Aku dah cakap dah. Kompom gila Man Utd menang lawan Manchester City. Man Utd dah berjaya mengalahkan Manchester City dengan agregat 4-3 untuk Carling Cup. Sebelum ni Man Utd kalah dengan kontroversi dekat empat lawan 2-1, tapi baru saja pagi tadi Man Utd menang 3-1 main dekat Old Trafford. Korang tengok baik-baik semua video highlight dekat bawah nih. Layan dow.. Hohohoh.. Sambung baca lagi baiiii »

Takziah diucapkan kepada kerabat diraja Johor dan rakyat negeri Johor sendiri di atas kemangkatan Sultan mereka iaitu Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada umur 77 tahun. Setiap yang hidup pasti akan mati dan sudah pasti namanya akan tersemat di hati rakyat Johor.
Aku tidak pernah berpeluang langsung untuk tengok Sultan Johor secara dekat kerana aku hanyalah seorang rakyat biasa. Tapi mungkin akan dapat belajar daripada pemerintahan Sultan Iskandar. Sultan Iskandar dikatakan seorang pemerintahan yang berhati rakyat. Adil walaupun tegas dalam pemerintahannya. Sambung baca lagi baiiii »

Artikel kali ni ditaja oleh pihak Evolusi Minda yang banyak menyedarkan ramai orang betapa pentingnya motivasi dan spiritual di dalam setiap individu. Nampak je dua-dua perkara ni macam remeh, tapi kalau kita ikuti dan laksanakan dengan semangat dan niat yang murni, InsyaAllah kehidupan kita akan bertambah teratur. Kalau tak caya, try la datang PERCUMA.
Setiap tahun ada sahaja JUTAWAN yang naik/lahir namun tidak kurang juga jutawan yang jatuh/mati. Perkataan jutawan kini seolah-olah telah menjadi begitu clishe, sehingga ada diantara kita yang tidak lagi mahu menjadi jutawan atau merasa loya bila disebut perkataan jutawan. Iklan di akhbar terhadap produk MLM terlalu banyak yang menjanjikan title Jutawan kepada pengedarnya. Title Jutawan itu seolah-olah umpan kepada mata kail mereka. Dana yang terkumpul sebanyak RM1,000,000.00 telah melayakkan seseorang itu bergelar jutawan. Aduhai! Runsing jadinya bila difikirkan kerenah dan gelagat mereka yang begitu taksub untuk bergelar Jutawan. Buat apa sahaja yang penting matlamat menjadi jutawan tercapai. Ok stop!
Mari kita lihat sebenarnya bagaimana rentetan atau secara teknikalnya seseorang Jutawan yang genuine itu terhasil. Sambung baca lagi baiiii »

Aloha! Hari ni aku nak membawa ke tengah (haha) isu mengenai minda kita sebagai manusia dan kewangan. Apa yang mempengaruhi minda kita terhadap wang dan juga apa yagng wang boleh buat terhadap minda kita. Mungkin ramai yang tidak sedar akan kesan di atas perkara sebegini. Nampak macam perkara kecil, tapi sebenarnya kalau kita fikirkan sedalam-dalam mungkin, dua perkara ni lah yang membawa perubahan dalam hidup kita semua.
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Duit atau wang hari ini menjadi buruan setiap manusia. Namun yang menjadi masalahnya adalah semakin dicari semakin tak jumpa. Semakin dikejar semakin jauh ia pergi. Selaras dengan lirik lagu Sifu M. Nasir, manusia tertanya-tanya “dimanakah duit itu?”
Kegusaran dan kerunsingan akibat kekurangan duit amat ketara sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan objek yang dipanggil duit itu. Amat susah rasanya untuk memilikinya. Keadaan ini berlaku adalah kerana manusia itu tiada kesedaran bagaimana hendak mendapatkan duit dengan cara yang betul dan mudah. Mengapa ada manusia hanya mampu meraih sejumlah RM1000.00 sebulan adalah kerana dia tidak memiliki kesedaran bagaimana hendak mendapatkan RM10,000.00 sebulan. Aduhai! Semakin pening kepala apabila pembacaan ini diteruskan. Anda boleh berhenti di sini jika mahu, tetapi bagi mereka yang meneruskan pembacaan tahniah kerana anda akan didedahkan dengan info bakal merubah kehidupan anda.
Manusia berfikir dengan menggunakan satu organ seberat 3 paun yang dikenali sebagai OTAK. Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi. Otak manusia mengandungi sekitar 23 billion neuron, di mana setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain. Sambung baca lagi baiiii »


