Archive for the "Kereta" Category

Semalam pergi jalan-jalan beli barang dekat area The Curve, Ikea & One Utama. Masa nak balik tu tiba-tiba ternampak pulak kereta putih ni yang tampak smart sekali.

Ingatkan kereta keluaran negara luar, tapi kitorang silap. Rupanya kereta Malaysia, Perodua Viva. Hohoho! Korang tengok smart tak?

Ingatkan dia tukar bumper, tapi menurut kawan aku yang lebih arif owner kereta ni just lowered kan Perodua Viva ni dan tambah skirting tepi. Sambung baca lagi baiiii »


Tengah hari semalam merupakan pertama kali pembasuhan kereta berlaku. Setelah hampir dua minggu pakai Proton Persona Elegance ni, sudah tiba masanya untuk dibawa ke car wash.

Mula-mula sekali ingat nak bawak pergi car wash depan simpang masuk Stadium Paroi, tapi owner lama dah takde. Owner tu cabut sebab tuan punya tanah yang owner tu sewa naikkan harga sewa. Maybe sekarang tuan tanah yang ambil alih pusat car wash tu.

Aku tengok sekarang makin ramai yang basuh kereta dekat Snow Car Wash Mertang area pusat kedai Taman Paroi Jaya ni. Kalau yang dah selalu lepak Ijan Burger tu, car wash ni belakang blok kedai Ijan Burger. Sambung baca lagi baiiii »


Petang tadi berhajat nak pergi bersiar-siar di kotaraya Kuala Lumpur tapi memandangkan dah pukul 2 lebih dan hujan lebat, hajat tu tidak berkesampaian. Jadi terpaksa bersia-siar di Seremban Valley je :p .

Sebelum menonton movie Bruce Lee My Brother, aku dengan kawan aku Luqman Anis (Businessman) cuci mata dan cari benda menarik untuk dibeli di Jusco Seremban 2.

Aku punya kunci kereta sebenarnya takde keychain lagi. Akibat dah tak tahan kena perli dengan member tak tukar keychain yang Proton bagi masa ambik kereta haritu, aku pun berniat nak beli keychain. Sambung baca lagi baiiii »


Bilo nak sampai niii? Jangan kono koncing sudeyh!

Inilah warna Persona chiffon green yang baru.

Padahal tak clear pun :p


Post kali ini tiada kaitan langsung dengan model kereta terbaru keluaran Proton, Proton Inspira. Jadi janganlah tanya dekat aku berkenaan dengan promosi kereta Proton Inspira ni. Hehehe.. Ini hanyalah kisah kunci kereta dan kereta yang tak bersalah.

Tragedi ni berlaku weekend haritu waktu petang yang harmoni di Taman Paroi Jaya. Oleh kerana kawan aku nak balik cepat ke rumah selepas lepak dekat gerai Kelantan Fried Chicken, dia tersilap ambik kunci kereta kawan aku yang lain.

Kawan aku lagi sorang ni tauke gerai KFC tempat kitorang lepak ni. Dia bawak kereta Mitsubishi Pajero. Kawan aku yang bawak kereta Proton Persona pakcik dia pun dengan confidentnya start engine kereta guna kunci Pajero tu. Wakaka! Sambung baca lagi baiiii »


Proton Inspira yang bakal dimiliki oleh orang ramai ini kemungkinan besar boleh buat pemilik Proton Waja yang dah diconvert ala-ala Mitsubishi Lancer menangis tak ingat dunia. Ahahaha!

Proton Inspira ini akan keluar dalam empat jenis warna iaitu warna merah, putih, hitam dan silver. Sekarang orang ramai dah boleh tempah kereta yang mirip Mitsubishi Lancer ni dengan deposit sebanyak RM1,000. Sambung baca lagi baiiii »


  • Page 2 of 2
  • <
  • 1
  • 2