
Kelmarin hari Jumaat pukul 6 petang aku macam biasa dijemput untuk menonton media screening filem terbaru Toy Story 3 in 3D. Bangga jugak la ila dijemput untuk tengok secara eksklusif lagi awal daripada orang lain. Hohoho.. Tayangan sepatutnya 17hb Jun ni.
Sebelum ni aku tak pernah ketinggalan untuk tengok sequel Toy Story ni. Jadi ila dijemput untuk tengok sequel ketiga ni, aku rasa tak sabar jugak la nak tengok. Selepas aku tengok movie Toy Story 3 ni secara 3D dan percuma, (miahahaha nak gelak jap) aku amat berpuas hati dan terharu dengan sequel kali ni.
Aku rasa semua orang patut tengok cerita ni sebab aku tau, setiap daripada korang ni mesti ada permainan yang masih korang simpan. Tak kira lah baru ke lama, tapi yang pasti memang ada. Kan kan?

Klik Untuk Tengok Video
Jalan cerita kali ni memang menarik. Masa awal filem korang akan tengok betapa mesra dan sayangnya Andy dengan barang permainan dia termasuk Woody, Buzz dan sekaum kerabatnya. Kira memang banyak nostalgia lah kan. Sekarang ni Andy dah besar dan akan masuk ke college. Sambung baca lagi baiiii »