Archive for the "Isu Semasa" Category

Salam semua..

4 Themes Premium Berciri Normal Blog

1. Revolution Magazine -http://www.ziddu.com/download/2102572/revolution-magazine.zip.html

2. Revolution News -http://www.ziddu.com/download/2102575/revolution-news.zip.html

3. Revolution Sports -http://www.ziddu.com/download/2102590/revolution-sports.zip.html

4. Gluttony -http://www.ziddu.com/download/2102587/gluttony.zip.html

3 Themes Premium Berciri VideoBlog atau Vblog

1. TV Elements -http://www.ziddu.com/download/2102510/tv.elements-v1.zip.html

2. VideoFlick -http://www.ziddu.com/download/2102558/VideoFlick.zip.html

3. Video Elements -http://www.ziddu.com/download/2102561/videoelements-v1.zip.html

Kisah Saya :

Sebelum ini saya berminat untuk menjual semula theme Vblog ini..Kerana saya membelinya dari seseorang secara bundle di ruangan forum carigold.com..Setelah dinasihat oleh bro mdhilmi dekat forum WangCyber dan saya sedar dimana silap saya :) ..Jadi sempena Ramadhan saya “twist” sedikit niat saya..Untuk menderma kepada anak-anak yatim..

Dermalah Sebanyak RM1-RM5 kepada mereka

1)Bank-in kan pembayaran anda ke

Akaun CIMB : 14160000057104
(MERMOTTO VENTURES (M) SDN BHD)

Akaun Maybank : 164276561571 (Norhamidah aka isteri kepada saiful clickachild)

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Gotcha!! :P

Here are the 13 Nuffnang Hot Chicks

Delicious right?ahahaha

Merdeka3!!!


Haaaa…jangan main-main dengan band indie zaman sekarang ni..Dah pandai naik ‘court’ dah..hehe…ye la kan,masing-masing ada hak..Ni cerita pasal The Times yang tengah top sekarang ni dengan lagu Singapura Kuala Lumpur and Modern Minimalis Glamour..Mereka tidak puas hati dengan label diorang yang baru lagi nie..Masa awal-awal dulu bukan main promote siap buat tour lagi satu Malaysia..Dasyat tue..Aku ingatkan bagus la..Sebab banyak jugak band yang register under Gizmo Records ni..Entah apa angin yang datang,tiba-tiba je ade timbul kes..Korang baca la article kat bawah ni..

————————————————————————————

Photobucket

THE TIMES

GIZMO RECORDS & ISMAIL adalah GOBLOKS !!!!

Mungkin anda terkejut kenapa kami sangat marah dengan label baru kami….GIZMO RECORDS!!!!!! Nak tahu kenapa? GIZMO RECORDS adalah contoh orang2 luar yang tak tahu apa itu maksud indiependent tapi cuba nak mengaut keuntungan & mengambil kesempatan dari band2 indie..Indie kan boleh buat duit sekarang nie & menjadi fenomena baru dlm industri muzik kita…Tapi nak ambik kesempatan kat kami THE TIMES , GIZMO RECORDS tersalah pilih mangsa kerana kami tahu hak2 kami sebagai pemuzik walaupun anak muzik jalanan sahaja…Kami akan mengambil tindakan mahkamah keatas ISMAIL & GIZMO RECORDS kerana:

1.mengeluarkan album kami dengan KONTRAKS yang telah diubah tanpa pengetahuan kami..Kami menandatangani kontraks satu album pada Januari 2008 tapi hanya mendapat salinan kontrak itu pada penhujung Julai dengan maklumat & apa2 persetujuan telah ditukar tanpa pengetahuan kami..Album dikeluar kan pada awal Jun dan kami mendapat kontraks yang telah diubahsuai pada Julai…Dalam undang2 kontrak itu tidak sah kerana telah diubah selepas dicop oleh peguam.Lagipun dia sepatutya memberi kami salinan kontrak pada hujung Januari 14hari selepas kami menandatangani kontrak…Kerana takut dgn kepintaran & kehendak kami mereka cuba memutar belitkan dgn mengubahsuai kandungan kontraks & hanya memberi salinan kepada kami pada Julai iaitu sebulan selepas album keluar…

2.Janji2 kosong mereka memang seperti rambut Ismail…banyak kelemumur..Sampai sekarang album yang ada ditangan anda tidak diregister di RIM kerana tiada stiker RIM…Satu lagi tidak menpunyai barkod & ini amat merisaukan kami kerana tanpa barkod kami tidak tahu berapa banyak jumlah yang telah dijual oleh beliau…beliau main hantar je kat kedai2 kaset & jual kat mana2 sampai album ini di muat turun secara free dgn mudah kat mana2 & paling sedih dicetak rompak diseluruh malaysia…kat sabah & sarawak pun termasuk.Sekarang album tidak ada lagi dijual di pasaran kecuali Cetak ROmpak punya kedai…Album dah 3 bulan dipasaran..kata nya dah dapat distribusi dgn Music valley tapi bila Naza tanya kat mUSIC VALLEY , Album THE TIMES tiada dalam list new releasing mereka..sekali lagi ISMAIL & GIZMO menipu kami hidup2….Promosi, Pelancaran album semua janji2 negrokepalahotak dia..haha..GERAM..dah 3 bulan & sepatutnya kami mendapat royalti perttama kami tapi……..sedih memang sedih tapi kami tak akan berputus asa kerana alhamdulillah rezeki show kami semakin berlimpah ruah sekarang..lagipun lagu kami selalu berkumandang di Radio & THE TIMES semakin dikenali ..Allah sentiasa bersama orang yang benar & hero akan menang kemudian…

