Archive for the "Gossip Artis" Category

Satu berita buruk untuk para gadis yang amat meminati Jimmy Shanley kerana ada sumber yang bagitau aku Jimmy Shanley sudah pun selamat ditunangkan dengan seorang gadis di Pulau Pinang. Wohoo! Tahniah aku ucapkan kepada Jimmy Shanley dan gadis Pulau Mutiara tu. Mungkinkah gadis tersebut seorang anak Mami yang pakai gelang emas berjela-jela sampai ke ketiak? Wakaka!

Nampaknya tanggapan aku yang Jimmy Shanley ada special relationship dengan Diana Danielle salah. Tak pasti bila tarikh yang tepat Jimmy dan gadis tu bertunang. Menurut sumber aku lagi, perikatan pertunangan diorang adalah selama setahun, wang hantaran bernilai RM19,000 dan mas kahwin RM10,000. Aku tak pasti sama ada nilai wang hantaran dan mas kahwin ni betul atau tidak. Tapi aku rasa macam banyak lagi je. Muahaha! Jimmy Shanley berada kot, nampak macam seorang yang well planned untuk apa-apa saja.

Apa pun kita doakan agar pertunangan ni tak ditimpa dugaan besar. Kalau nak senang , diorang ni kahwin je cepat-cepat. Buat ape tunang lama-lama sangat pun. Huhu.. Cuba korang tengok gambar-gambar ni, mungkinkah tunang Jimmy? Hoho.. Sambung baca lagi baiiii »


Jimmy Shanley adalah antara orang yang paling bertuah dekat dunia ni sebab dikurniakan bakat dan rezeki. Kalau tak silap aku bro Jimmy ada syarikat sendiri tapi dalam bidang construction and safety. Pandai dow belajar dekat oversea. Tapi kali ni aku nak cakap yang bro Jimmy bertuah sebab dia dapat bermanja-manja dengan Diana Danielle. Mak aih, siap peluk and urut-urut lagi. Masakan aku tidak cemburu. Hohoho..

Buat masa ni aku rasa Diana Danielle tidak ada boyfriend lagi lepas kes Diana dengan Syamsul anak lelaki Yusof Haslam. Mungkin dia tak bersedia lagi buat masa ni nak bercinta. Aku pun tak berkesempatan nak mempelawa dia keluar makan bersama. Ehehe.. Apsal? Mengapa tidak? Ahah! Walaupun sebelum ni ada kedengaran Diana rapat dengan Farid Kamil mat rempit paling hensem dekat Malaysia tapi Diana deny.

Jimmy Shanley bermanja-manja dengan Diana Danielle ni masa rakaman untuk Trek Selebriti. Kalau korang tak caya korang boleh tengok video dekat bawah. Kalau nak tengok yang full version punya, korang duduk la dekat Astro Ria tu sampai time Trek Selebriti punya show. Hoho! Aku rasa macam sesuai je diorang berdua ni. Maybe diorang ni dah mula rapat-rapat kot, kalau tak kenapa terserlah keselumberan Jimmy nak bermanja-manja dengan Diana. Fuhh! Sambung baca lagi baiiii »


Pada malam sebelum penganut Kristian menyambut Krismas, satu parti telah diadakan di Rootz sempena menyambut perayaan Krismas lah agaknya. Ada yang cakap, ramai juga orang Melayu yang sama sekali berparti pada malam tu. Turut terlibat beberapa orang artis terkenal antaranya Juliana Evans, Ridzuan Richie Ridzuan Hashim, Scha Alyahya, Juliana Evans, Awal Ashaari dan Qi Bloggerboy.

Malangnya parti tu kena serbu polis dan upacara urine test dilakukan. Kesemua artis yang ada tu negative urine test tetapi malang sekali buat bro Qi Bloggerboy selepas dia didapati positif mengambil dadah. Alahai bro, aku punya suka lakonan kau dalam Bloggerboy and Destinasi Bajet. Macam mana boleh kantoi ni bro? Selepas ni mungkin ramai peminat Qi atau nama sebenar dia Qushairi Mohammed Razali akan menonggeng sekejap atas kesilapan yang Qi lakukan.

Biasalah, setiap manusia ada dugaan masing-masing. Kalau tak silap aku orang lelaki ni ada 8 dugaan besar yang akan berlaku dalam hidup masing-masing. Mungkin ni salah satu dugaan besar buat Qi, so harap-harap bro Qi tak buat lagi dah tak hisap benda tak elok ni. Banyak lagi benda elok yang boleh dihisap. Auummm!

