Archive for the "Gossip Artis" Category

Dah lama aku nak postkan gambar-gambar ni tapi asyik-asyik terlupa je. Hehe.. Ni merupakan gambar selepas perbicaraan penceraian Norman Hakim dan Abby Abadi yang jatuh talak satu. Kalau masa dulu Abby Abadi dan Norman Hakim rujuk kembali dalam tempoh yang sepatutnya. Korang rasa kali ni macam mana pulak? Mampukah diorang berdua hidup berasingan? Hoho.. Confirm anak-anak akan tertanya nanti dan apalah jawapan yang diorang nak bagi dekat anak-anak nanti. Yang pasti salah satunya mesti, ayah sekarang kerja jauh. Nanti kita jumpa ayah ok. Kata Abby Abadi kepada anak-anaknya. Rekaan semata-mata je ayat tu. Jom usyar gambar..

Sambung baca lagi baiiii »


Baru-baru nie berita gempar mengenai Awie yang dikatakan ketua samseng kumpulan Naga Merah yang mengenakan yuran keahlian sebanyak RM3,XXX . Perghh, mahal tu geng. Kalau betullah Awie menerima wang sebanyak itu, tak mungkin dia nak terus bekerja untuk dunia seni hiburan lagi. Buat penat dia sajalah kan. Truetone handphonenya tak berhenti-henti berbunyi sejak tersiarnya cerita mengenai dia terpampang di surat khabar Metro Ahad 14 Disember lalu. Dia terasa seolah-olah dia merupakan seorang pekerja di bursa saham dek kerana panggilan yang bertalu-talu. Teruskan membaca..

Sambung baca lagi baiiii »


Menarik tak title post aku kali ni? Hoho.. Kalau tak menarik sorry la. Tapi kali ni memang aku nak cakap sikit mengenai kelebihan SEO. SEO adalah nama famousnya tapi nama panjangnya adalah Search Engine Optimization. Korang tahu kan search engine/enjin carian seperti pakcik Google, Yahoo, MSN, Lycos dan macam-macam lagi. Jadi SEO ini bermaksud lebih kepada mesra enjin carian. Tuntasnya (dah lama tak pakai perkataan ni), jikalau blog korang ni mesra enjin carian maka korang memang akan mendapat sejumlah trafik yang agak tinggi daripada carian-carian manusia di seluruh dunia ni yang menggunakan mana-mana search engine. Pakar-pakar blogging cakap trafik yang datang ni adalah organic traffic. Yela kan, semula jadi. Kita tak paksa siapa-siapa datang pun dekat blog kita, tapi diorang datang disebabkan content yang ada dekat blog kita ni bertepatan dengan maklumat yang diorang mereka cari seperti Linda Jasmin,Linda Jasmine,gambar seksi linda jasmine,linda jasmin nak berkahwin dan sebagainya. Baca lagi, jangan berhenti. Sambung baca lagi baiiii »


Owh! Nampaknya Rich abang aku daripada band Estranged dah kahwin dah. Hoho.. Akhirnya dia kahwin jugak dengan Velvet yang dia dah lama usyar dekat Akademi Fantasia dulu. Rupanya macam ni eh taste dia.  Ahaks. Kawan-kawan aku ada gelaran yang tertentu untuk gadis macam Velvet ni. Nak tau ke gelaran tu? Korang agak-agak sendiri sudahlah. Bukan penting sangat pun kan? Hmm.. Ada yang tanya dekat aku, ” Rich Estranged dah kahwin dah. Kau bila lagi Richie? ” Hahaha.. Aku tergamam seketika bila ada orang tanya aku macam tu. Dalam hati ni ada jugak persaan nak kahwin yang menebal. Hohoho.. Tapi nak buat macam mana, kerja pun tak lagi. Duit simpanan tu lagi lah. Hanya sekadar untuk beli ebook-ebook yang bermutu je. So tahun 2009 nanti kenalah kerja keras sikit. Ok lah geng. Jom tengok gambar-gambar perkahwinan Rich dan Velvet.

