Archive for the "Motivasi" Category

hutan negara pahang

Artikel daripada blog Rohaizad memang banyak membuka mata aku tentang isu-isu luar daripada dunia internet. Kali ni mengenai kesedaran seorang lelaki yang bukan warganegara Malaysia, rakyat Australia mungkin terhadap keharmonian negara Malaysia.

Setelah aku amati betul-betul apa yang dia bebelkan, memang masuk akal jua. Aku menyokong pendapat dia mengenai isu projek Lynas dekat Pahang tu. Apa yang Malaysia dapat? Selain daripada projek, duit dan peluang pekerjaan?

Sambung baca lagi baiiii »


sleepy man

Aku sangat suka dan rasa beruntung kalau aku dapat tidur lambat dan bangun seawal yang mungkin lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. Lagi satu, bila bangun pagi-pagi tu badan rasa sihat je.. Terasa untung macam beli baju kat Bandung RM1.50 jual dekat Malaysia RM50.00. Macam tu lah aku rasa untungnya. Hehehe!

Memanglah tidur tu sedap dan nikmat. Tapi aku rasa sangat rugi kalau aku tidur lama sangat dan macam membazir masa. Ya lah, aku kan kerja dari rumah je. Jadi apa salahnya aku guna masa tu sepenuhnya dengan buat kerja. Sambung baca lagi baiiii »


i love u

Tak salah untuk seorang lelaki untuk berkelakuan sweet terhadap seorang perempuan. Ya lah, sometimes kenalah tunjuk kita ni sayang awek tu kan. Biaso la tuuu..

Lepas tu bila si perempuan pulak sekali sekala merajuk and memang silap si lelaki, memang la wajib kena pujuk kan. Tapi biarlah berpada-pada, jangan sampai tak masuk dek akal. Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »


business card, kad bisnes

Kad perniagaan atau namecard dalam perniagaan konvensional tidak dapat dipisahkan lagi. Hubungannya bagai aur dan tebing. Tapi, bagaimana pula jika seseorang itu menjalankan perniagaan secara online? Adakah kad perniagaan ini diperlukan oleh mereka? Terlalu banyak tanda tanya. Mari kita rujuk kepada pakar.

Menurut Dr. Irfan Khairi, jutawan muda internet di Malaysia, walaupun kita menjalankan perniagaan secara online, kita tetap perlu untuk melakukan promosi secara offline. Dan cara yang termudah untuk melakukan promosi secara offline adalah dengan memberikan kad perniagaan kita ketika bertemu pelanggan di dunia nyata. Sambung baca lagi baiiii »


jared leto

Hmmmpphh!! Sekarang ni aku dalam proses memulihkan badan ke bentuk asal seperti dulu kala. Hahaha! Aku tak tahu sekarang ni aku tengah pakai kostum mana entah. Harap-harap boleh la cepat-cepat bukak kostum ni haa..

Dah tak tahan dah dengan kostum aku sekarang ni. So sekarang aku mencari inspirasi yang tak beragak punya. Aku ada dua idola dalam badan mantap-mantap ni. Satu macam biaso, Ryan Reynolds and lagi sorang, Jared Leto ni haa. Sambung baca lagi baiiii »


Lepas solat Subuh tadi, aku saja cari lagu and video clip yang latest dekat Youtube. Tiba-tiba aku ternampak satu video yang tajuknya Chris Medina – What Are Words. Perkataan Medina yang sama macam Madinah membuatkan aku nak tengok video tu.

Betul jangkaan aku , lagu dalam video tu memang sedap macam nama penyanyinya. Lirik lagu ni memang sangat-sangat bermakna dan mendalam. Kalau korang tengok video tu sambil nyanyi atau amati lirik dia, for sure korang akan tersentuh.

Kalau korang nak tau, video tu memang kehidupan sebenar Chris Medina. Kisah benar hidup dia bersama-sama dengan tunang dia Juliana Ramos. Dalam video tu ada tunjuk dia propose tunang dia semasa masih sihat lagi. Sambung baca lagi baiiii »