Archive for the "Movie" Category

kl gangster

Aku yakin kebanyakan daripada korang semua sudah pun menontok filem KL Gangster yang telah lama dinanti-nantikan tu. Beberapa ketika sebelum hari tayangan KL Gangster bermula kita semua kita disajikan dengan trailer yang gempak. Aku pun rasa teruja nak tengok filem ni.

Trailer tu buat aku tak sabar nak tengok KL Gangster ni dekat pawagam dan kalau boleh nak jadi yang terawal tengok. Hohoho! Aku tengok filem ni sehari awal sebelum tarikh rasmi tayangan dia. Aku tengok pada malam 8 Jun haritu dekat MBO Terminal 2 Seremban.

kl gangster

Memang sudah jadi kebiasaan pawagam untuk tayangankan filem tu lg awal tapi pada sebelah malam je la. Namun, tak semua filem macam tu. Sudah seperti yang dijangkakan semua seat dah penuh malam tu, nasib baik aku beli awal masa tengah hari. Sambung baca lagi baiiii »


priest

Semalam aku menonton filem Priest walaupun agak lewat setelah filem ni dah berminggu berada di pawagam. Nak buat macam mana, busy buat kerja. Sememangnya aku harapkan banyak aksi dalam Priest ni dan aku nak tengok lakonan salah seorang aktor filem Legion satu ketika dulu.

Filem Priest ni menceritakan mengenai sekumpulan Paderi yang terlatih untuk menjaga keamanan sejagat rakyat kerajaan dalam cerita ni. Selepas peperangan demi peperangan, manusia sudah bebas daripada ancaman pontianak sebab manusia sudah tinggal di sebalik tembok besar kerajaan.

Jadi para paderi terlatih juga dilucutkan jawatan sebagai pegawai penting kerajaan sebab takut dengan kebolehan yang mereka ada, mereka akan merampas kerajaan. Sambung baca lagi baiiii »


Apa yang korang akan buat kalau korang diberi peluang untuk menikmati kehidupan selama 8 minit dan ianya berulang-ulang? Mungkin agak annoying bila korang ditugaskan untuk menjalani misi penting.

Misi penting ni pulak boleh selamatkan berjuta penduduk wilayah korang. Tapi yang pedihnya korang diguna-gunakan di saat korang nyawa-nyawa ikan. Sambung baca lagi baiiii »