Sambung baca lagi baiiii »


Putar, putar dan putar lagi. Hehe.. Macam main Ding Dang pulak.. Tapi lebih kurang macam tu lah keadaan Persatuan Cakra Alam ataupun Putar Alam yang diketuai oleh Ustaz Arief yang dikatakan menggunakan konsep sains untuk mengubat penyakit pesakit-pesakitnya. Aku rasa aku tidaklah terlalu lambat nak buat post pasal isu yang tengah heboh dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat dekat Malaysia ni lebih-lebih lagi para blogger. Jadi aku sempat dapat sikit info daripada blogger lain. Hoho.. Aku ingat lagi masa pertama kali aku tengok persembahan Persatuan Cakra Alam ni dekat Majalah Tiga, mula-mula aku akui jugak kehebatan Ustaz Arief ni. Tapi masa dia mula tunjuk cucuk-cucuk badan dengan besi, aku dah rasa sangsi dah. Aku rasa orang Islam tak boleh seksa-seksa badan sampai cucuk-cuk badan ni. Ok, berhenti setakat itu sebab ni pengalaman aku masa sekolah menengah dulu kot. Bertahun-tahun lepas dah.

Kemudian pada tahun 2006, aku ingat lagi pasal Uncle Seekers naik mahkamah sebab nak saman Ustaz Arief Cakra Alam. Aku ingat balik pun sebab aku tengok post Nuamen. Hoho.. Menurut Uncle Seekers, Ustaz Arief dah buat cerita fitnah pasal dia dan dia nak saman Ustaz Arief ni sebanyak RM5juta. Wow! Banyak dowh! Keputusan mahkamah tu aku tak tahu macam mana tapi jelas Uncle Seekers , Ustaz Arief cuba menghalang dia nak membongkarkan konsep perubatan yang diamalkan Persatuan Cakra Alam yang dikatakan sudah memeperdaya ramai orang.

Usyar Video Uncle Seekers

Tahun ni, Ustaz Arief telah kantoi lagi dengan tipu daya beliau. Tapi kali ni dia kantoi di Korea!! Oh tidak, aku rasa sangat malu dengan kekantoian dia. Kalau nak kaya sangat pun, janganlah pakai teknik-teknik yang senang kantoi dekat negara yang pesat membangun macam Korea tu!! Korea dah lah banyak ilmu-ilmu canggih. Aku tengok video kekantoian Ustaz Arief ni, terasa macam orang Malaysia kita diperbodoh-bodohkan oleh kaum Korea. Bayangkanlah diorang siap gelak-gelak macam dalam cerita kartun Jepun dah. Hape daaa!! Ada seorang Prof mat salleh ni siap tolong bagitau dan jelaskan macam mana Ustaz Arief ni buat. Dia buat macam kacang je!! Dia siap cakap banyak kali , “This Malaysian guy” entah berapa kali tah. Malu2!!

Video Kekantoian UA

Update terkini , Skuad 360 telah bertemu dengan Ustaz Arief ni dan dia menafikan sekeras-kerasnya pasal kekantoian tu. Dia cakap ada seorang penuntut warganegara Korea yang dengki dengan cara perubatan beliau sebab telah gagal untuk menguasai ilmu Cakra Alam tersebut. Merepek! Sebab Ustaz Arief ni ada menafikan salah sebuah video di atas, yang selipar ajaib dia tak berbunyi semasa diimbas! Penipu!!

Video Penafian UA

P/S: Ustaz Arief ni mungkin ada ilmu yang lain dan bagus. Tapi ilmu dia yang ada dekat atas, semua dah kantoi!!


Jika kita ni merupakan seorang anak menteri, korang rasa apa imej yang patut kita tonjolkan pada diri kita? Adakah dengan menjadi seorang pemimpin yang berjaya seperti bapaknya? Menjadi pembimbing kepada muda-mudi sebaya kita? Menjadi seorang yang menjaga tatasusila agar bapaknya dipuji? Ataupun menjadi seorang player yang berjaya? Hoho.. Pandai-pandailah kita sesama fikirkan. Tapi ini aku ada beberapa gambar yang aku kumpul dari blog-blog lain. Ada sebahagian dari gambar ni adalah gambar lama dan sebahagian lagi gambar baru. Aku pun tak tahu yang mana satu baru dan lama. Hehe.. Ramai yang cakap ni merupakan gambar anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang sekarang ni tengah hot dengan isu perletakan jawatannya. Mungkin betul dan mungkin tidak. Pandai-pandailah korang komen pasal ni. Jadi , enjoy the pictures..

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Jelas