
Nampaknya Ijan Burger mengembangkan dan melebarkan sayap puyuhnya dengan jayanya. Aku rasa roti telur kentang ni dah lama terlintas dalam kepala Ijan tapi hanya masa menentukannya. Rabu kelmarin aku dengan aktiviti sembang sekali lagi menjadikan Ijan Burger and Syed Maju sebagai lokasi. Nampaknya awek makin kurang di hari persekolahan dan lepas pukul 12 malam. Hohoho!
Aku dah lama dah nampak menu baru Ijan ni, Roti Telur Fries. Tak macam dekat benteng Ampangan yang lagi senang digelar Roti Telur Kentang. Ok la tu, Ijan punya fries tak macam Ampangan punya kentang. Harga standard RM3.00 aku rasa cukup berbaloi. Lantas aku mengodernya dan santap dengan rakus. Aku rasa tak sampai 10 minit dah habis. Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »




