Archive for the "Makan-Makan" Category

Makin lama makin penuh berisi Seremban ni dan aku harap keadaan ni berterusan. Hohoho! Pappa Rich akhirnya telah membuka sebuah cawangan franchise diorang dekat Seremban 2. Jadi ini menambah pilihan orang Seremban untuk mengisi perut masing-masing.

Terima kasih aku ucapkan kepada tuan punya Pappa Rich cawangan Seremban ni sebab memilih sini sebagai kawasan strategik diorang. Nampaknya Seremban semakin hensem dengan adanya Pappa Rich.

Masa aku mula-mula tahu Pappa Rich ni pun diorang dah bukak selama 2 minggu dah. Aku tahu ni pun sebab ada hamba Allah ni komen dekat blog aku dekat post pasal Pappa Roti. Terima kasih juga kepada beliau. Sambung baca lagi baiiii »


Kelmarin masa aku tengah sedap-sedap lepak teman member aku hisap rokok sambil tengok air yang terpancut-pancut dekat kolam depan The Gardens, aku disapa oleh sorang mamat. Mamat yang serba lengkap berpakaian macam kerja kerani dalam office.

Aku bukan disapa terus sebaik aku bontot aku hinggap di tebing yang boleh dijadikan tempat duduk. Aku disapa mamat tu lepas aku tertengok-tengok dia habiskan sebatang rokok dia. Dia tanya aku dah dapat offer eksklusif X-men daripada Dominos belum? Aku cakap takde pun..

Terus mamat tu pok-pek pepek pok-pek bla-bla.. Pendek kata, dia offer pada aku pelbagai jenis kupon yang memang menjimatkan aku kalau terfikir nak mengisi perut dengan Dominos Pizza. Harga kad besar tu yang mempunyai 16 kupon hanyalah RM20.00! Sambung baca lagi baiiii »


cafe krs , roti canai

Sekarang ni aku dah ada port baru nak lepak breakfast dan minum-minum petang macam orang tua. Cafe KRS ni terletak di Ampangan, Seremban yang sama deret dengan Bank Simpanan Nasional yang pernah terbakar satu ketika dahulu.

Kalau tak dapat nak tangkap lokasi ni, ianya berhadapan dengan Tops Plaza Ampangan yang seberang jalan tu. Lagi satu port pasar malam dan bazar Ramadhan dekat Ampangan ni sebagai clue. Ohh lagi satu clue, Benteng. Hehehe.. Kalau tau lah kan..

cafe krs , roti canai

Buat pengetahuan korang, layanan pekerja/mamak Restoran Syed Maju yang makin lama makin macam haram dan roti canai yang sangat tidak memuaskan hati aku, membuatkan aku tercari-cari port baru nak pekena roti canai. Sambung baca lagi baiiii »


pappa roti

Aku rasa Pappa Roti ni memang menjadi kunyahan orang ramai dan sentiasa menepati citarasa lidah muda-mudi. Aku diperkenalkan dengan makanan ni sejak sekolah menengah lagi.

Tapi aku berpeluang makan ni kalau singgah dekat Terminal 1 Seremban lepas balik dari asrama. Tu duluu laa, sekarang dah bersepah. Sedap tu memang sedap tapi aku berdukacita sebab Pappa Rotti ni makin lama makin mahal.

Kadar kenaikan dia 20sen setiap peringkat. Kalau dulu RM1.20 tapi sekarang dah RM2.00! Lahabau boto poit! Tak tahulah yang naikkan harga ni diwajibkan dekat semua francais Pappa Roti atau taukey kedai tu je. Sambung baca lagi baiiii »


kupon Mcdonald

Tawaran gila kentang McDonald datang lagi. Setiap kali diorang buat promosi macam ni, memang sentiasa tidak masuk akal, berbaloi-baloi dan membuncitkan semua orang. Hohohoh.. Kali ni beli 1 Mcchicken, percuma 1 lagi Mcchicken.

Jadi apa korang tunggu lagi, serbu McDonald yang terdekat sekarang! Tawaran ni hanya valid untuk 24 & 25 May 2011 sahaja. Korang hanya perlu print kupon Mcdonald dekat sini sama ada berwarna ataupun hitam putih saja. Dua-dua poooommmmmm bolaiiihhhh!

Jadi ini peluang untuk korang belanja awek korang yang kurang pengetahuan am sebiji McChicken tanpa perlu mengeluarkan sesen untuk si dia. Wakakaka! Harap-harap awek korang yang jenis kurang membaca. Sambung baca lagi baiiii »


nasi lemak

Baru-baru ni Jabatan Kementerian Kesihatan mengenakan undang-undang terhadap peniaga kantin. Mereka hanya dibenarkan menjual nasi lemak hanya seminggu sekali.

Ramai yang tidak bersetuju dengan undang-undang itu. Kalau aku masih sekolah lagi, aku 170% tidak bersetuju terhadap undang-undang tu. Mana boleh! Kitorang ni budak-budak sekolah memang dah kira rutin dah makan nasi lemak tu. Sambung baca lagi baiiii »