Archive for the "Perniagaan Internet" Category

business card, kad bisnes

Kad perniagaan atau namecard dalam perniagaan konvensional tidak dapat dipisahkan lagi. Hubungannya bagai aur dan tebing. Tapi, bagaimana pula jika seseorang itu menjalankan perniagaan secara online? Adakah kad perniagaan ini diperlukan oleh mereka? Terlalu banyak tanda tanya. Mari kita rujuk kepada pakar.

Menurut Dr. Irfan Khairi, jutawan muda internet di Malaysia, walaupun kita menjalankan perniagaan secara online, kita tetap perlu untuk melakukan promosi secara offline. Dan cara yang termudah untuk melakukan promosi secara offline adalah dengan memberikan kad perniagaan kita ketika bertemu pelanggan di dunia nyata. Sambung baca lagi baiiii »


Ada bermacam-macam platform untuk korang blogging secara percuma. Setiap platform ni mempunyai kelebihan diorang masing-masing. Kalau korang betul-betul seorang blogger tegar, korang harus mencuba lebih daripada 2 platform blog.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi sebnanrnya boleh tahan ramai jugak yang tak tahu. Sebab selalu je ada orang tanya aku BLOG tu adalah Blogspot. Lepas tu yang ada domain sendiri tu bukan blog. Hohoho!

blogspot

Blogger ni dulu adalah kepunyaan Pyra Labs dan kemudiannya menjadi milik Google. Google menambah lagi ciri-ciri menarik yang di dalam Blogger. Sambung baca lagi baiiii »


Struktur dan design sesebuah laman web merupakan antara faktor penting untuk menjayakan sesebuah website. Bagi sesiapa yang menginginkan kejayaan sesebuah website untuk jangka masa yang panjang, khidmat designer professional sangat-sangat diperlukan.

ClickCovers.com merupakan antara tempat yang dicari-cari ramai usahawan untuk membantu membina laman web yang menarik dengan kos yang sangat berpatutan.

Designer @ Owner ClickCovers.com, Dean, boleh membantu korang semua menjimatkan masa untuk design blog, website, minisites, banners, ecovers dan juga yang sewaktu dengannya. Nak mintak design apo-apo pun boleh lah sonang cito. Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Entri ini ditulis oleh penulis undangan, Aqif Azizan.

Bagi pemilik blog, menerbitkan entri secara konsisten dapat memberikan pelbagai keuntungan jangka masa panjang. Antaranya adalah:

  • Meningkatkan jumlah pembaca.
  • Menjenamakan blog
  • Melatih diri untuk menulis lebih baik
  • Meyakinkan pihak pengiklan untuk beriklan di blog

Namun kajian di Problogger.net mendapati, masalah yang menyebabkan blog-blog tidak dikemaskini untuk jangka masa yang lama, adalah berpunca daripada kekurangan idea untuk menerbitkan entri.

Kekurangan idea ini didorong oleh beberapa faktor seperti virus ‘writers block’, dimana penulis menghadapi kesukaran untuk menjana idea-idea, bagi menulis entri di blog-blog mereka, meskipun mereka sudah berada di hadapan komputer selama beberapa jam, untuk mencari sumber idea.

Tulis Banyak Entri, Dalam Masa 30 Minit… Atau Kurang

Terdapat satu strategi yang dikongsikan oleh penulis undangan Copyblogger, iaitu Jim Estill, jika kita mahu menulis entri-entri blog, yang memenuhi kehendak pembaca dengan pantas. Sambung baca lagi baiiii »


Kelmarin aku ada menerima satu bungkusan Pos Ekspress yang dihantar oleh bro Alan Tan. Di dalam bungkusan tu terdapat sebuah buku dalam berbahasa Inggeris bertajuk, “Make Money Online Without Selling Anything“.

Tersenyum aku bila diberi peluang untuk review salah satu buku yang ditulis internet marketer tempatan yang berpengalaman besar di dalam dan luar negara. Aku juga banyak belajar daripada Alan Tan. Sambung baca lagi baiiii »


Masalah kesihatan penduduk dunia semakin lama semakin kronik. Zaman yang banyak sangat hiburan dan teknologi antara faktor utama yang menyebabkan orang ramai alpa dan terlupa mengenai tahap kesihatan masing-masing.

Tahap kesihatan rendah boleh mengakibatkan individu menghidapi penyakit kronik yang akhirnya boleh menyebabkan kematian jika dibiarkan begitu saja. Aku rasa dekat dunia ni, lebih ramai yang mati kerana kesihatan berbanding kemalangan.

Di sini aku nak memperkenalkan dekat korang, Jus Monavie yang kaya dengan acai berry dan bebelas jenis buah-buahan yang terdapat dalam Jus Monavie ni. Sambung baca lagi baiiii »