Archive for the "Motivasi" Category

Aku tahu korang semua mesti dah tahu siapa yang menjuarai Piala FA 2010 kan. Hohoho.. Sudah sememangnya Negeri Sembilan memang layak jadi juara walaupun ada team lain yang tak puas hati. Sudah menjadi adat untuk membenci team yang jadi juara. Betul tak? Hehehe..

Perlawanan akhir Piala FA 2010 malam tadi yang berlangsung dekat Stadium Bukit Jalil memang sangat mendebarkan jantung aku yang kerap terkejut dengan tiupan trumpet oleh dua orang budak kecik yang duduk depan aku. Aku rasa malam tu hampir 65% peratus tempat duduk penonton penuh.

Aku dari 2-3 hari lepas memang tak sabar-sabar nak tengok final Piala FA ni. Geram haritu kalah dengan Selangor tak dapat Piala Sumbangsih. Ni Piala FA memang kena menang la kan. Mintak-mintak tahun ni Negeri Sembilan dapat menang treble la kan. Memang hensem! Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »


Terasa macam bintang popular jap budak kecik tak sunat lagi, Rafiqin Darwisy lepas dia timbulkan kontroversi mengutuk habis-habisanĀ  arwah Din Beramboi. Agak kurang ajar di situ dan kurang adab tertib. Memang meletup la dekat Facebook kalau orang buat status yang bukan-bukan.

Lepas dia buat beberapa status yang agak kurang enak dipandang mata, habislah orang buat screenshot status dia, upload dekat Facebook and mulalah kerja tagging menagging gambar tersebut. Ada beberapa gambar yang aku kena tag dekat Facebook. Semuanya berkaitan dengan mamat budak kecik yang macam tak sunat lagi ni.

Aku baca status dia pun, aku rasa nak pergi kebun potong batang pisang besar pemeluk aku, pergi cari buluh dua batang nak buat kepit, lepas tu beli air batu and beli gunting paling tajam sekali. Zasssssssss! Rasa nak sunat je budak ni. Hahahaha.. Tapi dah nama pun budak-budak, air duit pun tak keluar lagi. Sah-sah tak boleh berfikir dengan matang lagi. Sambung baca lagi baiiii »


Mesti ramai yang layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 malam tadi kan sampai tak tengok langsung Akademi Fantasia 8 yang tetap wajib dijalankan. Hohoho.. Takpela, minggu-minggu lain layan AF jugak kan. ABP malam tadi agak meriah jugak la dengan macam-macam gaya and perangai artis.

Raja Azura dengan Sharifah Shahirah pun boleh tahan jugak menggelikan perut aku. Tak semua lawak diorang aku layan, tapi dah kira ok la tu daripada host-host yang lain. Tahniah aku ucapkan pada Datuk Siti Nurhaliza sebab memenangi anugerah Bintah Paling Popular dengan undian lebih daripada suku juta. Tepuk-tepuk! Sambung baca lagi baiiii »


Wahai Abdul Perempuan sekalian! Adakah teman lelaki atau suami korang selalu pergi mengurut atau selalu sangat mengeluh untuk pergi berurut? Jadi di situ, sampailah masanya untuk korang berjaga-jaga. Muahaha! Kerana sekarang telah terjadinya fenomena urutan extra di negara kita ni.

Jika daripada sudut perniagaan dan otak cerdik usahawan, memang peningkatan dalam mutu R&D negara di mana daripada urutan yang biasa, si tukang urut ataupun mana-mana spa telah menawarkan urutan ekstra. Extra yang macam mana tu? Berminat? Miahahaha!

Urutan extra ni biasanya diminta oleh para lelaki yang pergi berurut dengan niat double meaning. Hahaha.. Ok tak istilah double meaning dalam mengurut? Tapi kadang-kadang, tukang urut yang seksi meksi ni offer jugak kalau mahukan urutan extra. Ni salah satu one time offer atau backend sale strategy. Wakaka! Sambung baca lagi baiiii »


Hari Selasa yang lepas, aku telah dijemput untuk menghadiri sidang media Lotus Formula 1 Malaysia di Pavilion Bukit Bintang. Dalam pukul 10:30 pagi aku dah bertolak daripada Seremban walaupun press tu start pukul 2 petang. Masa aku mula-mula sampai dekat Pavilion tu, aku dah nampak sederet Lotus super car dekat pintu masuk. Lepas tu belah dalam pulak, ramai orang tengah berpusu-pusu nak tengok pameran Lotus F1.

Aku ada nampak kelibat Dr. Mahathir merasmikan kereta Satrio Neo keluaran Proton untuk edisi Lotus F1. Ramai kelibat yang tertinjau-tinjau design dan feature yang ada dekat kereta Satrio Neo terbaru tu. Terlupa pulak aku nak tanya Dr. Mahathir berapa harga sebuah Satria Neo tu. Hahaha..

Lepas berkumpul dengan geng-geng Advertlets yang lain, kitorang mula mengorak langkah untuk terjun dalam gumpalan orang ramai tu. Fuhhh! Orang media boleh tahan bau ketiaknya. Miahaha! Terpaksalah bergaul mesra dengan diorang sekali agar aku dapat terhegeh-hegeh ambik gambar dengan camera yang tak seberapa. Sambung baca lagi baiiii »


Pemergian penghibur tersohor tanah air, Din Beramboi memeranjatkan ramai pihak kerana ianya berlaku secara tiba-tiba. Mungkin tahap demam denggi berdarah yang dihidapi arwah Din Beramboi sangat-sangat serius. Alangkah baiknya kalau kita dapat banteras nyamuk denggi ni satu Malaysia.

Aku selesa dengan lawak arwah Din Beramboi kalau dengar-dengar dekat radio tu. Aku rasa lawak dia boleh dikatakan tahap tinggi jugaklah. Dah setaraf dengan lawak budak-budak sekolah menengah aku SM Sains Tuanku Jaafar. Lagi satu aku suka, lawak dia ni kasar. Hahaha. Tabik Din Beramboi!

Allahyaraham Din Beramboi dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi. Rasanya dalam 12:30 tengah malam macam tu. Kontroversi sebelum ni ada cakap yang Din Beramboi sakit kerana kencing tikus tapi sebenarnya denggi berdarah kan? Sambung baca lagi baiiii »