Archive for the "Motivasi" Category

Akhirnya pihak bertanggungjawab telah membuat keputusan dan mengambil tindakan yang aku rasa wajar untuk semua pihak. Sorang polis yang berpangkat koperal telah pun didakwa menjadi punca kematian arwah Aminulrasyid. Namun kita masih belum ketahui sama ada koperal ini betul-betul bersalah atau tidak.

Jadi sekarang ni kita serahkan segalan-galanya kepada pihak mahkamah untuk membicara dan membuat keputusan yang adil. Aku harapkan kesemua pihak yang kecewa dengan pihak polis haritu, kini boleh rasa puasa hati. Tapi kesudahnnya kita tak tahu lagi. Sambung baca lagi baiiii »


Aminulrashid

Sebelum tu, jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham Aminulrashid yang meninggal dunia akibat maut ditembak Polis. Kematian Aminulrashid memang kontroversi dan sangat menyayat hati semua pihak. Sekarang dekat internet pun sudah banyak versi jalan cerita bagaimana semuanya berlaku. Aku pun tak pasti yang mana satu yang betul.

Sekarang ni ramai pihak yang telah berbalah dan menjadikan isu ni kontorversi. Tapi kena jga-jaga sebab memang akan ada pihak yang ambil kesempatan ni untuk menghuru-harakan rakyat dan kerajaan. Pihak tu salahkan pihak ni, pihak ni salahkan pihak seberang pulak. Macam-macam lah! Semuanya nak menyalahkan orang lain. Sambung baca lagi baiiii »


Wow! Dah lama gila babeng aku tak update blog sebab nak update ebook. Takpe di sini aku kembali rancak macam Paeh cakap dalam banner blog dia.” Aku Paeh, Hidup Kena Rancak! ” Ahahaha! Aku tak tahu apa erti rancak dalam diri Paeh ni sebenarnya, harap-harap dia ada maksud yang betul-betul mendalam.

Aku kenal Paeh, secara tidak langsung menerusi blog kalau tak silap aku. Lepas tu dia add aku dekat YM (Yahoo Messenger) dan berborak dekat situ jerlah. Kemudian kitorang pernah jumpa sekali dekat Starbucks The Gardens masa Gathering Lepak IT dengan geng-geng blogger yang lain.

Aku rasa semangat blogging si Paeh ni masih belum cukup utuh lagi la. Hahaha.. Dia belum sampai tahap yang boleh update setiap hari lagi ni. Tapi cara penulisan dia dah bagus dah. Penulisan? Penaipan? Tak kiralah apabenda yang nak digelarkan pun. Ap kata korang pergi bagi kata-kata semangat kat blog dia tu. Tak tahu apa yang menghalang Paeh untuk jadi tegar, maybe ketidak kecukupan masa atau tanggungjawab untuk cari duit lebih diutamakan. Sambung baca lagi baiiii »


Masa dulu aku pernah berbincang dengan kawan-kawan aku mengenai industri animasi Walt Disney dan apa tujuan diorang memantapkan lagi animasi selain daripada tujuan untuk buat duit berjuta-juta. Ada yang cakap animasi grafik ataupun kartun ni anatara senjata paling hebat diorang pada masa depan dan sukar disedari sesiapa. Jom baca apa yang pihak Evolusi Minda akan huraikan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Kali ini saya ingin berkongsi satu info yang agak penting. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada salah seorang peserta Evolusi Minda iaitu En Faris dari Putrajaya kerana beliau memberi info ini kepada saya.

Walaupun kita telah mula terdedah dengan ilmu minda, tetapi agak terlambat. Musuh-musuh kita di barat terlebih dahulu mempunyai kesedaran dan ilmu ini. Mereka telah menggunakan ilmu minda dalam mempengaruhi pasaran dan kehidupan masyarakat dunia secara umum. Mereka melakukan pencerobohan minda dengan tidak mengenal mangsa samada dewasa mahupun kanak-kanak.

Hari ini ramai ibubapa yang begitu ghairah membelikan anak-anak mereka CD kartun animasi yang diterbitkan oleh salah satu penerbit filem animasi terkenal bertaraf antarabangsa.  Antara sebab utama adalah kerana kartun-kartun terbitannya sangat berkualiti dan mempunyai banyak pendidikan moral di dalamnya.  Penerbit ini kononnya menitik beratkan soal setiakawan, daya juang yang tinggi, yakin dengan permintaan, dan ini semua adalah ciri-ciri positif yang patut kita tanamkan dalam diri anak-anak kita.  Namun tanpa kita sedari dalam baik mereka telah menggunakan kehebatannya kartunnya untuk merosakkan dan menceroboh pemikiran anak-anak kita.  Bagaimana ini berlaku? Sambung baca lagi baiiii »


Setiap individu sejak lahir mempunyai satu kebolehan minda yang berbeza daripada individu lain. Yang menjadi masalah sekarang, ramai yang tidak tahu untuk menggunakannya kuasa minda tersebut. Ada juga yang tidak tahu mereka mempunyai kebolehan tersebut! Jadi diharapkan artikel daripada pihak Evolusi Minda ni dapat membantu korang semua.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kebelakangan ini, masyarakat Malaysia telah mula terdedah dengan ilmu kuasa minda. Tapi tahukah anda, ilmu minda ini bukan sekadar untuk mendapat kekuatan dalaman seperti membengkokkan sudu dan berjalan di atas bara api sahaja, malah ia lebih dari itu. Keupayaan minda separa sedar yang tinggi, boleh digunakan dalam kehidupan harian seperti dalam pekerjaan, perniagaan dan hubungan. Sekali gus, mampu merubah persepsi kehidupan kita yang sedia ada. Antara syarat yang perlu untuk meningkatkan keupayaan tenaga minda separa sedar ini ialah fokus.

Apa khabar pembaca sekalian? Baiklah untuk pembacaan minggu ini saya ingin kongsikan tentang kehebatan minda separa sedar dan kepentingan fokus dalam mempengaruhi tindakan kita. Para pembaca boleh melakukan praktikal ini sendiri dirumah. Apabila anda mudah melakukannya, ini bererti fokus anda telah mula tajam. Fokus yang tajam amat perlu untuk berjaya dalam apa juga bidang, tidak kira dalam bidang kerjaya, pelajaran mahupun perniagaan.

Sambung baca lagi baiiii »


Seks itu sesuatu yang umum bagi aku selaku salah seorang yang agak arif dan hampir mengetahui 75%  mengenai ilmu seks. Muahaha! Seks tu bukan setakat hubungan seks dan rogol-merogol saja. Terlalu banyak untuk diceritakan mengenai seks sebenarnya.

Kanak-kanak pun sebenarnya harus tahu daripada peringkat awal apa itu seks dan betapa bahanya kalau orang-orang pakar macam aku nih tak mengajar diorang erti itu semua. Organ seks, persenyawaan, ketagihan seks, kepentingan seks, pasangan seks yang ideal, peranakan, bahaya seks di usia muda dan macam-macam lagi. Hohoho!

Orang tua zaman sekarang pun dah lupa pasangan seks. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab diorang dah lupa pasangan seks masing-masing. Bangang betul! Haruskah aku menulis sebuah buku mengenai seks sedangkan dah ramai doktor tulis pasal seks ni. Sambung baca lagi baiiii »