Archive for the "Perniagaan Internet" Category

Pada 19 April yang lepas, aku telah menyertai satu seminar Ebay yang diadakan oleh SifuLan dan bro Noorizam Shah. Aku tak pernah lagi pergi seminar Ebay ni. Sebelum ni ingat nak ambil personal coaching, tapi alang-alang SifuLan nak buat seminar pertama dia, aku pun joinlah. Lagipun on that day, ramai otai-otai Ebay yang turun sekali antaranya Shahraduan, Matzis, Zakri dan lain-lain. Seminar ini diadakan di Hotel De Palma Shah Alam.

Masa pagi tu, aku dah terbangun lewat. So agak rushing masa nak mandi dan siap-siap tu. Maklumlah tak pernah pergi sana so bajet-bajet mesti lama jugak perjalanan. Ahahaha.. Mula-mula ingatkan nak pergi naik kereta, disebabkan perkara tertentu aku terpaksa pergi by public transport. Seminar tu pukul 9:30AM dan aku gerak dari rumah pukul 7:40AM macam tu. Aku naik LRT Putra daripada Wangsamaju and then sampai saja dekat KL Sentral aku naik teksi ke Hotel De Palma Shah Alam. Sambung baca lagi dow »


Bagi sesiapa yang pernah membeli mana-mana produk digital secara online, sudah tentu korang dah biasa dengan produk seperti video tutorial yang menunjukkan step by step untuk melakukan sesuatu. Tidak lupa juga dengan ebook tutorial setp by step yang menerangkan cara melakukan sesuatu dengan gambar rajah ataupun screenshot sahaja. Ada banyak kelebihan dan kekurangan jika korang nak cipta satu produk digital sama ada video tutorial mahupun ebook tutorial.


Sambung baca lagi dow »


Sambung baca lagi dow »


Adakah korang tahu apa maksud Peel Away Ads? Bagi yang sudah lama dalam aktiviti blogging ataupun internet marketing, sudah semestinya Peel Away Ads dah lama tersemat di dalam hati. Maksud Peel Away Ads dalam kamus blogging aku bermaksud, iklan kupasan kulit. Ahah! Korang setuju atau tidak dengan maksud iklan ini terpulanglah ya. Proses iklan ini bermula apabila mata korang terlirik pada satu bahagian minisite itu yang bergoyang-goyang atau menggoda tangan korang untuk cepat-cepat mengarahkan tangan korang menggerakkan mouse ke arah bahagian tersebut.

Kemudian apabila penunjuk mouse korang dah berada dekat atas tu, tiba-tiba layout,theme,template kepada blog atau minisite tersebut akan tertarik dan terpampang sebuah iklan yang menerangkan tentang bla3 dan meminta korang klik. Korang akan dibawa ke page yang lain selepas itu. Cuba korang tengok dekat penjuru kanan sebelah atas blog aku nie, ada benda untuk ditarik kan? Apa lagi, tariklah! Hehehe.. Ini bukan apa, ini juga merupakan salah satu cara untuk marketkan sesuatu kepada pelawat setia blog korang. Sambung baca lagi dow »


Mesti korang dah selalu dengar pasal perniagaan internet, buat duit di internet, buat duit dengan blog dan membeli belah secara online. Bagi yang belum bermula lagi dalam perniagaan internet ini, pernah tak korang berniat nak belajar pasal perniagaan internet ini selepas melihat dan mendengar kejayaan-kejayaan diorang yang menjalankan perniagaan di internet? Kalau korang langsung tidak terdetik niat di hati nak belajar atau ambil tahu pasal perniagaan di internet, korang memang RUGI BESAR.

Korang sendiri sudah sedia maklum bahawa 9 daripada 10 punca rezeki dekat dunia adalah menerusi perniagaan. Manakala medium yang terhebat untuk menjalankan perniagaan adalah menerusi internet! Ramai yang menggunakan internet hanya untuk hiburan saja. Kadang-kadang diorang sampai tak tahu nak buat apa bila dah bosan online. Belajar la buat duit online bai!!!! Sampai bila nak mengharapkan duit terbang sendiri kat tangan korang masa tengah tidur petang. Sambung baca lagi dow »


Kalau korang nak menjual sesuatu produk digital atau fizikal di internet, korang memerlukan sebuah minisite jualan yang mempunyai salesletter yang membunuh. Ada juga yang menggunakan blog sebagai medium untuk menjual produk diorang. Tetapi sesiapa yang masih lagi newbie dalam membina blog dengan konfigurasi dan ubahsuai theme blog, korang mungkin tidak mampu untuk membina shopping cart yang betul-betul mantap. Jadi, minisite jualan adalah satu-satunya yang sesuai untuk semua. Malah yang otai-otai dalam penjualan produk di internet pun menggunakan minisite. Aku pun guna minisite nak jual produk aku!

Antara kelebihan minisite jualan adalah salesletter. Minisite yang mempunyai salesletter membunuh, mampu memukau para pelawat untuk membeli produk yang ditawarkan. Salesletter yang bagus juga dapat meningkatkan conversion rate sesebuah minisite. Maksudnya, jumlah pelawat yang datang ke minisite jualan tersebut di”convert” atau ditukar menjadi pembeli meningkat. Kalau nak tahu, kebanyakan jutawan internet di dunia menggunakan minisite sebagai medium lubuk emas diorang. Termasuk dengan aku, tapi aku tak jutawan lagilah. Hehehehe.. Cuba tengok antara minisite yang membunuh. Sambung baca lagi dow »