
Masa dulu aku pernah berbincang dengan kawan-kawan aku mengenai industri animasi Walt Disney dan apa tujuan diorang memantapkan lagi animasi selain daripada tujuan untuk buat duit berjuta-juta. Ada yang cakap animasi grafik ataupun kartun ni anatara senjata paling hebat diorang pada masa depan dan sukar disedari sesiapa. Jom baca apa yang pihak Evolusi Minda akan huraikan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar semua? Kali ini saya ingin berkongsi satu info yang agak penting. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada salah seorang peserta Evolusi Minda iaitu En Faris dari Putrajaya kerana beliau memberi info ini kepada saya.
Walaupun kita telah mula terdedah dengan ilmu minda, tetapi agak terlambat. Musuh-musuh kita di barat terlebih dahulu mempunyai kesedaran dan ilmu ini. Mereka telah menggunakan ilmu minda dalam mempengaruhi pasaran dan kehidupan masyarakat dunia secara umum. Mereka melakukan pencerobohan minda dengan tidak mengenal mangsa samada dewasa mahupun kanak-kanak.
Hari ini ramai ibubapa yang begitu ghairah membelikan anak-anak mereka CD kartun animasi yang diterbitkan oleh salah satu penerbit filem animasi terkenal bertaraf antarabangsa. Antara sebab utama adalah kerana kartun-kartun terbitannya sangat berkualiti dan mempunyai banyak pendidikan moral di dalamnya. Penerbit ini kononnya menitik beratkan soal setiakawan, daya juang yang tinggi, yakin dengan permintaan, dan ini semua adalah ciri-ciri positif yang patut kita tanamkan dalam diri anak-anak kita. Namun tanpa kita sedari dalam baik mereka telah menggunakan kehebatannya kartunnya untuk merosakkan dan menceroboh pemikiran anak-anak kita. Bagaimana ini berlaku? Sambung baca lagi dow »

Setiap individu sejak lahir mempunyai satu kebolehan minda yang berbeza daripada individu lain. Yang menjadi masalah sekarang, ramai yang tidak tahu untuk menggunakannya kuasa minda tersebut. Ada juga yang tidak tahu mereka mempunyai kebolehan tersebut! Jadi diharapkan artikel daripada pihak Evolusi Minda ni dapat membantu korang semua.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kebelakangan ini, masyarakat Malaysia telah mula terdedah dengan ilmu kuasa minda. Tapi tahukah anda, ilmu minda ini bukan sekadar untuk mendapat kekuatan dalaman seperti membengkokkan sudu dan berjalan di atas bara api sahaja, malah ia lebih dari itu. Keupayaan minda separa sedar yang tinggi, boleh digunakan dalam kehidupan harian seperti dalam pekerjaan, perniagaan dan hubungan. Sekali gus, mampu merubah persepsi kehidupan kita yang sedia ada. Antara syarat yang perlu untuk meningkatkan keupayaan tenaga minda separa sedar ini ialah fokus.
Apa khabar pembaca sekalian? Baiklah untuk pembacaan minggu ini saya ingin kongsikan tentang kehebatan minda separa sedar dan kepentingan fokus dalam mempengaruhi tindakan kita. Para pembaca boleh melakukan praktikal ini sendiri dirumah. Apabila anda mudah melakukannya, ini bererti fokus anda telah mula tajam. Fokus yang tajam amat perlu untuk berjaya dalam apa juga bidang, tidak kira dalam bidang kerjaya, pelajaran mahupun perniagaan.

Sambung baca lagi dow »

Seks itu sesuatu yang umum bagi aku selaku salah seorang yang agak arif dan hampir mengetahui 75% mengenai ilmu seks. Muahaha! Seks tu bukan setakat hubungan seks dan rogol-merogol saja. Terlalu banyak untuk diceritakan mengenai seks sebenarnya.
Kanak-kanak pun sebenarnya harus tahu daripada peringkat awal apa itu seks dan betapa bahanya kalau orang-orang pakar macam aku nih tak mengajar diorang erti itu semua. Organ seks, persenyawaan, ketagihan seks, kepentingan seks, pasangan seks yang ideal, peranakan, bahaya seks di usia muda dan macam-macam lagi. Hohoho!
Orang tua zaman sekarang pun dah lupa pasangan seks. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab diorang dah lupa pasangan seks masing-masing. Bangang betul! Haruskah aku menulis sebuah buku mengenai seks sedangkan dah ramai doktor tulis pasal seks ni. Sambung baca lagi dow »

Aku tahu korang semua mesti dah tahu siapa yang menjuarai Piala FA 2010 kan. Hohoho.. Sudah sememangnya Negeri Sembilan memang layak jadi juara walaupun ada team lain yang tak puas hati. Sudah menjadi adat untuk membenci team yang jadi juara. Betul tak? Hehehe..
Perlawanan akhir Piala FA 2010 malam tadi yang berlangsung dekat Stadium Bukit Jalil memang sangat mendebarkan jantung aku yang kerap terkejut dengan tiupan trumpet oleh dua orang budak kecik yang duduk depan aku. Aku rasa malam tu hampir 65% peratus tempat duduk penonton penuh.

Aku dari 2-3 hari lepas memang tak sabar-sabar nak tengok final Piala FA ni. Geram haritu kalah dengan Selangor tak dapat Piala Sumbangsih. Ni Piala FA memang kena menang la kan. Mintak-mintak tahun ni Negeri Sembilan dapat menang treble la kan. Memang hensem! Hohoho! Sambung baca lagi dow »

Terasa macam bintang popular jap budak kecik tak sunat lagi, Rafiqin Darwisy lepas dia timbulkan kontroversi mengutuk habis-habisan arwah Din Beramboi. Agak kurang ajar di situ dan kurang adab tertib. Memang meletup la dekat Facebook kalau orang buat status yang bukan-bukan.
Lepas dia buat beberapa status yang agak kurang enak dipandang mata, habislah orang buat screenshot status dia, upload dekat Facebook and mulalah kerja tagging menagging gambar tersebut. Ada beberapa gambar yang aku kena tag dekat Facebook. Semuanya berkaitan dengan mamat budak kecik yang macam tak sunat lagi ni.
Aku baca status dia pun, aku rasa nak pergi kebun potong batang pisang besar pemeluk aku, pergi cari buluh dua batang nak buat kepit, lepas tu beli air batu and beli gunting paling tajam sekali. Zasssssssss! Rasa nak sunat je budak ni. Hahahaha.. Tapi dah nama pun budak-budak, air duit pun tak keluar lagi. Sah-sah tak boleh berfikir dengan matang lagi. Sambung baca lagi dow »

Mesti ramai yang layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 malam tadi kan sampai tak tengok langsung Akademi Fantasia 8 yang tetap wajib dijalankan. Hohoho.. Takpela, minggu-minggu lain layan AF jugak kan. ABP malam tadi agak meriah jugak la dengan macam-macam gaya and perangai artis.
Raja Azura dengan Sharifah Shahirah pun boleh tahan jugak menggelikan perut aku. Tak semua lawak diorang aku layan, tapi dah kira ok la tu daripada host-host yang lain. Tahniah aku ucapkan pada Datuk Siti Nurhaliza sebab memenangi anugerah Bintah Paling Popular dengan undian lebih daripada suku juta. Tepuk-tepuk! Sambung baca lagi dow »