Archive for the "Motivasi" Category

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua orang ya. Sama-samalah kita bermaafan di esok hari. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Nanti masa di pagi hening 1 Syawal nanti jangan lupa pergi melutut dekat depan orang tua, minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segala makan dan minum yang diorang dah bagi dekat kita. Hargai mereka selagi mereka masih ada lagi di dunia ni. Jangan sesal tak sudah pulak satu hari nanti.

Tahun ni macam biasa aku akan beraya dekat kampung aku dekat Rembau, Kota. Kalau korang tau lah kan. Hehehe.. Kemudian pada hari raya ketiga mungkin aku dah berada dekat Seremban pula. Nak beraya dengan kawan-kawan pulak. Ade kawan aku yang nak melaram raya ni, nanti kita saksikan gambar-gambar menarik raya tahun ni ya daripada aku. Aku baru beli camera Cybershot nih, tu yang bersemangat sikit tu. Hehehe.. Jemputlah datang ke rumah! Selamat Hari Raya semuoooo eyyhhhhhh!

Jangan Layan Mak Bapak Atok Nenek Korang Macam Ni!


Pejam celik pejam celik dah lama Ramadhan berlalu. Semakin lama semakin hampir pulak dengan Hari Raya di mana  kawan-kawan aku boleh bebas makan dengan selambanya di waktu selepas pagi sehingga waktu maghrib. Eheheh.. Korang puasa cukup tak? Korang tak payah la tanya aku puasa aku cukup ke tak ok. Korang tahu jawapannya. Hehehe.. Masa awal-awal berpuasa dulu, kalau masa berbuka memang tak tahan nafsu aku dibuatnya. Makan tak agak punya banyaknya. Haha! Sebab juadah berbuka beli banyak gila kot, nasib baik ada jugak rakan-rakan yang menghabiskannya. Hehehe!

Lama-lama aku terasa badan aku semakin naik sebab makan macam-macam masa berbuka so aku decide nak makan ala kadar je. Haha! Tapi kadang-kadang TERMAKAN banyak jugak sebab ramai kawan ajak berbuka puasa sama kan, so kena jugaklah melantak dengan diorang. Fuhh! Tak agak! Aku terasa aku makin kurang rapat dengan dumbell aku. So dalam pertengahan bulan puasa haritu aku terpaksa makan ala kadar saja time berbuka. Kemudian setiap petang sebelum berbuka kena layan dumbell jugak. Akhirnya hubungan kitorang kembali pulih. Hehehe..

So buat masa tu menu kegemaran adalah makanan semalam masakan ibu aku, aku akan buat berbuka untuk hari ni. Contohnya macam spaghetti dekat atas ni. Sempoi! Panaskan balik jer. Ahahaha.. Dah kate duduk bujang, Hafreze pulak dah lama tak balik rumah sebab dah dapat awek baru. Bukan main girang sampai lupa yang dia menyewa dengan aku. Haha! Come back home bro! Bubur lambuk juga menarik perhatian aku kalau makan masa berbuka. Lepas tu mesti berak tak agak punya. Bontot pun jadi panas! Hahaha! Tapi makan bubur senang nak hadamkan, so kira bagus jugaklah! Panas bontot pun takpelah! Nanti tahun depan bila bulan puasa lagi je aku kena makan simple-simple jer lah. Kena take note untuk tahun depan. Kalau sape nampak aku makan banyak, korang tumbuk je aku. Muahahaha!


Sememangnya menjadi idaman semua lelaki apabila kemaluannya disentuh oleh seorang wanita. Muahaha! Tapi apakah perasaan korang (lelaki) apabila kemaluan korang sendiri ditarik-tarik oleh isteri ataupun awek sendiri. Korang suka atau seksa? Ahahaha.. Cuba korang tengok video Youtube dekat atas tu sampai habis. Kejadian ni berlaku dekat Singapore. Seorang lelaki Singapore yang agak dayus sebab takut sangat dengan awek sendiri. Bukan takut sikit-skit punya dow. Ni macam budak kecik yang takut dengan mak sendiri. Ahaha!

Agak bengap jugaklah lelaki ni buat bodoh je bila kena lempang and pukul dengan awek dia. Dahlah guna kasut pulak tu. Gila dayus! Belum jadi bini lagi tu. Paling aku tak tahan sekali bila tengok perempuan tu geram dan marah sangat dengan lelaki ni, dia pergi tarik-tarik, genggam-genggam kemaluan si lelaki cina ni. Wakakaka! Lelaki ni pulak diam je, bodoh betul.

Lelaki ni sebenarnya duda dan ada dua orang anak. Dia jatuh cinta dengan perempuan yang suka tarik-tarik kemaluan lelaki ni. Mungkin masa mula-mula dulu dia buat lembut-lembut. Muahaha! Tapi tidak sekarang, dia suka guna cara kasar. Ahahaha! Dahlah diorang ni bekerja dalam satu firm company. Tak tahulah macam mana kehidupan lelaki ni. Mungkin trauma bila berada dalam genggaman awek dia. Ahaha!

P/S: Guys! Korang jangan jadi macam ni. Takkan nak kena buat persatuan kot. Ahahaha!