P/S : Awal, aku mintak maaf sebab ingatkan kau yang kantoi positif sebelum ni. Im sorry.


Tania Hudson masih lagi baru dalam dunia seni dan hiburan Malaysia. Aku rasa ramai yang pernah ternampak Tania Hudson di mana-mana tapi diorang tersilap anggap dengan Natasha Hudson kerana wajah diorang memang hampir 100% sama. Tania Hudson merupakan adik kepada Natasha Hudson. Muka memang cantik sama macam Natasha Hudson. Tapi korang jangan terkejut kalau korang jadi boyfriend Tania Hudson nanti, sebab dia ada parut dekat kepala. Pernah buat operation dekat kepala satu ketika dulu. Aku rasa aku takkan terkejut nanti sebab aku dah tahu. Muahaha!

~ Nantikan Tania dalam drama ‘Mayang Mengurai’ untuk slot Lagenda di TV3 Januari depan ~

Tani taknak dia dikenali sebab dia merupakan adik kepada seorang pelakon yang popular, tetapi dia mahu dikenali sebagai artis yang berbakat dan mempunyai personaliti tersendiri. Memang banyak keserasian di antara Tania dan Natasha tetapi mesti ada sesuatu yang Tania miliki untuk menjadi lebih komersial daripada Natasha. Aku harap Tania belajar daripada akak dia sendiri. Cuba tengok gambar-gambar Tania dekat bawah , memang hampir serupa kan? Sambung baca lagi baiiii »


Sebelum ni Alex Yoong pernah dipertaruhkan Malaysia untuk terjun ke dalam arena Formula 1 dan cuba mengharumkan nama negara. Masa tu Alex Yoong mewakili Malaysia dan pasukan Red Bull Sauber Petronas Minardi Team. Tapi nasib tidak banyak menyebelahi Alex. Kini Malaysia sudah mempunyai pasukan Formula 1 sendiri iaitu Lotus F1 Racing yang diterajui oleh Tony Fernandes dan Riad Asmat.

Pelumba muda negara iaitu Fairuz Fauzy telah diberi peluang untuk menyertai pasukan Lotus F1 Racing sebagai pemandu ketiga pasukan. Selain daripada Fairuz, dua orang pemandu yang lain ialaha Jarno Trulli daripada Italy dan Heikki Kovalainen daripada Finland. Fairuz amat gembira dengan kembalinya Michael Schumacher daripada persaraannya dan menyertai pasukan Mercedez Petronas.

Kemungkinan besar Fairuz akan berpeluang untuk bersaing dengan pemandu idolanya itu walaupun dia hanya merupakan pemandu ketiga pasukan. Fairuz berkata dia mungkin mempunyai peluang dalam perlumbaan dengan selepas F1 menetapkan peraturan baru iaitu no refueling. Ini dimana kereta pasukan akan diisi dengan tangki minyak yang penuh semasa di awal perlumbaan jadi kereta akan menjadi lebih berat. Fairuz sudah biasa dengan keadaan ini sebelum dia menyertai F1 lagi. Good luck kepada Fairuz!


Korang kenal tak Marilyn Manson? Mesti ada yang kenal kan. Baru-baru ni E! ada memaparkan kisah pasangan Marilyn Manson dan Evan Rachel Wood. Diorang berdua ni dikatakan dah bertunang sebab ada rakan artis yang nampak cincin pertunangan dekat jari Evan. So, memang sahlah Marilyn Manson dah memenangi hati Evan. Sebab sebelum ni Marilyn Manson mempunyai seorang pencabar iaitu Alexandar Skaarsgard.

Aku pun tak tahu apelah yang si Evan ni nak sangat dengan Marilyn Manson ni. Sebab perangai mamat ni memang pelik gila. Kaki dadah dan lagu-lagunya yang berunsurkan gothic. Kalau buat performance, selagi makeup tak tebal 2 inchi memang tak sah. Muahaha! Tapi kalau muka dia tak makeup and pakai lipstick macam haram tu, boleh tahan jugak la. Maybe dalam hati Marilyn Manson ni ada sedikit jiwang macam aku. Wakakaka!

P/S : Banyak jugak lagu Marilyn Manson yang best-best : Marilyn Manson