Archive for the "Isu Semasa" Category

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


rezeki perniagaan keluarga

Gambar ni aku ambil sebelum solat Jumaat dua atau tiga minggu lepas kalau aku tak silap. Disebabkan aku orang bujang, jadi aku hanya makanan segera yang sudah siap dimasak oleh sang peniaga. Aku rasa orang bujang kerap mengamalkan brunch. Teeeheee..

Sambil kunyah dan menelan, mata aku tak henti-henti perhatikan gelagat satu keluarga yang berniaga ni. Sebelum ni aku jarang beli dan melepak makan sambil duduk dekat akar pokok belakang gerai diorang ni, jadi aku tak tahulah diorang satu keluarga. Sambung baca lagi baiiii »


Tahun ini mungkin tahun kegemilangan terakhir bagi Apple selepas pemergian Steve Jobs. Mungkin ada yang boleh menerajui Apple selepas Steve Jobs, tapi sudah semestinya tidak segemilang sebelum ini.

Sebelum ni aku jarang dengar ucapan daripada Steve Jobs mengenai perkara selain daripada teknologi baru Apple. Namun setelah pemergian Steve Jobs baru-baru ini, hati aku terbuka nak usyar semua video Jobs yang ada di Youtube. Sambung baca lagi baiiii »


ramadhan

Pejam celik pejam celik, akhirnya aku menerima kehadiran bulan Ramadhan buat kali ke 23 kalinya dalam hidup aku sebagai seorang umat Islam. Tak sangka masa sungguh cepat berlalu terasa seperti Ramadhan pada tahun lepas baru je berlalu.

Jadi di sini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada semua umat Islam di dunia ni. Mungkin pada Ramadhan kali ini kita boleh perbaiki diri kita dengan lebih jitu lagi. Sambung baca lagi baiiii »


perhimpunan bersih

Perkhabaran perhimpunan Bersih makin hari makin menyemakkan benak hati aku yang cetek dengan ilmu politik ni. Aku tak sukakan politik tapi aku juga berhak memberikan sepatah dua kata terhadap apa yang tengah berlaku sekarang ni.

Ramai orang Islam cakap politik ini adalah sebahagian daripada Islam, tapi aku tak pasti kedua-dua belah pihak yang ada sekarang ni betul-betul berlandaskan politik Islam ataupun tidak. Masing-masing cuba manipulasikan apa yang ada selagi boleh memenangi hati rakyat.

Cuma sekarang ni aku nak ketengahkan isu yang aku sangat-sangat tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih yang bakal berlaku 9 Julai nanti. Apa yang diorang tuntut adalah untuk mendapatkan sistem pilihan raya yang bersih. Sambung baca lagi baiiii »


pakej percutian

Sesiapa yang ada dalam mood percutian memang akan ada rasa perasaan best yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi orang yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan di bawah seorang majikan. Hahahaha! Bila dapat bercuti dalam waktu yang agak panjang, pasti ada perancangan diperlukan.

Ya lah, bukan selalu dapat cuti jadi masa cuti tak boleh dibazirkan begitu saja. Jadi sesiapa yang bercuti tu mesti akan ghairah mencari pakej dan destinasi percutian yang menarik. Tak kisahlah dalam negara ataupun luar negara, janji dapat release tension. Sambung baca lagi baiiii »