Archive for the "Makan-Makan" Category

Telur Burung Unta

Salahkan air yang ada dekat dalam gambar atas ni membuatkan blog ni dah lama tak update. Hohoho.. Pergi lepak Subang and Damansara pun satu hal. Balik daripada tu terus demam lepas minum air ajaib ni lagi lah buat hal.

Kalau ditengokkan pada zahiriahnya memang nampak macam air telur burung unta separuh masak. Muahaha! Tapi sebenarnya ni air sour soup. Dalam air yang manis ni pulak ada buah mangga, buah laici, buah tembikai dan buah apa entah aku dah lupa!

Daymm! Masa mula-mula minum air yang berharga RM5.00 dekat Murni USJ ni memang terbaik. Tapi bila balik rumah, terasa pening-pening eyh. Esok pagi bangun badan dah rasa lain macam dah. Sampai rumah dekat Seremban pulak, terus K.O. demam aku dibuatnya. Sambung baca lagi baiiii »


Ada satu hari tu aku pergi ke restaurant kepunyaan Harith Iskandar, Samsaraa gelaran diberi. Aku pergi bersama-sama Rebecca dan Hanie selepas dijemput untuk mencuba makanan dan mendalami suasana melepak di Samsaraa oleh Harith dan Jezamine. CuteCarry pun dijemput tapi dia datang solo dan lewat. Haha!

Samsaraa ni terletak di sekitar Taman Sri Hartamas. Nak pergi situ, takdelah sesukar mencari harta karun. Kalau korang malu nak tanya orang, just search dekat Google map je. Heheheee.. Haritu Hanie yang drive and aku just goyang kaki je sambil berangan. Ngeeee….

Masa mula-mula sampai tu, kitorang disambut mesra oleh Jezamine. Harith Iskandar takde sebab ada tugasan penting. Jadi aku tak berpeluang nak tengok “matahari”.. Wakaka! Suasana dalam restaurant tu sangat selesa dan takde bunyi-bunyi bising. Kalau bawak awek korang makan sini, aku rasa kalau dia berbisik dalam hati pun korang boleh dengar. Muahaha!

Restaurant tu memang santai! Keadaan dalam tu pun tak sejuk sangat dan tak panas. Tak macam dekat kedai mamak, yang korang perlu buat muka taiko nak suro diorang bukak kipas laju-laju. Sangat selesa untuk aku yang sedang lapar lepas berham-jam mengikat perut dari Seremban. Fuhhh! Sambung baca lagi baiiii »


Gambar dekat atas ni adalah Pizza Hut Chunky Loaded yang amat sedap sekali. Aku sarankan korang tambah apebenda tu, hujung dia letak cheese tu. Aku boleh bagitau dalam macam tu, tak ingat apa nama saintifik dia. Hahaha.. Stuff crust cheese kot. Ah! Lantalah hai.. Apa yang amast pasti sekali, gambar masa dekat iklan and dalam paper tak sama macam depan mata. Hehehe..

Tapi takpe, aku tak pentingkan sangat rupa pizza ni sangat, janji sodap! Masa aku mula-mula tengok iklan Chunky Loaded ni dekat TV, aku rasa perut aku dah mula tertarik dah macam magnet dengan Chunky Loaded ni. Sampaikan ada satu hari aku tertido, bangun pagi tengok-tengok perut ni dah melekap dekat paper yang ada gambar Chunky Loaded. Ahaha.. Gurau yo la bai!

Pizza Hut adalah antara tempat yang terbaik dan berbaloi untuk bawak member ataupun keluarga korang kuar makan. Alahaaai saat manis makan bersama member-member takkan dapat dilupakan bila duit melayang nak bayar pizza tu. Hahaha! Takpe, member dah banyak tolong kita susah senang, apa salahnya belanja makan. Korang jangan kemut wey! Duit belanja awek sampai 5 tahun kalau one day tak kahwin sama sumpah menyesal gak! Wakakaka!! Sambung baca lagi baiiii »


Masa sebelum bermulanya sidang media Lotus F1 Racing dekat Pavilion haritu, aku sempat merayau-rayau mencari perempuan idaman sampailah perut aku dah berkeroncong. Berkeroncong ni antara perkataan yang selalu arwah atok aku sebut dulu-dulu kalau dia lapar. Hohoho..

Jadi masa tu aku ingat nak lah try food court dekat Pavilion tu, sebab nampak macam sedap and murah sikit. Tapi semuanya sesak! Almaklumlah waktu puncak orang kerja tengah kuar lunch. Kacau betol! Maka terpaksalah aku mencari tempat lain yang lebih selesa untuk aku beromantik walaupun keseorangan.

Jadi aku tengok Pancake House International ni macam best je. Tengok makanan diorang dekat gambar memang sangat menyelerakan. Walaupun aku tahu gambar makanan restoran ni sekadar permainan semata-mata tapi aku cub auntuk yakin dengan Pancake House ni. Hahaha.. Lagipun orang tak ramai sini.. Sambung baca lagi baiiii »


Sehari sebelum hari sidang media dengan Lotus F1 Racing Malaysia, aku pergi jumpa dengan classmates aku masa dekat Unirazak dulu. Agak lama jugak tak jumpa lepas aku dah lama gila postpone degree aku nih. Muahaha! Unirazak pun senyap je takde calling-calling aku. Memang terbaiklah! Aku pun lagi suka duduk rumah menghadap laptop je mencari rezeki.

Haritu masa jumpa tu kitorang lepak Pavilion dan aku terus ajak diorang pergi makan dulu. Lapar dow lepas jauh daripada Seremban langsung tak sarapan pagi. Masa tu niat di hati ada jugak nak makan dekat Carls Jr ataupun Pizza Hut sebab bau yang menyelerakan. Tapi diorang demand nak makan dekat Nandos. Aku pun agree je lah sebab kalau tak silap aku, sebelum ni aku pernah makan sekali je dekat Nandos.

Masa tu aku order macam lebih kurang yang diorang order. Apebenda ntah aku order, tapi dekat gambar atas sekali tu lah. Muahaha! Dia ada side dishes dia jugak, tapi dekat dalam Nandos ni panggil “sideline”. Dah macam upline dengan downline daaa. Wakkaka! Kira ala-ala macam dekat Kenny Rogers lah kan. harga pun lebih kurang je cuma Nandos hanya ada dua side dishes and Kenny Rogers ada 3 and boleh dapat muffin sekali. Sambung baca lagi baiiii »