Archive for the "Motivasi" Category

Pagi-pagi buta ni aku meluangkan masa aku untuk membaca dan tiba-tiba aku terbaca mengenai bro MKI ni. Nama penuh dia Muzaffar Kaisar Ishak dan adalah seorang yang suka memelihara anjing. Ya! Dia sememangnya orang Islam dan juga mengamalkan cara hidup orang Islam sebaik-baik yang boleh.

Apa yang menjadi kontroversi ialah masyarakat di sekeliling bro MKI ni yang menghina dia kerana membela dan menyayangi anjing. Ada yang cakap dia kafir lah apa lah. Kesian jugak aku tengok bro MKI ni. Aku masuk layan blog dia, perghhhhh syahdu babe lagu dia. Aku tak terfikir pun nak cari mana button nak stop lagu tu. Layan dow!

Banyak benda yang aku belajar daripada blog bro MKI. Boleh kata dia ni bukan calang-calang orang nya. Ilmu Islam dan kehidupan pun penuh di dada. Sudahpun beristeri dan selalu dikunjungi orang-orang yang mempunyai nama besar. Bukan nama dengan huruf besar je ok. Paling otai,  Tuanku Siti Aishah datang rumah dia nak tengok anjing-anjing yang dia bela. Sambung baca lagi baiiii »


Sorry geng, post ni aku dah adjust.. Kesian dekat bikini man kena ugut nak kena belasah bagai. Kalau

ada pape jadi kat dia, jom kita report polis. Benda kecik punya hal. Hal peribadi, orang lain pulak nak masuk campur.

Kita dah belajar tinggi-tinggi, jadi berfikirlah secara rasional. PEACE!



Mungkin sekarang ni aunty Azean Irdawaty dah boleh senyum sikit dah sebab Benjy dah bebas daripada dakwaan menjadi pengedar dadah. Namun Benjy still didakwa atas memiliki syabu dan kesalahan itu boleh dikata berat jugaklah kan. Azean Irdawaty tak percaya yang Benjy ni kaki syabu dan aku pun rasa begitu.

Tapi mahkamah belum sabit lagi kesalahan Benjy atau nama sebenar dia Khaeryl Benjamin Ibrahim. Gadis yang bersam-sama dengan Benjy masa dia kena tangkap hari tu bukanlah kekasih dia tapi rakan dia. Tak tahulah rakan sekerja ke apa. Kalau aku ada dalam court tu, memang aku bagitau korang dah.

Aku ni selalu jugaklah tercari-cari berita pasal Benjy ni sebab kes ni macam luar biasa jugak bagi aku. Hahaha.. Mana tahu kalau kepala besar dadah kena tangkap sebab kes Benjy kena tangkap. Mana tahu Benjy kena setup ke kan. Entahlah.. Tak sabar jugak aku nak tahu keputusan kes ni. Sambung baca lagi baiiii »


Hari ni aku nak ajak korang semua berfikir sejenak mengenai personaliti. Kali ini aku cuba untuk berseriusing. Nak tanya sikit, korang ada personaliti tak? Kalau korang tak dapat menjawab persoalan ini, ternyata korang hanyalah seekor kambing ataupun sebuah jam.

Setiap manusia mempunyai personaliti tersendiri, malahan ada manusia yang sentiasa mahukan identiti dan personaliti masing-masing berdasarkan trend. Personaliti aku sudah tentu berbeza daripada korang dan ternyata korang tak perlu meniru personaliti aku ini.

Personaliti dan identiti pun ada baik buruknya jugak. Ada yang boleh buat kita senang dapat ramai kawan, ada personaliti yang boleh bawak kita ke lubang jahanam dan ada personaliti yang sentiasa positif dan boleh bawak kita semua sama taraf dengan nama-nama yang tersohor.

Kalau korang masih lagi tercari-cari personaliti yang patut korang ada, aku rasa korang harus baca buku yang menarik ni. Buku ni memang sangat senang dibaca, santai dan penuh dengan info-info yang sangat rare! Mungkin korang boleh download bahagian PERCUMA buku Rahsia Personaliti tu dulu. Sambung baca lagi baiiii »


Terima kasih banyak-banyak kepada Nur Afeeqah sebab bagi aku info pasal Lady Gago Malaysia ni. Fuiyooo! Pertama kali aku tengok profile dekat Facebook terus aku berdiri daripada kerusi and tabik spring dekat profile dia sambil nyanyi lagu Negaraku. Haha!

Ni tiba-tiba aku dapat info yang dia ni bukan orang Malaysia tapi orang Filipina. Tapi ramai je orang Malaysia yang jadi fan and cit-cat dekat comment gambar dia. Entahlah! Malaysia dengan Filipina pun dah kira nak dekat-dekat kan. Mana tahu dia slalu ulang alik Malaysia – Filipina ke kan. Hohohoho..

Perghhh! Kagum gila aku tengok dia beraksi berani dalam photo album dia. Aku terbahak-bahak tengok album dia tapi dalam hati aku tetap kagum dengan keberanian dia. Macam keberanian Joan of Arc hebatnya! Huhuhu.. Aku rasa dia layak masuk tenteralah dengan keberanian macam ni. Weeeeeeeeeeeee.. Sambung baca lagi baiiii »


Malam tadi pergi lepak minum dengan seorang blogger underground yang banyak berkongsi tips dalam memilih dan mendevelope sebuah blog niche. Tempat lepak malam tadi dekat Dataran Senawang je, tak dapat la nak lepak Damansara ke, Subang ke or Sri Hartamas. Yela, sape la kitorang kan. Haha!

Tengah sedap-sedap aku menyedut air neslo ais, tiba-tiba mata aku ternampak satu kaki yang terjulur keluar daripada sebuah tingkap depan (driver) kereta. Kaki tu siap terhenjut-henjut lagi. Korang bayangkanlah kalau korang duduk dekat titi or jambatan, lepas tu korang goyang kaki. Camtu la kot. Huhuhu..

Tak lama lepas tu tiba-tiba keluar 3 lembaga yang berbentuk macam perempuan daa keluar daripada kereta. Kereta tu pulak blah macam tu je. Aku pun tak tau apa yang diorang buat. Hohoh! Lembaga tu lalu depan kedai makan yang kitorang lepak. Sekali semua tu maknyah daaaa. Sambung baca lagi baiiii »