
Mesti ramai yang layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 malam tadi kan sampai tak tengok langsung Akademi Fantasia 8 yang tetap wajib dijalankan. Hohoho.. Takpela, minggu-minggu lain layan AF jugak kan. ABP malam tadi agak meriah jugak la dengan macam-macam gaya and perangai artis.
Raja Azura dengan Sharifah Shahirah pun boleh tahan jugak menggelikan perut aku. Tak semua lawak diorang aku layan, tapi dah kira ok la tu daripada host-host yang lain. Tahniah aku ucapkan pada Datuk Siti Nurhaliza sebab memenangi anugerah Bintah Paling Popular dengan undian lebih daripada suku juta. Tepuk-tepuk! Sambung baca lagi dow »

Wahai Abdul Perempuan sekalian! Adakah teman lelaki atau suami korang selalu pergi mengurut atau selalu sangat mengeluh untuk pergi berurut? Jadi di situ, sampailah masanya untuk korang berjaga-jaga. Muahaha! Kerana sekarang telah terjadinya fenomena urutan extra di negara kita ni.
Jika daripada sudut perniagaan dan otak cerdik usahawan, memang peningkatan dalam mutu R&D negara di mana daripada urutan yang biasa, si tukang urut ataupun mana-mana spa telah menawarkan urutan ekstra. Extra yang macam mana tu? Berminat? Miahahaha!
Urutan extra ni biasanya diminta oleh para lelaki yang pergi berurut dengan niat double meaning. Hahaha.. Ok tak istilah double meaning dalam mengurut? Tapi kadang-kadang, tukang urut yang seksi meksi ni offer jugak kalau mahukan urutan extra. Ni salah satu one time offer atau backend sale strategy. Wakaka! Sambung baca lagi dow »

Tengah hari tadi macam biasa aku kena layan Melodi. Dah macam kena didik dah pulak tengok Melodi setiap hari Ahad. Hahaha! Antara isu yang menarik, Betty Benafe kecewa dengan sikap beberapa syarikat akhbar, majalah, wartawan dan juga blogger hiburan.
Dia cakap yang gambar tu sepatutnya tak boleh disebarkan begitu saja. Gambar seksi Betty Benafe tu hanya boleh digunakan oleh sebuah syarikat saja. Aku pun dah tak ingat sama ada syarikat tu publisher magazine or surat khabar. Jadi Beety Benafe dapat rasa perkara ni akan berikan kesan negatif pada dia. Sambung baca lagi dow »

Hari Selasa yang lepas, aku telah dijemput untuk menghadiri sidang media Lotus Formula 1 Malaysia di Pavilion Bukit Bintang. Dalam pukul 10:30 pagi aku dah bertolak daripada Seremban walaupun press tu start pukul 2 petang. Masa aku mula-mula sampai dekat Pavilion tu, aku dah nampak sederet Lotus super car dekat pintu masuk. Lepas tu belah dalam pulak, ramai orang tengah berpusu-pusu nak tengok pameran Lotus F1.
Aku ada nampak kelibat Dr. Mahathir merasmikan kereta Satrio Neo keluaran Proton untuk edisi Lotus F1. Ramai kelibat yang tertinjau-tinjau design dan feature yang ada dekat kereta Satrio Neo terbaru tu. Terlupa pulak aku nak tanya Dr. Mahathir berapa harga sebuah Satria Neo tu. Hahaha..

Lepas berkumpul dengan geng-geng Advertlets yang lain, kitorang mula mengorak langkah untuk terjun dalam gumpalan orang ramai tu. Fuhhh! Orang media boleh tahan bau ketiaknya. Miahaha! Terpaksalah bergaul mesra dengan diorang sekali agar aku dapat terhegeh-hegeh ambik gambar dengan camera yang tak seberapa. Sambung baca lagi dow »

Pemergian penghibur tersohor tanah air, Din Beramboi memeranjatkan ramai pihak kerana ianya berlaku secara tiba-tiba. Mungkin tahap demam denggi berdarah yang dihidapi arwah Din Beramboi sangat-sangat serius. Alangkah baiknya kalau kita dapat banteras nyamuk denggi ni satu Malaysia.
Aku selesa dengan lawak arwah Din Beramboi kalau dengar-dengar dekat radio tu. Aku rasa lawak dia boleh dikatakan tahap tinggi jugaklah. Dah setaraf dengan lawak budak-budak sekolah menengah aku SM Sains Tuanku Jaafar. Lagi satu aku suka, lawak dia ni kasar. Hahaha. Tabik Din Beramboi!
Allahyaraham Din Beramboi dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi. Rasanya dalam 12:30 tengah malam macam tu. Kontroversi sebelum ni ada cakap yang Din Beramboi sakit kerana kencing tikus tapi sebenarnya denggi berdarah kan? Sambung baca lagi dow »

Selepas digembar-gembur SSM mengenai skim haram buat duit dengan wang pos berantai, akhirnya syarikat Grand Merger Network adalah syarikat yang paling bertuah sekali. Syarikat diorang ni adalah syarikat pertama yang diserbu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ada kaitan dengan skim haram wang pos.
Mungkin diorang diserbu ala-ala gaya suprise party. Hahaha! Kalau kena serbu macam kantoi skodeng asrama puteri or hisap rokok dalam toilet asrama lagi sadis. Aku dah lama dengar mengenai wang pos, tapi selama ni aku tengok ok je yang buat duit dengan wang pos. Agak peli kenapa SSM nak buru orang buat duit wang pos. Sambung baca lagi dow »