Archive for the "Isu Semasa" Category

Kerja Kosong

Adakah korang tengah mencari-cari kerja kosong? Kalau ya, ni aku nak syorkan salah satu kerja yang korang boleh buat secara full time ataupun part time sahaja. Nak join tak?

Kalau nak join, korang boleh tengok di sini –> Kelas IM Jobs

Mungkin korang frust sebab selalu sangat kena reject kerja disebabkan kekurangan skills dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja yang korang nak apply tuh. Sekarang korang tak perlu risau lagi.

Kerja kosong yang aku syorkan pada korang ni hanya memerlukan 4-5 jam sehari sahaja untuk dilakukan. Tak perlu datang ke pejabat ataupun kedai, duduk dekat rumah je depan komputer. Sambung baca lagi baiiii »


Malam tadi merupakan antara malam yang paling best bagi peminat bola sepak Malaysia selepas Malaysia membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF.

Aku tak tengok dekat Stadium Bukit Jalil sebab taknak terlepas replay goal atau cubaan menarik antara kedua-dua pasukan. Takut dengan ribuan penyokong Indonesia ada jugak. Hohohoh!

Jadi aku cuma tengok dekat Dataran Senawang je, ramai jugaklah yang menemani di meja-meja lain. Miahaha! Pada awal perlawanan ada perasaan was-was untuk Malaysia menang walaupun banyak serangan. Sambung baca lagi baiiii »


Assalamualaikum!

Saya Muhammad Ridzuan Bin Mohd Rashidin di sini ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Awal Muharram kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Masing-masing dah boleh pasang niat baru dah apa nak buat tahun baru ni.

Bagi sesiapa yang tak tahu macam aku ni, tarikh harini adalah 1 Muharram 1432H. Sambung baca lagi baiiii »


Kalau difikir-fikirkan balik tajuk post aku ni memang agak menyeramkan. Tak dapat aku bayangkan kalau kita semua hidup tanpa aktiviti download-mendownload movie dan mp3. Sangat boring! Sangat menyusahkan! Dan yang paling penting sekali sangat memokaikan diri ini!

Hari ni selepas baca info di blog Daily Chilli, satu akta baru akan diwujudkan yang membolehkan pembekal servis internet (Internet Service Provider) membekukan akaun internet bagi mana-mana penggemar penggunaan P2P. Sambung baca lagi baiiii »


Semalam lepas sembahyang sunat aidiladha dan beraya dekat kampung aku dekat Rembau, aku pergi ke rumah pakcik aku di Taman Sri Serdang. Aku balik ke Seremban dulu, mandi-mandi sikit lepas tu bertolak ke Serdang dalam pukul 4 petang.

Aku ingatkan datang beraya rumah pakcik aku je, sekali kena join majlis taman tu sekali daaaa.. Tapi takpelah, aku pun dah lama tak join majlis-majlis amal macam ni. Teringat pulak sesi-sesi skodeng jemaah perempuan masa tazkirah dekat sekolah menengah dulu. Hohohoh! Sambung baca lagi baiiii »


Alhamdulillah semalam kereta Proton Persona aku dah keluar dan kunci sampai dekat tangan aku pukul 6:20PM seperti yang aku tulis kat dalam borang. Risau jugak aku bila dah ada kereta sendiri ni, sebab nak maintainance dan minyak.

Tapi aku risau jugak kalau ada jiran-jiran tetangga dekat sekitar rumah aku ni hairan aku ada kereta sendiri. Iyalah kan, aku duduk rumah je hari-hari. Lepas tu malam-malam aku selalu keluar dengan member melepak.

Tiba-tiba pulak aku ada kereta sendiri. Nak kata aku ada pekerjaan memang jauh sekali sebab diorang tak pernah nampak aku basuh tali leher, seluar slack dan baju kemeja lengan panjang. Hohohoh! Sambung baca lagi baiiii »