Archive for the "Perniagaan Internet" Category

Sekarang makin ramai orang yang ada blog. Tak kiralah muda ataupun yang sudahpun berumur. Diorang semua ada semangat untuk blogging sama ada sebagai hobi ataupun peluang mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni aku rasa bukan pendapatan sampingan lagi dah sebab ramai jugak yang jadikan blog sebagai main income diorang tiap-tipa bulan.

Ada jugak yang blogging untuk suka-suka dan diorang tak buat duit dengan blog. Aku tak tahulah kalau diorang tu memang tak tahu macam mana nak buat duit dengan blog atau diorang memang rasa income diorang dah cukup untuk hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku harap diorang boleh mula buat duit sampingan dengan blog. Sebab aku tahu ramai di antara kita (yang muda) masih hidup dengan duit penat lelah mak bapak.

Jadi sekarang aku nak terangkan sedikit bagaimana sebenarnya korang boleh buat duit dengan blog ni. Sambung baca lagi baiiii »


Sambutan perniagaan HyprobulkSMS memang di luar jangkaan aku dan orang yang sudah sedia menjadi ahli HyprobulkSMS. Aku pasti sudah ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut dengan program buat duit sampingan yang terhangat pada tahun 2010 ini.


Klik gambar untuk lebih jelas dan sahkan keasliannya.

Jangan terkejut kalau ada kawan-kawan atau ahli keluarga korang yang dah join program HyprobulkSMS ni. Sebabnya program ni dah ramai yang sertai dan sudahpun terbukti. Menggunakan sistem HyprobulkSMS yang ada, anda boleh memperoleh keuntungan dalam masa 24 jam. Ahaaaa! Tak payah terkejut sebab semuanya dah diaturkan dalam sistem canggih HyprobulkSMS.

Program buat duit sampingan dengan menjadi usahawan HyprobulkSMS separuh ataupun sepenuh masa sudah pun dibincangkan dalam program TV di saluran RTM. Kalau korang tak percaya korang boleh tengok video Youtube dekat bawah. Jangan sangsi-sangsi lagi nak jadi ahli HyprobulkSMS dalam masa terdekat ni sebab bila dah keluar dan dibincangkan dekat RTM, memang sudah pastilah program ni benar-benar bagus!


Jika korang semua ada email, bagaimana prestasi akaun email korang? Hahaha.. Akaun email pun ada prestasi ye tak. Bagi aku ada. Walaupun  sekarang ni semakin banyak company yang memberi perkhidmatan akaun email percuma ni tapi tak semuanya bagus. Sebab sebenarnya diorang memang buat untung besar walaupun kita register percuma saja.

Walaupun percuma, company tu kena jugak jaga kepentingan pengguna dan diorang kena sediakan banyak features yang berguna dan memudahkan kita sebagai pengguna. Aku ada 3 akaun email. Gmail, Hotmail dan Ymail. Tapi yang paling aku kerap guna hanyalah Gmail dan Hotmail. Sambung baca lagi baiiii »


Kelmarin punya gathering memang layan. Walaupun tak seramai mana tapi banyak benda baru yang kitorang dah explore and share bersama-sama. Fuhhhh! Memang aku terasa aku lah otak yang paling lembab sekali dekat situ. Wakaka! Aku dengan Mario datang boleh tahan awal, tapi kitorang lepak dekat outlet lain dulu sambil tengok brader Qiilans yang berdiri sepanjang masa depan Starbucks. Wahahah!

Lepas Aman, Paeh and MK sampai, barulah kitorang start lepak bersama dekat venue lepak kitorang. Borak punya borak, bro Kay dan isteri, Kak Mun sampai. Masa ni lagi bertambah benda baru masuk dalam kepala terutama sekali pasal CDN yang boleh menjimatkan wang ringgit kitorang dalam membeli bandwith hosting. Wow!

Syahir dengan Eddie datang agak lewat. Eddie cakap dia baru lepas main golf, datang Midvalley dengan pemakaian yang santai sekali. Hohoh.. Syahir pun bawak Macbook yang agak sama dengan MK. Perghhh! Memang tergoda gila kot tengok diorang punya Macbook. Tapi apakan daya, aku lagi minat nak beli Dell Studio One 19 nanti. Aummm! Sambung baca lagi baiiii »


Bagi sesiapa yang terasa diri dia kacak, bolehlah korang melawat ke kedai peniaga yang kacak ni, KodaiKacak.blogspot.com . Hohoho.. Ni kedai member aku dan diorang ni memang aku jamin kacak serba serbi. Barang-barang yang diorang jual pun kacak-kacak juga.

Kalau korang berasa diri korang tak kacak sangat, pun jangan segan silu untuk melawat ke Kodai Kacak ni. Buat masa ni diorang memang banyak stok baju @ t-shirt Paul Smith yang murah-murah dan kacak-kacak belaka. Kalau Norman Hakim dengan Awal Ashaari tengok nih memang diorang nak rembat semua. Aku kompom la! Hohohoh!

Buat masa ni kebanyakan barangan kacak diorang berjenama Paul Smith. Bagi peminat barangan Paul Smith yang susah nak didapatkan dengan harga yang murah, korang boleh roger dua orang brader kacak ni, diorang akan setlekan untuk korang. Harga dijamin berpatutan dow. Tak caya korang tengok la kat Kodai Kacak ni.

Diorang ni boleh dipercayai. Tak perlu risau kalau diorang tak hantar barang yang korang dah tempah. Bagitau je kat aku. Nanti pandai-pandai la aku pancitkan tayar kereta diorang. Hohoho.. Sambung baca lagi baiiii »


Hari ni aku dengan Mario tiada di rumah, sebab akan bertandang ke Starbuck The Gardens untuk melepak bersama-sama top blogger di Malaysia. Tapi sudah semestinya blogger Project Alpha Nuffnang yang dah jatuh kredibilitinya tu takkan join sama sekali.

Macam-macam topik yang akan dibincangkan nanti. Harap-harap ramailah awek-awek blogger yang datang. Hohohoh.. Nanti aku akan update gambar and cerita sikit dekat blog aku ni. Kalau ada mana-mana blogger yang nak datang sekali dijemputkan hadir. Jangan malu jangan segan. Kami peramah orangnya. Wakaka!

Mana tahu nanti kitorang boleh ajar serba sedikit pasal blogging ni. Boleh ubah cara hidup korang jugak nanti. Hehehe.. Ayuh! Aku tunggu korang kat sana. Jam sekarang pukul 6 lebih dan aku perlu tidur beberapa jam sahaja dan mungkin bertolak pukul 10 nanti. Suwaikom!