Archive for the "Isu Semasa" Category

Hari ni kita membincangkan hal yang sedikit dewasa. Ahah! Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi aku nak bincangkan jugak pasal ni. Kalau korang nak kahwin nanti, hadiah yang macam mana korang nak terima? Sama ada hadiah kahwin macam periuk nasi, kipas, microwave, mop lantai dan lain-lain. Ataupun korang dengan besarnya tapak tangan nak terima duit sumbangan orang kahwin. Hohoho!

Cepat jawab! Jangan hipokrit haaa.. Haha.. Aku saja nak bincangkan pasal ni sebab baru tadi tengok dekat TV. Aku rasa macam menarik, jadi aku nak ajak la berbincang dengan korang yang bijaksana ni. Korang bijaksana kan? Aku tahulah dari first time korang datang dekat blog aku nih. Jadi marilah kita sama-sama membahaskan isu ni. Kalau kita ni sama-sama masih sekolah lagi, dah lama aku ajak korang lawan team debate aku. Miahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Oink3! Oink3! Orang makan babi sendawa pun oink3 ke? Haha.. Maaf, hanya lawak budak rajah 6. Perkara ni tak tahulah kita sebagai rakyat Malaysia nak banggakan atau tidak. Korang rasa bangga tak apabila upacara penyamakkan najis babi terbesar di Malaysia dilangsungkan? Muahaha!

Ini memang berita betul maaaa. Keluar berita kot malam tadi, tapi takdelah nak celebrate gila-gila. Diorang nak samak ladang babi ni sebab abbi semu dah takde and diorang nak gantikan dengan lembu! Sebab ladang babi yang dah kena tutup ni teramatlah besar! 12 hektar besarnya! Bapak bosar siot! Dah boleh buat Walt Disney Malaysia kot. Huhuhu..

Kalau tak silap aku ladang ni ada kat Pahang. Kalau silap korang tolong roger aku ok. Kalau nak kambus balik ladang babi ni, rugi plak diorang cakap nanti. Sebab terlalu besar dan aku rasa diorang dah fikir masak-masak untuk jadikan ladang lembu pulak. Korang rasa ada orang nak beli tka daging lembu dari ladang ni? Muahaha! Sambung baca lagi baiiii »


Woot2! Di kala aku tengah update blog aku ni. Aku masih lagi di rumah member di Subang. Petang ni baru balik Somban kot. Malam tadi sambut birthday member aku. Nanti aku kasi tunjuk dekat korang semua gambar dekat Castle, Jalan Damai.

Surat khabar hari ni masih lagi cerita pasal ada sorang brader ni kena gigit dengan haiwan yang masih belum dapat dikenal pasti secara tepat di pantai Port Dickson. Dia kena gigit masa dia tengah bermandi-manda dengan anaknya dan tiba-tiba terasa macam ada sesuatu yang menggigit dan menarik kaki brader tu.

Kemudian brader tu dengan bantuan kawan, tarik dia daripada gigitan binatang tu dan naik ke pantai. Kita boleh gelar yang menggigit tu sebagai Unidentify Biting Object (UBO). Hohoho! Teruk jugak brader tukena gigit, memang tersangat dalam. Tengok gambar ni pun dah ngeri dah. Sambung baca lagi baiiii »



Huwarghhhh! Kekecewaan kedanan kedukaan kesungguhan kedirian keinian. Terduduk selama beberapa hari membuatkan aku tak dapat nak update blog. Masih tak dapat nak terima kekalahan Negeri Sembilan dengan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2010 Sabtu lepas. Dah lah aku datang dengan semangat yang membara walaupun aku tidak diturunkan Wan Jamak dalam skuad Rusa malam tu.

Aku memang tak dapat terima malam tu. Negeri Sembilan yang score dulu dow! 65minit perlawanan tu memang Negeri Sembilan yang punya. Asal dapat bola je memang counter kaw2 punya. Tapi nak sampai dekat depan gol, finishing hancus! Aduyaiii! Tapi takpola, dah memang takdo nasib agak eyh. Allah nak bagi kesedaran sikit. Hopefully, kekalahan ni dapat jadi petunjuk untuk kempen Liga Super 2010. Tahun ni Negeri Sembilan main memang baik! Sambung baca lagi baiiii »


Hobin jang hobin! Wooot2!

Aku dah membara nih. Korang tak membara ke? Miahaha! Malam ni merupakan antara match bola sepak Malaysia yang ditunggu-tunggu. Negeri Sembilan VS Selangor dimana NS adalah juara Piala Malaysia 2009. Aku ulang sekali lagi juara Piala Malaysia. Selangor pulak juara.. Ahh! Korang pergi cari dekat google sendiri. Hohoh!

Malam ni maybe sesak jugakla sebab Negeri Sembilan dengan Selangor takdelah jauh mana. Sebagai anak jati Negeri Sembilan sudah semestinya aku akan tengok perlawanan ni. Jarak ke stadium hanya setakat joging je dah sampai. Really? Huhuhu.. Sambung baca lagi baiiii »