Archive for the "Gossip Artis" Category

Mesti ramai yang layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 malam tadi kan sampai tak tengok langsung Akademi Fantasia 8 yang tetap wajib dijalankan. Hohoho.. Takpela, minggu-minggu lain layan AF jugak kan. ABP malam tadi agak meriah jugak la dengan macam-macam gaya and perangai artis.

Raja Azura dengan Sharifah Shahirah pun boleh tahan jugak menggelikan perut aku. Tak semua lawak diorang aku layan, tapi dah kira ok la tu daripada host-host yang lain. Tahniah aku ucapkan pada Datuk Siti Nurhaliza sebab memenangi anugerah Bintah Paling Popular dengan undian lebih daripada suku juta. Tepuk-tepuk! Sambung baca lagi baiiii »


Tengah hari tadi macam biasa aku kena layan Melodi. Dah macam kena didik dah pulak tengok Melodi setiap hari Ahad. Hahaha! Antara isu yang menarik, Betty Benafe kecewa dengan sikap beberapa syarikat akhbar, majalah, wartawan dan juga blogger hiburan.

Dia cakap yang gambar tu sepatutnya tak boleh disebarkan begitu saja. Gambar seksi Betty Benafe tu hanya boleh digunakan oleh sebuah syarikat saja. Aku pun dah tak ingat sama ada syarikat tu publisher magazine or surat khabar. Jadi Beety Benafe dapat rasa perkara ni akan berikan kesan negatif pada dia. Sambung baca lagi baiiii »


Pemergian penghibur tersohor tanah air, Din Beramboi memeranjatkan ramai pihak kerana ianya berlaku secara tiba-tiba. Mungkin tahap demam denggi berdarah yang dihidapi arwah Din Beramboi sangat-sangat serius. Alangkah baiknya kalau kita dapat banteras nyamuk denggi ni satu Malaysia.

Aku selesa dengan lawak arwah Din Beramboi kalau dengar-dengar dekat radio tu. Aku rasa lawak dia boleh dikatakan tahap tinggi jugaklah. Dah setaraf dengan lawak budak-budak sekolah menengah aku SM Sains Tuanku Jaafar. Lagi satu aku suka, lawak dia ni kasar. Hahaha. Tabik Din Beramboi!

Allahyaraham Din Beramboi dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi. Rasanya dalam 12:30 tengah malam macam tu. Kontroversi sebelum ni ada cakap yang Din Beramboi sakit kerana kencing tikus tapi sebenarnya denggi berdarah kan? Sambung baca lagi baiiii »


Antara model paling hot dan seksi dekat Malaysia ni dah kahwin dah dow. Kalau korang tak tahu siapa amoi dekat atas ni, memang sah-sah korang tak pernah baca kamus. Amber Chia dah kahwin senyap-senyap dekat Puali Bali dow. Hanya beberapa kawan terdekat dia je yang dapat tengok dia berkahwin dekat sana.

Amber Chia berkahwin dengan teman lelaki dia yang dah lama setia. Walaupun ramai datuk yang cuba memancing Amber Chia dan ada juga businessman bujang yang cuba menjala dia, Amber Chia tetap memilih lelaki yang dah lama berada di sisi dia bila masa saat dia memerlukannya. Sambung baca lagi baiiii »


Mungkin sekarang ni aunty Azean Irdawaty dah boleh senyum sikit dah sebab Benjy dah bebas daripada dakwaan menjadi pengedar dadah. Namun Benjy still didakwa atas memiliki syabu dan kesalahan itu boleh dikata berat jugaklah kan. Azean Irdawaty tak percaya yang Benjy ni kaki syabu dan aku pun rasa begitu.

Tapi mahkamah belum sabit lagi kesalahan Benjy atau nama sebenar dia Khaeryl Benjamin Ibrahim. Gadis yang bersam-sama dengan Benjy masa dia kena tangkap hari tu bukanlah kekasih dia tapi rakan dia. Tak tahulah rakan sekerja ke apa. Kalau aku ada dalam court tu, memang aku bagitau korang dah.

Aku ni selalu jugaklah tercari-cari berita pasal Benjy ni sebab kes ni macam luar biasa jugak bagi aku. Hahaha.. Mana tahu kalau kepala besar dadah kena tangkap sebab kes Benjy kena tangkap. Mana tahu Benjy kena setup ke kan. Entahlah.. Tak sabar jugak aku nak tahu keputusan kes ni. Sambung baca lagi baiiii »


Zizan Nin yang sebelum ni pernah digosipkan dengan Rozita Che Wan dan Melissa Maureen Rizal sudahpun selamat dinikahkan dengan pembaca berita Ntv7. Wow! Mesti best kahwin dengan orang yang tahu berita satu Malaysia ni. Tak payah beli paper lagi dah. Wakakaka!

Dah jimat si Zizan Nin ni RM30.00 sebulan kalau dia beli surat khabar Kosmo setiap hari. Jimat masa nak tengok berita dekat TV jugak, sebab dia boleh dengar setiap hari isteri dia bebel dekat telinga. Ahahaha.. Gurau-gurau.. Fazilah Hani ni merupakan anak kepada Datuk Harun Hashim dan dialah yang jadi wali masa pernikahan tu.

Diorang berdua dinikahkan di Masjid Negara oleh Pendaftar Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim dengan mas kahwinnya RM651. Ermmm.. Boleh tahan jugak mas kahwin nih.. Kalau bakal mak mertua aku upgrade harga mas kahwin lagi tinggi daripada ni, memang aku cop dekat kepala dia kaki bisnes betul. Wakaka! Sambung baca lagi baiiii »