Archive for the "Motivasi" Category

Ahahaha! Hari ni punya Jumaat lain macam sikit, siap amik video. Agak boring jugak la sampai nak amik video. Gambar clear je sepatutnya, tapi bila dah upload dekat Youtube jadi macam pecah sikit. Agak hampa jugak lah aku terhadap kau wahai Youtube. Macam biasa hari ni akan solat Jumaat dekat Masjid Paroi Jaya yang nyaman. Pagi tadi aku ada dapat email daripada Innity, diorang mintak traffic report blog aku yang tak seberapa ni. Hohoho.. Tak sabar rasanya nak menggunakan Innity selepas aku membuang semua ads Nuffnang daripada blog aku ni malam tadi.

Aku submit traffic report blog aku daripada Google Analytics. Lebih mudah rasanya dengan hanya satu klik. Hehehe.. Save dalam bentuk PDF file. Lepas tu send dekat wakil Innity , Weisin. Hye Weisin! Hehehe.. Sorry i mention nama u dalam post ni. Aku rasa diorang semua tengah cuti hari ni so diorang tak reply lagi. Aman ada bagitau aku dia punya email pun diorang tak reply lagi. So aku rasa macam ok la, hopefully esok dah dapat la. Aman cakap earning dengan Innity lebih mantap daripada Nuffnang. Thanks kepada Aman macho! Wakakaa!

P/S : Korang usyar la video Youtube tu sikit haaaa.. Ada rahsia tu..


Shuffle2! Sreetttt.. Sreeettt!! Shoooop2!! Angkat tangan kiri tolak tangan kanan ke bawah. Lepas tu genggam tangan kiri depan mata dancer lawan. Shreeettt2 (menggesel ke belakang).. Ooopps.. Tapak kasut dah koyak la. Pinjam kasut wehh! Ahahah.. Takbleh blah betul aku tengok budak2 shuffle sekarang ni. Ah hai.. Tapi kadang2 best jugak tengok budak shuffle ni, boleh buat perut kitorang tergelak sekali tanpa gelak di mulut. Hua3! Paling lawak kalau diorang rasa step dance diorang tu dah cukupĀ  cool. Weh!! Tarian dangdut lagi cool and smooth dari korang la dow!

Aku tak faham kenapa la diorang suka sangat shuffle nih. Adehh.. Nak kata menyihatkan badan better main futsal je. Takpun korang pakai baju ngan seluar macam nak pergi gym. Korang shuffle la dekat dalam gym tu. Alaaaa.. Budak2 shuffle ni budak clubbing jugak kan. Saja nak tunjuk shuffle ni budak2 sihat la dan ke arah kebaikan. Shuffle ke tectonic ke hape ke, lawak gak tengok korang. Hohoho! Korang tak cool dowh sama macam aku. Baik tak payah buat pape macam kitorang, hanya berbakti kepada assignment yang diberi ibu bapa. Ahaha!

P/S : Takkanlah nak shuffle kat lantai tepi kedai Pak Mat je, mesti nak try dalam club.


Aloha! Salam! Sorry dah lama tak update blog ni sebab aku baru lepas elok daripada demam dan selsema. Tapi skarang ni pun ada lagi sikit, tak elok sepenuhnya lagi. Memang siot punya Naim! Nasib baik kau bawak balik KFC malam2. Hua3! Gambar dekat atas ni adalah kesan sampingan daripada demam dan selsema aku tu. Agak teruk jugaklah. Banyak benda sebenarnya yang aku nak update dekat blog aku ni, tapi kena buat satu2 dulu lah, Barulah natural search engine. Hohoho! Banyak gosip artis kena update!

Tapi dalam demam2 tu pun aku ada dua tiga job design minisite atau sesetengah orang panggil web jualan. Aku pun masih baru lagi dalam design2 minisite ni, tapi nak cari duit halal punya pasal aku buat lah kerja2 macam ni jugak. Aku orang susah tak macam korang.. Ibu tunggalku harus ku tanggung jua. Hehe.. Macam2 lagi.. Kalau korang dah dilahirkan dalam family kaya raya korang bersyukurlah banyak2. Alahai.. Kalau korang bajet cool sangat at least cakaplah Thank God!

Ini salah satu kerja minisite yang aku buat aritu, aku design minisite je ok, bukan susun atur semua laman web jualan diorang. Cuba tengok ni -> www.JomBinaBadan.com


Lawak ni adalah hasil nukilan seorang brader seperti yang korang tengok dekat atas tu. Muahaha! Masa aku tengok status Facebook member aku malam tadi memang tergelak besar aku dow. Hahaha! Tak menahan lawak ni bagi aku. Kenapalah lambat sangat lawak ni dihasilkan. Kalau tak dah lama benda ni akan menjadi tagline baru Astro. Siapakah bakal menjadi model dalam iklan tersebut? Adakah adik comel yang sememangnya terkenal dengan Astro dan burung untanya, ataupun jaguh Kampung Basikal dalam arena kerempitan. Muahaha!

