Category Archives: IT

Khas Buat Penyimpan & Peminat Bitcoin

Bitcoin

Bitcoin merupakan salah satu digital currency yang sah digunapakai satu dunia termasuklah Malaysia. Cuma penggunaan di Malaysia masih belum meluas lagi. Jika di luar negara terutamanya US dan juga di alam maya (online) anda boleh membeli belah dengan membayar menggunakan Bitcoin. Malah ramai jutawan di US dan China kini melombong Bitcoin.

Menariknya Bitcoin ini mempunyai ‘ NILAI ‘ nya yang tersendiri. Nilainya boleh dikatakan agak menarik perhatian seperti nilai emas. Naik dan turun. Tetapi jika diikutkan pada tempoh masa maksimum daripada hari wujudnya Bitcoin, nilainya daripada bawah USD1.00 kini telah mencecah USD281 untuk setakat hari ini dan suatu ketika dulu ianya hampir mencecah USD1,000! Continue reading

Konsep Blogging Perlu Berubah

blogging

Pada tahun 2012 ni memang menunjukkan semakin ramai yang sudah menceburi minat terhadap blogging. Macam-macam jenis blog yang sudah wujud sekarang dan ada yang mempunyai lebih daripada satu blog. Mungkin kebanyakan mereka sudah buka mata dan nampak peluang yang ada terhadap hobi blogging ni.

Namun pada zaman awal-awalan kemunculan kelompok blogger dahulu kebanyakan mereka bermula daripada atas dasar minat dari dalam diri. Aku sendiri pun pada mulanya berminat untuk mendalami seni blogging ni sebab pada awalnya aku ingin belajar membina laman web di mana pada ketika itu aku tahu ini antara skills yang aku perlukan untuk menjadi orang berduit pada masa depan.

Dalam masa yang sama aku menjadi lebih seronok dan mempelajari banyak lagi perkara yang menarik mengenai internet. Jadi daripada minat itu aku pelajari mengenai internet marketing @ pemasaran internet dan aku kongsikan kepada yang sudi membaca blog aku. Apa yang aku pelajari, aku eksperimenkan pada blog aku sendiri. Continue reading