada seorang tiga makcik kepoh, kemudian dia dengan rela hatinya akan menceritakan apa-apa mengenai korang dekat kawan-kawan dia yang lain. Diorang pun cerita dekat golongan orang yang macam diorang. Asyik bercakap tak henti-henti..Haha.

Kalau korang nak harapkan traffik yang banyak dengan malas sekali buat kerja sambil boleh buat duit pulak tu, korang kena selalu tengok produk terbaru aku. www.KuasaVFB.com .


Betul weh boleh buat duit dengan lumayan jika korang betul-betul fokus dan serius dalam blogging. Serius tu bukanlah bermakna korang kena mengerut-ngerutkan kening dan dahi korang untuk blogging. Serius tu maksud aku korang dah betul-betul faham dengan konsep blogging dan dah tahu teknik-teknik yang boleh menjadikan blog korang sangat berharga di mata semua orang. Apa-apa pun yang paling penting adalah kajian dan fokus. Kalau korang dapat menguasai kedua-dua ini, aku rasa poket korang akan selalu ditepuk-tepuk oleh kawan korang sendiri. Biasalah, dah nama pun kawan. Hohoho…

Korang boleh baca dan download Majalah IM Isu Ke 13 ini yang menceritakan segalanya mengenai dunia blogging. Jangan lupa baca dan dengar sampai habis interview bersama Rohaizad , pro blogger daripda Johor. Mungkin orang Jawa. Huhu.. Ayuh kita download. Sambung baca lagi baiiii »


Ramai internet marketer dan usahawan internet yang sudah berjaya buat duit online. Ada di antara mereka bergantung kepada pendapatan perniagaan internet untuk menyara diri dan keluarga, termasuk aku sekali. Namun ada juga yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, tetapi hasilnya tidak memuaskan hati diorang. Malah ada yang tidak berjaya menjual apa-apa pun. Jangan terkejut, itu semua adalah perkara biasa. Asam garam perniagaan internet. Aku juga pernah gagal menjual, tetapi aku dah berjaya kesan kesilapan aku dan aku perbaiki semua kesilapan tersebut.

Di sini aku ingin berkongsi tiga tips bagi sesiapa saja yang ingin menjual ebook ataupun apa-apa produk informasi dan digital di internet. Mungkin tips-tips ini dapat membantu korang melangkah dengan lebih bergaya dalam perniagaan internet, InsyaAllah. Sambung baca lagi baiiii »


Pada 19 April yang lepas, aku telah menyertai satu seminar Ebay yang diadakan oleh SifuLan dan bro Noorizam Shah. Aku tak pernah lagi pergi seminar Ebay ni. Sebelum ni ingat nak ambil personal coaching, tapi alang-alang SifuLan nak buat seminar pertama dia, aku pun joinlah. Lagipun on that day, ramai otai-otai Ebay yang turun sekali antaranya Shahraduan, Matzis, Zakri dan lain-lain. Seminar ini diadakan di Hotel De Palma Shah Alam.

Masa pagi tu, aku dah terbangun lewat. So agak rushing masa nak mandi dan siap-siap tu. Maklumlah tak pernah pergi sana so bajet-bajet mesti lama jugak perjalanan. Ahahaha.. Mula-mula ingatkan nak pergi naik kereta, disebabkan perkara tertentu aku terpaksa pergi by public transport. Seminar tu pukul 9:30AM dan aku gerak dari rumah pukul 7:40AM macam tu. Aku naik LRT Putra daripada Wangsamaju and then sampai saja dekat KL Sentral aku naik teksi ke Hotel De Palma Shah Alam. Sambung baca lagi baiiii »


Bagi sesiapa yang pernah membeli mana-mana produk digital secara online, sudah tentu korang dah biasa dengan produk seperti video tutorial yang menunjukkan step by step untuk melakukan sesuatu. Tidak lupa juga dengan ebook tutorial setp by step yang menerangkan cara melakukan sesuatu dengan gambar rajah ataupun screenshot sahaja. Ada banyak kelebihan dan kekurangan jika korang nak cipta satu produk digital sama ada video tutorial mahupun ebook tutorial.


Sambung baca lagi baiiii »