Archive for the "Gossip Artis" Category

Alangkah bahagianya Bung Mokhtar dengan si putih gebu Zizie Ezette. Fuhh! Tahniah di atas perkahwinan diorang sekali lagi. Harap-harap aku salah sorang yang dapat jemputan diorang kalau diorang nak buat persandingan besar-besaran dan paling gempak untuk 2010. Ahaks!

Gambar ni adalah sumber daripada Debra kaki lepak Forum Cari. Ucap terima kasih kepada Debra ya sebab sudi berkongsi gambar ni dengan semua peminat Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Gambar ni semasa diorang beruda bergembira di Kota Kinabalu. Bung Mokhtar adalah suami yang sah bagi Zizie dan dia ada hak nak bawak Zizie pergi ke mana-mana sekalipun. Hohoho! Korang tengoklah gambar dekat Mat Kepoh lagi banyak.


Aku tak dapat nak terima kalau ada artis yang tak dapat terima diorang dikutuk. Hohoho! Paham ke tak apa yang aku cakap kan tu? Artis zaman sekarang ni mungkin dah lupa baik dan buruknya jadi artis. Kalau dah professional, mesti la faham kan. Tapi aku tengok diorang ni ada jugak yang cakap PRO tapi perangai dan akal fikiran macam kebudak-budakan.

Kalau tak tahan kena kutuk dengan peminat dunia hiburan, tak payah lah korang nak jadi artis sangat dol. Aku tahu cita-cita korang daripada kecik bukan nak jadi artis pun. There’s something you hafta pay la bai. Peminat ni jugak yang menyumbang kepada kePOP-ULAR korang tu. Tanpa kitorang, sapelah korang!

Ni lagi satu paling lawak. Artis marah kalau blogger kutuk diorang, tapi artis kutuk artis takpe pulak. Bangang! Siap macam  ada pakatan pulak nak mengutuk artis lain. Macam budak-budak siot. Contohnya macam Awal Ashaari, Linda Onn dan Scha yang kutuk Fahrin Ahmad. Bingai! Sambung baca lagi baiiii »


Dah lama tak bergosip nih. Sekarang ni dah memang jarang cerita pasal gosip artis dekat blog personal. Muahaha! Bajet nak berdisiplin! Mari kita panaskan sikit cerita pasal gosip mengenai hubungan Remy Ishak dengan Tiz Zaqyah. Lepas kontroversi Remy Ishak bergaduh dengan Ummi Nazeera, Tiz Zaqyah cuba nak mengelak daripada dikaitkan dengan diorang berdua.

Remy Ishak cakap tahun baru ni nak bukak buku baru dan tak nak ingat lagi pasal Ummi Nazeera dan keluarga Ummi. Dia hanya akan bercakap dengan media pasal kerjaya dia saja. Tapi tiba-tiba lepas tu dia confess dia makin rapat dengan Tiz Zaqyah. Hohoh! Relax bro.. Amik masa sikit dulu.. Korang baca la dekat Mat Kepoh sekali. Sambung baca lagi baiiii »


Perghh! Lama gila tak update blog. Banyak kerja freelance dow. Sorry banyak2. Macam biasa, kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Dua kali kais tu geng. Sorry eh dah lama tak update. Hehehe.. Ni aku ada update ringkas pasal gosip artis.

Takdelah gosip pun, cuma gambar je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, pandai-pandai la cari Mat Kepoh. Muahaha! Aku nak up kan balik Mat Kepoh ni. Hope korang sukalah. Kalau tak suka nak buat macam mana. Kalau taknak membazir duit beli magazine hiburan, baca Mat Kepoh sudey. Wakaka!


Ini adalah sambungan daripada post aku “  Marion Caunter Bercinta Dengan SM Nasarudin (NAZA) “. Kalau ditengokkan gambar-gambar ni, memang boleh nampak Marion dengan SM Nasarudin selalu jugaklah berdampingan. Selalu tu maybe selalu untuk orang-orang yang sibuk. Mana tak nya, si Marion ni artis dan SM Nasarudin ni pulak orang korporat.

Bertuah betul keluarga NAZA poit. Memang betul-betul membina empayar. Makin lama makin besar dan macam-macam dah bisnes diorang. Paling otai, kalau mana-mana company yang nak jual kereta pastu nak harga murah, diorang mesti beli ikut NAZA sebab NAZA je yang ada AP untuk bawak masuk kereta dengan harga yang murah. Lain la kalau seludup or curi kereta orang lain. Sambung baca lagi baiiii »


Ohoiii! Aku berhasrat lepas ni kalau ada apa-apa cerita pasal gosip artis, aku nak update dekat MatKepoh.com je la. Dalam blog personal aku ni, mungkin aku akan banyak ungkap pasal keperibadian aku dan sebarng ilmiah yang boleh bantu korang untuk hidup di jalan yang lurus. Hehehe..

Jadi jika ada sebarang hasrat untuk tahu lebih lanjut pasal dunia hiburan artis yang penuh dengan mimpi, korang masuk-masukla Mat Kepoh ya. Tak salah pun kan. Blog aku jugak tu. Hohoho.. Kira penjenamaan semula Mat Kepoh la kononnya. Mana tahu Melodi nak guna balik Mat Kepoh, boleh lah jemput kitorang. Hua3! Aku dengan Mario yang akan selalu update Mat Kepoh. Sambung baca lagi baiiii »