Adakah anda seorang mat rempit? Apakah pandangan anda terhadap kehidupan anda sekarang dan apa kebaikannya untuk masa depan anda? Kalau dalam kubur tu boleh bawak masuk sekali motor, memang sah2 semua mat rempit sanggup buat part time nak cari duit lebih tempah kubur special macam tu. Tapi kebanyakan orang berpendapat, nyawa seorang mat rempit memang diorang dah letak kat jalan raya. Diorang ni memang hati kering beb! Diorang ni asal nampak selekoh je, ape lagi gesel ekzos kat jalan la. Huhuhu!

P/S : Insaflah wahai mat rempit, hidup ni singkat


Drama Nur Kasih sudahpun tamat pada hari Jumaat yang lepas. Masa tamatnya cerita tu, last sekali masa ending tu semua ahli keluarga dalam drama Nur Kasih tu tengah menyambut Hari Raya. Kebetulan pada masa tu pulak memang Hari Raya Aidiladha. Ada yang cakap memang drama Nur Kasih saja buat ending hari tu. Diorang memang dah setuplah agaknya. Apa2 pun its a happy ending drama. Hehehe..

Aku masa mula2 dulu tak ikut sangat drama Nur Kasih daripada awal episod drama tu. Lepas tu dalam 3-4 episod dah berlalu barulah aku tanye member2 aku sedap ke tak drama Nur Kasih tu. Diorang cakap sedap gilo! Hahaha.. Kebanyakannya aku tanya budak perempuan la. Kalau tanye budak lelaki jatuh la ego sikit tengok drama2 jiwang ni. Muahaha! Lepas tu bermulalah ekspidisi aku membuat follow up dan study drama Nur Kasih semua episod satu persatu hinggalah yang up to date. Terima kasih diucapkan kepada Tv3.com.my.. :P

Teringat zaman arwah atuk aku masih ada :’(

Kompom2 ramai orang yang akan tercari2 video drama Nur Kasih lepas ni. Maka keyword “Link Download Drama Nur Kasih” akan melonjak naik dengan baik lepas ni. Hohoho! Walaupun dekat Tv3.com.my masih lagi ada slot untuk drama Nur Kasih, tapi manalah tahu kan kalau2 diorang nak buang slot tu daripada web. Masa tu tercanak2 la korang nak cari torrent video drama Nur Kasih. Muahaha! Drama Nur Kasih memang best bagi aku sebab mengisahkan cinta dan taatnya seorang isteri kepada seorang suami. Macam2 halangan dan tragedi yang berlaku dan memang sukar nak cari kisah cinta macam tu dekat dunia sebenar.

Ramai budak2 laki nak jadi macam Aidil tu kot sebab gaya dia memang style lah. Hahaha.. Lain macam style dia. Islamic jenis yang intelek punya. Bukan jenis macam budak2 alim masa aku dekat sekolah asrama penuh dulu. Bila dah naik U, masing2 dah naik hantu. Budak2 bega pulak yang jadi ok. Aku memang syorkan korang tengok drama Nur Kasih ni sampai habis. Aku pun ade 3 episod terakhir tak update lagi. Muahaha.. Episod las sekali haritu aku dah tengok dah. Kena wat follow up balik ni. Ayuh! Usyar gambar2 drama Nur Kasih yang best bagi aku.. Mari!! Sambung baca lagi baiiii »


Selamat Hari Raya Haji / Aidiladha aku ucapkan kepada semua kepada umat Islam di seluruh dunia especially orang2 Malaysia yang penuh jiwa kasih sayang. Ahah! Moga semua umat Islam dapat mengeratkan silaturrahim di hari yang mulia ini bersama sanak saudara dan ahli keluarga tak lupa juga dengan member2. Jangan lupa solat sunat raya. Banyak pahalo eh tu poit! Banyakkan bersedekah dan beramal :)

Hari Raya Haji memang famous di kalangan orang pantai timur, tapi tahun ni mungkin kurang meriah sikit sebab banyak tempat yang banjir. Mungkin sukar untuk orang-orang pantai timur yang bekerja dekat negeri lain nak balik menyambut Hari Raya Haji bersama keluarga tercinta. Banyak2lah bersabar, yang penting hati kita masih ingat dekat keluarga. Kalau ade awek jangan lupa raya rumah awek kalau ade bran..

P/S : Tahun ni aku sambut dekat rumah bujang je. Nak suruh nenek aku datang raya Seremban. Hehe..