Sekarang ni kita dah dalam puasa kan. Aku harap korang sedar lah ya. Ehehehe.. Bukan apa sebab kadang-kadang ada jugak kawan kita tu yang tak sedar sekarang ni dah bulan puasa. Orang tengah khusyuk-khusyuk puasa tiba-tiba dia makan pulak depan kita. Ahaha.. Nanti kita belikan kawan yang macam ni kalendar yang besar-besar gila so that diorang boleh nampak tarikh pada masa tu. Lagi bagus yang betul-betul kalendar Islam. Muahaha! Terasa ke geng? Hihihihih…

Bila dah puasa ni mesti semua orang fikir pasal hari raya jugak kan. Jadi sudah menjadi adat kalau nak dekat hari raya ni, mesti akan ada orang bagi kad raya. Korang pernah dapat kad raya tak awek bagi ke, pakwe bagi ke tak kesahla. Tapi kadang-kadang ada jugak member-member rapat kita yang akan bagi kad raya kan. Aku selalu jugaklah dapat kad raya ni tapi masa zaman sekolah dulu lah kan. Masa tu aku tak aktif sangat guna internet lagi. Yelah, komponen-komponen penting tak cukup. Hehehehe..

Korang kenal lagi tak dengan bro Ubi, ala yang kartunis lukis cerita pasal “Aku, Dia dan Volkswagen” tu. Cerita ni kan pernah famous dalam majalah Ujang masa dulu tu. Hari ni aku nak promote dekat korang kad raya digital atau lagi best lg orang panggil e-kad raya. Hoho! Ini bukan kad raya yang biasa ok, kad raya ni boleh dihantar melalui email dan sms dalam sekelip mata saja! Tak perlu susah-susah korang nak pergi beli setem, sampul surat dan gam. Lepas tu korang pun tak payah lagi kena pergi dekat pejabat pos nak hantar kad raya. Korang just hantar guna internet jer. Kalau kat rumah takde internet, korang hantar guna SMS je. Senang kan?

Korang dah boleh jimat wang, masa dan tenaga korang kan? So bertindaklah dengan bijak. Korang boleh dapat hampir beratus kad raya digital @ e-kad raya untuk diberi kepada kawan-kawan korang ataupun awek-awek korang. Ahah! Kalau awek korang lebih daripada satu macam ade sorang MAMAT ni la kan. Cuba korang tengok contoh-contoh kad yang bro Ubi design. Korang akan dapat update seumur hidup tau kalau korang dapatkan pakej ni sekarang.

P/S : nanti korang hantar kad raya Ubi kat aku satu eyh.. Hehe


Waaaah! Aku ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia dan selamat hari lahir kepada semua rakyat Malaysia yang tarikh lahir korang jatuh pada tarikh 31 Ogos ini. Kalau masa dekat SBP dulu ada budak-budak yang dapat cake birthday if diorang punya birthday dalam bulan Ogos ni. Agak bertuah jugaklah diorang. Aku rasa, kalau kita ni merdeka sangat pun tak guna jugak sebab kita terasa kita ni selamat sangat. Aku rasa kalau budak-budak sekolah and budak-budak yang lingkungan umur aku ni, ada jugak yang terlampau merdeka sampai terlupa hala tuju hidup diorang.

Harap-harap tahun ni ramailah yang sedar dekat mana tahap merdeka diri masing-masing tu. Orang cakap merdeka ni ada macam-macam. Bukan setakat nak merdeka daripada penjajah je. Merdeka daripada segala masalah yang ada dekat dunia ni pun merdeka jugak. Jangan sampai kita leka sangat sampai kena jajah balik macam zaman dulu sudeyh. Masa tu nanti terkangkang kita nak hidup nanti ye tak. Nak cari duit nak hidup pun kena mengangkang lagi la parah. Aku doakan kita masing-masing akan jadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


Tahniah diucapkan kepada Sasha Saidin ataupun lebih dikenali sebagai Sasha Elite dan suaminya Salyo yanag kini sudah pun bergelar ibu dan bapa kepada anak pertama mereka. Setelah sekian lama tidak katif di dalam bidang seni selama beberapa bulan, kini Sasha sudah boleh memikirkan apa yang dia ingin lakukan untuk kerjayanya. Sebelum Sasha ingin kembali ke bidang seni, Sasha Elite mungkin harus memikirkan dulu bagaimna untuk kembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Hehehehe!

Bagi aku dan Salyo, ini mungkin tidak semudah yang disangkakan Sasha Elite. Ehehehe.. Adakah Sasha akan pergi menerima rawatan di mana-mana atau bakal menjadi duta baru kepada mana-mana produk set pelangsingan badan wanita lepas bersalin. Ohohoho! Dia ni artis, mungkin senang sikit kot. Aku pun tak dapat tahu lagi apakah nama baby Sasha Elite dan Salyo ni. Jantina pun masih belum diketahui infonya. Tunggulah mana-mana sumber berdekatan inform aku nanti. Apa-apa pun sekali lagi tahniah aku ucapkan kepada pasangan Sasha Elite dan Salyo. Moga-moga tahun ni pregnant lagi, bagilah dia sorang adik haaaa.. Boleh main lego sama-sama. Ahahaha! Tengoklah gambar anak Sasha dekat bawah ni.

P/S: Okay dah tahu dah nama baby Sasha dan Salyo – Adam Aryasenna

Comelkan Baby Sasha Dan Salyo

Comelkan Baby Sasha Dan Salyo