Archive for the "Isu Semasa" Category

Baru-baru ni salah satu empayar yang makin membesar Tune Group telah pun menanda tangani satu persetujuan untuk menaja pengadil bola sepak English Premiere League.

Tune Group dah pun menjadi Principal Partner untuk Professional Games Match Officials (PGMO) selama tiga musim bermula dari 2010/2011. Lama jugak tu weyhh tiga musim. Salah atu cara marketing yang baik oleh Dato’ Sri Tony Fernandes. Sambung baca lagi baiiii »


Hari ini adalah hari pertama puasa untuk semua yang beragama Islam. Jadi dengan mudahnya aku memberitahu tarikh pada hari ini dalam kalendar Islam adalah 1 Ramadhan tanpa perlu aku merujuk mana-mana surat khabar.. Teeeheeeee!

Aku rasa pada zaman dah nak dekat kiamat ni, orang lelaki paling banyak dugaan dia masa nak berpuasa. Tengok kiri seminit, tengok kanan seminit. Adoiiiii! Susahlaaa…  Banyak sangat buah! Hehehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


Porno! Lucah! Seks! Aku rasa ketiga-tiga perkataan yang agak seerti ni memang sentiasa berlegar dalam kepala aku korang semua. Takdelah semua… Hehehe! Ada yang memandang perkara ni dalam sudut positive dan ada yang pandang pada sudut hyper positive. Ada ke negative? Muahahaha! Sekadar senda gurau di pagi hari.

Apabila lahirnya sang internet, bahan-bahan lucah dan seks ni semakin berleluasa dan peratusan kemajuannya sangat drastik. Tak kiralah pembekal ke, pengguna ke. Masing-masing makin maju! Ada yang disebabkan porno, kelajuan diorang menaip dekat keyboard semakin laju. Ahahaha! Menaip nama-nama pornstar kesukaan! Ohhh!! Ini jauh sekali bukan aku.. Teeeheee! Sambung baca lagi baiiii »


Aku rasa daripada dulu lagi dah ramai dah budak-budak kecik yang dah bersongkok yang pergi tegur semua orang yang dia nampak. Diorang ni bersongkok dan ramai yang cakap diorang ni budak-budak sekolah agama or tahfiz yang macam persatuan or swasta.

Masa dulu akal pendek aku cakap yang diorang ni peminta sedekah, tapi aku silap besar. Memang masa dulu-dulu ada musim suruh budak kecik kutip duit and minta sedekah. Tapi sekarang ni banyak budak-budak yang bersongkok ni jual kalendar Islam, ubat serta kismis dan buku serta kad yang berunsurkan keislaman.

Acap kali aku fikir punya fikir.. Siapalah dalang yang suruh diorang buat kerja-kerja macam ni. Kadang-kadang sampai lewat malam. Bawah matahari terik tengah hari buta.. Diorang buat semua ni untuk siapa.. Tak penat ke diorang buat semua ni.. Taknak report kat siapa-siapa ke… Sambung baca lagi baiiii »


Sekarang ni isu kekejaman Israel makin menjadi-jadi. Satu dunia sedang memandang dan berkata, watafak yang kerajaan Israel ni nak buat. Eh, Israel ada kerajaan ke? Ada tanah ke? Cilakak punya Israel.

Namun, ramai pemimpin yang hanya oleh berkata-kata saja tanpa buat sebarang tindakan yang sepatutnya. Israel bukan besar mana pun kan? Jadi apa nak dihairankan eh?

Mungkin ramai pemimpin yang tunduk dengan hantu Israel ni. Ado la kiro-kiro eh tu agak eh. Ado la perjanjian eyh tu. Sekarang kita semua nak harapkan dengan hanya satu kapal. Sambung baca lagi baiiii »


Wooots wooots.. Jam menunjukkan 5:26AM dan aku tengah terkial-kial nak update blog ni sebelum Subuh dan tidur. Baru je sampai rumah tadi lepas lepak dekat Azhar Maju Taipan dataran Senawang. Sesak gila babeng tadi!

Mula-mula sekali nak ucapkan tahinah kepada Shahir yang dah pun menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Walaupun sebelum ni dah tersingkir masa minggu keberapa entah.

Aku bukanlah peminat AF8 sangat ataupun peminat Shahir. Tapi lepas aku tengok Trek Selebriti dengan artisnya adalah Shahir AF8, maka dari situ aku berasakan Shahir merupakan pelajar yang layak jadi juara AF8.

Korang tengoklah Trek Selebriti tu ya!

Musim Champions League pun dah tamat dah! Milito dengan handsomenya menjaringkan dua gol dengan baik dan penuh gaya pagi tadi. Masa final ni aku sokong Inter Milan sebab aku tak suka Bayern Munich yang kalahkan MU. Hohoho!

Inter Milan and Bayern Munich main dengan baik tapi Inter Milan lagi banyak masuk ke dalam kotak penalti. Milito pulak senang-senang je dribble bola depan Van Buyten. Hahaha! Ada member aku cakap, sah-sah Milito akan jadi first striker Argentina masa World Cup nanti.

Inter Milan menang 2-0 dengan Bayern Munich!