
Semalam merupakan antara hari bersejarah dalam hidup aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang selalu baca Berita Harian dan juga sebagai seorang blogger sepenuh masa. Muka aku yang kini sedikit tembam (nanti aku pergi gym) terpampang dalam akhbar Berita Harian di dalam ruangan ikon Lelaki XY. Muahaha! Tergelak besar jugaklah bila tengok muka sendiri dalam surat khabar.
Lepas tu baca pasal diri sendiri berulang-ulang kali. Miahaha! Selain aku, Shamhardy dan Ezhan pun terpampang dalam ruangan tu dengan tajuk 3 Jejaka Online / 3 Jejaka Blogger. Ini merupakan kali pertama kami keluar dalam surat khabar.
Bangga jugaklah bila masuk surat khabar ni sebab ada jugak yang nak masuk surat khabar siap kena bayar dulu lagi. Ni diorang call dan kitorang accept tanpa perlu bayaran. Sambung baca lagi baiiii »