Kami akan mengambil tindakan Undang2 kepada GIZMO RECORDS dan harap penyokong-penyokong kami yang percaya & menyayangi kami mendoa kan kebenaran akan terbukti!!!!!!!!!!!!Mungkin ini menjadi pengajaran pada kami & band2 indie lain di masa hadapan untuk lebih berhati2 dengan buaya2 yang cuba mengaut keuntungan dari kita yang ikhlas dengan karya seni kita…

p/s Jika ternampak Ismail GIZMO RECORDS sila hubungi kami……

———————————————————————————–

DULU KALA ZAMAN AGUNG :)

Photobucket


Assalamualaikum..

Di sini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di muka bumi ini..Hari ni merupakan hari pertama kiat berpuasa iaitu 1 Ramadhan..Aku harap semua kawan-kawan aku berpuase lah ya..Kalau berpuasa ni masa dekat sekolah menengah dulu..Aku selalu ponteng..haha..Mat Pau (kawan aku) menggelarkan ponteng ni dengan istilah ‘mencupak’ ..haha..ni zaman-zaman nakal kat sekolah dulu laa…Setiap hari masa tu,akan tanye masing-masing..Hari ni kau cupak tak?aku nak cupak gak…Rindu plak zaman kat sekolah dulu..Asrama 5 tahun tuuuu….Ok la..nak sambung buat assignment.. Callo beteyh…

Sedikit puisi ->

Biar renggang di fana dunia,
Biar hina di mata manusia,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar jauh kedudukan kita,
Biar jurang pangkat kita..
Jangan tergadai silaturrahim antara kita..
Selamat menyambut bulan ramadhan dari Richie..

P/S: Berazam tahun ni puasa penuh lagi :P


Photobucket

ok geng..kawan-kwan semua!!! Bearnerd Bondly (Gambar macho kat atas tu) baru saja melancarkan Panduan Advanced Bina Web Jualan..PERCUMA je pulak tu..Siapa yang tak tahu nak buat web boleh la ..Aku dulu nak belajar buat web kena la beli ebook..Ni korang senang-senang je boleh belajar PERCUMA ..Tak adil la macam nie..Takpela..Rezeki korang..Kalau korang tolak rezeki belajar ilmu percuma nie tak tau la..Guna peluang ini sebaik-baiknya.. :)

Antara isi-isi dalam panduan ni adalah 6 rahsia jana pendapatan dengan web jualan.

  • Rahsia 1# Produk Yang Hangat
  • Rahsia 2# Sales Letter Yang Membunuh
  • Rahsia 3# Grafik Yang Mengancam
  • Rahsia 4# Sistem Web Jualan Yang Lengkap
  • Rahsia 5# Strategi Pelancaran Produk
  • Rahsia 6# Promosi Yang Berterusan

Dapatkan secara percuma dengan klik Ebook atau URL di bawah

http://www.panduanweb-advance.com/jv/index.php?ref=percuma



Perghhhh…Bertuah betul Lee Chong Wei ni dapat macam-macam ganjaran..Walaupun menang kalah dengan Lin Dan straight sekali gus!!Hehe..Yela , kalah pun dia tetap dapat pingat perak dan menyumbangkan satu-satunya pingat untuk Malaysia sempena Sukan Olimpik dekat China tu nun jauh di sana : ) Balik je Lee Chong Wei kat Malaysia dia terus disambut dengan meriah..Sampai ade majlis besar sekali tu…Fuiyooooo…Best betul , kalau aku tahu dari awal lagi aku main badminton je sampai power..Har3…

Ok, berhenti setakat situ..Sebenarnya isu yang aku nak bangkitkan ni adalah…Jeng3..Apakah kesinambungan yang kita boleh rungkai daripada kejayaan Lee Chong Wei ni?Keburukan?Kebaikan?Pro mahupun kontra?Sebab macam-macam pandangan orang aku sudah dengar..Ada yang kata bagus ada yang membangkang.

Yang Kata Bagus:

  • Menaikkan martabat sukan negara
  • Atlet kita akan berlatih bersungguh-sungguh
  • Bertambah ramai jagoan
  • Ramai kanak-kanak akan meminati sukan

Yang Membangkang:

  • Membuatkan pangkat Datuk jatuh..Lain la kalau macam Nicole Ann David
  • Nanti ramai kanak-kanak yang kuat main , tak nak belajar
  • Kecenderungan kanak-kanak terhadap pelajaran terbias
  • Duit tu boleh bantu ramai orang lagi
  • Banyak sangat bagi ganjaran,padahal negara lain takdela segempak Malaysia

Ini adalah sebahagian sedikit daripada coretan ramai orang..Tapi kita pandai-pandai la tafsirkan sendiri.Mana yang lebih baik..Decide yourself..