Archive for the "Isu Semasa" Category

Antara model paling hot dan seksi dekat Malaysia ni dah kahwin dah dow. Kalau korang tak tahu siapa amoi dekat atas ni, memang sah-sah korang tak pernah baca kamus. Amber Chia dah kahwin senyap-senyap dekat Puali Bali dow. Hanya beberapa kawan terdekat dia je yang dapat tengok dia berkahwin dekat sana.

Amber Chia berkahwin dengan teman lelaki dia yang dah lama setia. Walaupun ramai datuk yang cuba memancing Amber Chia dan ada juga businessman bujang yang cuba menjala dia, Amber Chia tetap memilih lelaki yang dah lama berada di sisi dia bila masa saat dia memerlukannya. Sambung baca lagi dow »


Pagi-pagi buta ni aku meluangkan masa aku untuk membaca dan tiba-tiba aku terbaca mengenai bro MKI ni. Nama penuh dia Muzaffar Kaisar Ishak dan adalah seorang yang suka memelihara anjing. Ya! Dia sememangnya orang Islam dan juga mengamalkan cara hidup orang Islam sebaik-baik yang boleh.

Apa yang menjadi kontroversi ialah masyarakat di sekeliling bro MKI ni yang menghina dia kerana membela dan menyayangi anjing. Ada yang cakap dia kafir lah apa lah. Kesian jugak aku tengok bro MKI ni. Aku masuk layan blog dia, perghhhhh syahdu babe lagu dia. Aku tak terfikir pun nak cari mana button nak stop lagu tu. Layan dow!

Banyak benda yang aku belajar daripada blog bro MKI. Boleh kata dia ni bukan calang-calang orang nya. Ilmu Islam dan kehidupan pun penuh di dada. Sudahpun beristeri dan selalu dikunjungi orang-orang yang mempunyai nama besar. Bukan nama dengan huruf besar je ok. Paling otai,  Tuanku Siti Aishah datang rumah dia nak tengok anjing-anjing yang dia bela. Sambung baca lagi dow »


Sorry geng, post ni aku dah adjust.. Kesian dekat bikini man kena ugut nak kena belasah bagai. Kalau

ada pape jadi kat dia, jom kita report polis. Benda kecik punya hal. Hal peribadi, orang lain pulak nak masuk campur.

Kita dah belajar tinggi-tinggi, jadi berfikirlah secara rasional. PEACE!



Mungkin sekarang ni aunty Azean Irdawaty dah boleh senyum sikit dah sebab Benjy dah bebas daripada dakwaan menjadi pengedar dadah. Namun Benjy still didakwa atas memiliki syabu dan kesalahan itu boleh dikata berat jugaklah kan. Azean Irdawaty tak percaya yang Benjy ni kaki syabu dan aku pun rasa begitu.

Tapi mahkamah belum sabit lagi kesalahan Benjy atau nama sebenar dia Khaeryl Benjamin Ibrahim. Gadis yang bersam-sama dengan Benjy masa dia kena tangkap hari tu bukanlah kekasih dia tapi rakan dia. Tak tahulah rakan sekerja ke apa. Kalau aku ada dalam court tu, memang aku bagitau korang dah.

Aku ni selalu jugaklah tercari-cari berita pasal Benjy ni sebab kes ni macam luar biasa jugak bagi aku. Hahaha.. Mana tahu kalau kepala besar dadah kena tangkap sebab kes Benjy kena tangkap. Mana tahu Benjy kena setup ke kan. Entahlah.. Tak sabar jugak aku nak tahu keputusan kes ni. Sambung baca lagi dow »


Hari ni aku nak ajak korang semua berfikir sejenak mengenai personaliti. Kali ini aku cuba untuk berseriusing. Nak tanya sikit, korang ada personaliti tak? Kalau korang tak dapat menjawab persoalan ini, ternyata korang hanyalah seekor kambing ataupun sebuah jam.

Setiap manusia mempunyai personaliti tersendiri, malahan ada manusia yang sentiasa mahukan identiti dan personaliti masing-masing berdasarkan trend. Personaliti aku sudah tentu berbeza daripada korang dan ternyata korang tak perlu meniru personaliti aku ini.

Personaliti dan identiti pun ada baik buruknya jugak. Ada yang boleh buat kita senang dapat ramai kawan, ada personaliti yang boleh bawak kita ke lubang jahanam dan ada personaliti yang sentiasa positif dan boleh bawak kita semua sama taraf dengan nama-nama yang tersohor.

Kalau korang masih lagi tercari-cari personaliti yang patut korang ada, aku rasa korang harus baca buku yang menarik ni. Buku ni memang sangat senang dibaca, santai dan penuh dengan info-info yang sangat rare! Mungkin korang boleh download bahagian PERCUMA buku Rahsia Personaliti tu dulu. Sambung baca lagi dow »