
Ingvar Kamprad dilahirkan di South of Sweden pada 1926 dan dibesarkan di sebuah ladang bernama Elmtaryd, berdekatan dengan perkampungan kecil Agunnaryd.Kamprad bermula berniaga sejak budak kecil lagi dengan menjual mancis kepada jiran-jirannya sambil menaiki basikal tuahnya.Dia mendapati bahawa dia boleh mendapatkan bekalan mancisnya secara pukal dari Stockholm.Kemudian dia menjual mancis-mancis tersebut dengan harga yang rendah tetapi dalam masa itu dia masih boleh mendapat keuntungan yang baik.Daripada hanya menjual mancis Kamprad kemudian membesarkan perniagannya dengan menjual ikan, hiasan pokok Krismas, benih, pen dan pensil.Semasa Kamprad berumur 17 tahun, bapanya telah memberi sejumlah wang kepadanya kerana berjaya dalam pelajarannya.Dia menggunakan wang tersebut untuk menubuhkan syarikatnya , IKEA.

Nama IKEA telah diasaskan oleh nama Kamprad (I.K) dan yang selebihnya (E.A) adalah abjad pertama dari Elmtaryd and Agunnaryd, nama ladang dan perkampungan dia membesar.Dia kemudian membesarkan lagi perniagaannya dengan mempelbagaikan produk termasuk dompet,jam tangan, barang kemas dan stoking.Apabila dia berkebolehan berurusan dengan pelanggannya berseorangan dia kemudian mendapat idea untuk menjalankan perniagaannya melalui pesanan surat (mail order) kerana pada masa itu tidak ramai menggunakan telefon.Kamprad mengupah pemandu van susu segar di perkampungannya untuk melakukan penghantaran produk.
Pada suatu hari, Kamprad telah mendapat idea yang baik untuk perniagaannya.Dia cuba untuk fokus kepada menjual perabot-perabot dan perkakasan rumah.Dia juga bermula untuk menghasilkan hasil rekaan perabot sendiri dan kemudian menyenaraikan kesemua perabot-perabot tersebut di dalam sebuah katalog.Kamprad juga telah menggunakan konsep “showroom” untuk memudahkan para pelanggannya melihat dan mencuba sendiri perabot tersebut.

Kamprad mempunyai reputasi baik yang kekal dengan “murah”.Dia mengambil jalan bawah tanah untuk pergi bekerja dan dia hanya memandu kereta Volvo jenis lama.Dia juga menggalakkan para pekerja IKEA untuk menulis di kedua-dua bahagian kertas apabila menggunakannya.Kamprad merupakan seorang yang sangat berjimat cermat.Majalah Forbes menganggarkan kemewahan Kamprad sebanyak USD$33 Billion menjadikannya orang ke 4 terkaya di dunia..Wah,bayangkanlah..Daripada ideanya yang hanya menjual mancis , kini Kamprad telah pun berjaya memiliki jenamanya yang sendiri. IKEA kini telah pun di seluruh dunia sehingga mempunyai ratusan stor-stor..Jadi , kita tak bolehlah memandang remeh kepada sesiapa yang mempunyai idea untuk berjaya..Walaupun sekecil mana idea tersebut , itu mungkin titik permulaan bagi individu tersebut untuk success..Korang pun sama juga, kalau ade idea..Gunakan sebaik-baiknya..Buat kajian..Kaji pasaran..
Ingvar Kamprad
“Only those who are asleep make no mistake”
P/S: Bila dah ada rumah sendiri nanti, aku nak pakai barang-barang IKEA nie..Hehe..Orang cakap worth it..








