Archive for the "Motivasi" Category

Assalamualaikum!

Saya Muhammad Ridzuan Bin Mohd Rashidin di sini ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Awal Muharram kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Masing-masing dah boleh pasang niat baru dah apa nak buat tahun baru ni.

Bagi sesiapa yang tak tahu macam aku ni, tarikh harini adalah 1 Muharram 1432H. Sambung baca lagi baiiii »


Aku baru baca post terkini blogger yang bernama Amry. Bro Amry ni lately banyak komen dekat blog aku dan ribuan terima kasih aku ucapkan. Kadang-kadang aku ada jugak termiss nak reply komen dia.

Post terbaru bro Amry bertajuk, ” Aku Nak Jadi Blogger Tegar “. Suka aku baca artikel tu sebab dia betul-betul bersemangat dan ubah persepsi dia terhadap karier seorang blogger.

Aku rasa korang yang ada pandangan negative terhadap seorang blogger, bolehlah baca artikel dia tu. bagi yang baru lagi dalam blogging pun dipersilakan baca blog bro Amry. Sambung baca lagi baiiii »


Semalam merupakan antara hari bersejarah dalam hidup aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang selalu baca Berita Harian dan juga sebagai seorang blogger sepenuh masa. Muka aku yang kini sedikit tembam (nanti aku pergi gym) terpampang dalam akhbar Berita Harian di dalam ruangan ikon Lelaki XY. Muahaha! Tergelak besar jugaklah bila tengok muka sendiri dalam surat khabar.

Lepas tu baca pasal diri sendiri berulang-ulang kali. Miahaha! Selain aku, Shamhardy dan Ezhan pun terpampang dalam ruangan tu dengan tajuk 3 Jejaka Online / 3 Jejaka Blogger. Ini merupakan kali pertama kami keluar dalam surat khabar.

Bangga jugaklah bila masuk surat khabar ni sebab ada jugak yang nak masuk surat khabar siap kena bayar dulu lagi. Ni diorang call dan kitorang accept tanpa perlu bayaran. Sambung baca lagi baiiii »


Aku dah lama tahu pasal ni tapi baru harini tergerak nak cerita dekat blog. Masa aku baca surat khabar Kosmo haritu, terkejut jugakla terbaca berita negeri Perlis dilanda puting beliung.

Puting beliung weyyyy!! Apa dah jadi ni??!! Aku rasa Malaysia makin lama makin dah tak selamat macam dulu-dulu sepertimana aku belajar dalam Kajian Tempatan dan Geografi.

Ni semua petanda nak tunjuk dunia dah sampai usia penghujungnya. Aku baca sampai lori pun boleh terbalik, atap-atap rumah semua terbukak tercampak terbogel. Sambung baca lagi baiiii »


Bukan RidzuanRichie.com yang diserbu ya, tapi pejabat I-Rich 696 Network yang diserbu. Hohoho! Pejabat diorang yang ada dekat Sri Kembangan telah diserbu oleh pihak berkuasa pada waktu malam kalau tak silap.

Seramai lebih 30 orang ahli network I-Rich 696 ini ditahan termasuk juga dengan komputer dan projector. Kumpulan ini telah dicop sebagai skim cepat kaya kerana menjanjikan pulangan ratusan ribu ringgit dengan bermodalkan RM3,000+.

Aku pun pernah jugak dapat email spam daripada ahli network I-Rich 696 ni. Apatah lagi aku ditag berkali-kali dalam gambar ahli diorang pegang duit banyak-banyak  siap buat kipas duit lagi. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Mengerikan dan sangat memilukan hati semua orang.

Berhati-hati di jalan raya.

Ingatlah orang yang tersayang bukan ungkapan main-main.

Aku rasa aku tak pernah tengok kemalangan sengeri ni.

Mari kita doakan mereka semua selamat dan dirahmati. Sambung baca lagi baiiii »